Bab 30

3.1K 279 26
                                    

" Maldives ? "

" Kau jangan risau. Segala perbelanjaan nak kesana atau makan dan minum aku akan  belanja. Sekarang ni kau cuma bawa badan kau je eh."

" Nak buat apa pergi ke sana? "

" Adoi pergi bercutilah! "

" Kau ni biar betul? " soal Hwayoung tidak percaya. Tiba-tiba je minah ni nak mengajak dia pergi bercuti ke luar negara.

" Yalah takkan aku nak bohong pula."

" Kita berdua ? "

" Ya."

" Kau sponsor ? "

" Tak- eh ya. Aku sponsor. "

Hwayoung memandang muka Irene yang semacam tu. Macam ada yang tak kena. Perbelanjaan untuk ke sana bukannya murah, mahal lagi-lagi dia nak tanggung aku sekali.

Irene pula dalam hati sudah menyumpah dirinya sendiri. Nasib baik tidak terlepas cakap.

" Okay jom kita packing barang! " Irene sudah bersemangat terus bangun daripada duduk berlama disitu. Hwayoung ni dia macam dapat tahu je kalau orang sembunyikan sesuatu. Baik cepat blah.

" Eh kita nak kesana bila ni? "

" Lusa. "

Mata Hwayoung terbeliak.


🍂🍂🍂


"  Kau ni biar betul ?! "

" Iyelah takkan aku nak bohong pula. " Taehyung berkata selamba sambil mengorek hidungnya sendiri. Rasa gatal pula.

" Memandai kau je. Aku ada banyak kerja lah. Kau tengok dekat atas meja aku ni berlambak dengan fail dan kertas kerja. Apasal tak cakap dengan aku dulu sebelum beli ticket flight ? "

Bukan dia tak mahu ikut cuma minggu ni dia full dengan appoinment dan meeting dengan clientnya. Bila Taehyung ajak last minute begini dah buat orang terkejut beruk.

" Sebab tu aku tak discuss dengan kau dulu. Kalau aku cakap awal pun bukannya kau nak ikut."

" Kau ajaklah orang lain. "

" Ehh tak boleh tak boleh. Aku dah ajak kau ni kira bersyukur lah. Bukan senang aku nak belanja kau tau. "  Taehyung yang sememangnya kedekut itu mula bermurah hati. Tetapi kali ini sahajalah. Itu pun sebab nak bagi rancangan berjalan lancar.

" Belanja full ? "

" Ticket flight je yang aku belanja. Yang lain dekat sana nanti kau guna duit sendirilah."

Muka Jimin mula berubah. Memang mintak kaki si Taehyung ni. Jimin ingatkan dia nak belanja kesemuanya.

" Alah Ji, sesekali kita pergi holiday apa salahnya. Ni 24 jam kau duduk dekat office ni aku tengok rupa kau pun dah tak macam manusia dah. Kita have fun. Kat sana nanti kau enjoylah puas-puas. Tenangkan jiwa dengan hati kau tu."

" Tapikan Taehyung.. setahu aku Maldives tu tempat sesuai untuk orang yang nak pergi berbulan madu kan? " Jimin terfikir.

Mata Taehyung terkebil-kebil saat Jimin berkata macam tu. Dirinya sendiri pun tak terfikir. Aish, apasalah Jimin ni bijak sangat?

" Haah, kita nak pergi berbulan madu la ni. Untuk raikan friendship kita yang dah nak masuk 19 tahun ni." Taehyung mula memeluk lengan Jimin secara tiba-tiba. Gayanya itu dah macam maknyah Jimin tengok.

" Aku sarankan kau kahwin dengan Irene cepat-cepat. Aku taknak kau jadi golongan lgbt pulak nanti." 

Jimin menolak tangan Taehyung daripada memeluk lengannya. Rasa geli pula dia.

" Okay deal eh? "

" Aku tak nak."

" Okay jumpa lusa ni! Jangan lewat!  "

Pintu bilik pejabat Jimin dihempas kuat oleh Taehyung. Jimin hanya mengeleng kepalanya sahaja. Nak tak nak terpaksa ikutkan sahaja kehendak kawannya.


🍂🍂🍂


" Confirm ni dia ikut? Awak jangan nak rosakkan pula plan kita ni."


Ujar Irene di hujung talian. Taehyung mengambil nafas panjang. Dah penat dia ulang perkataan yang sama. Handphone semakin didekatkan kearah telinga.

" Ye dia ikut. Awak janganlah risau. Plan ni mesti menjadi punya. " ucap Taehyung yakin sambil mengigit hujung snek ikan itu. Matanya tidak lepas pandang kearah televisyen.


" Yalah tu. Awak tu mana boleh simpan rahsia sikit. Saya risau je awak pergi bocorkan. "


" Haih. Takkanlah saya nak bocorkan pula. Itu bodoh namanya tu. Saya dah plan baik punya. Mesti menjadi lah kali ni. Ini Taehyung la. " dada lelaki itu ditepuk. Dengan mukanya beriak bangga.


" Yalah. Nanti dah sampai Airport awak beritahu saya ya."


" Okay. Bye sayang." panggilan telefon dimatikan. Handphone milik Taehyung dicampak sahaja di atas meja.

" Aish risau betul dia kalau plan tak menjadi. Apa dia ingat aku ni spoiler ke nak beritahu dekat Jimin ? " Taehyung berkata sendirian. Masih geram dengan teman wanitanya yang risau tentang itu.

" Beritahu aku apa? "

Sedang enak mengunyah snek ikan di mulut, terus tersedak Taehyung dibuatnya bila ada satu suara mengejutkan dia di ruang tamu. Pantas Taehyung berpaling dan matanya membulat.

" K-kau buat apa dekat rumah aku? Apasal tak beritahu duh. Aku ingatkan hantu mana sergah aku tadi."

" Plan apa Taehyung? "

" A-aa hehe.." Taehyung terus mati akal. Keropok ikan yang panjang itu dibuat penggaru kepala di bahagian belakang kepalanya sendiri.





Our Mistake🍂
Bersambung.

Maaf kerana update pendek harini.

And lagi satu sueran nak tanya,

Jalan cerita ni semakin membosankan ke?

Tunggu saya update lagi tau❤


ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now