" Rindunya aku dekat kau! Kenapa kau makin chubby ni Hwayoung ? "Soalan daripada Yeri aku biarkan.
Bila sahaja aku sampai di premis kedai cafe milik aku ini tubuh aku terus dipeluk erat oleh Yeri. Kedua pipi aku ditarik-tarik olehnya." Ish rimaslah. Aku baru cuti seminggu kau peluk aku macam bertahun tak jumpa."
Tangan Yeri aku tepis perlahan lalu aku terus menuju ke arah ruangan dapur. Kedai masih belum dibuka jadi ada masa lagi untuk persiapan buka kedai.
" Aku saja je. Tapi kan aku tengok kau macam berisilah. Oh ya sejak bila kau suka pakai dress labuh ni? "
" Sejak aku dah berkahwin."
Berisi? Nampaknya tak lama lagi mungkin orang semua akan tahu yang aku ni mengandung. Kandungan aku dah masuk 1 bulan, tapi memandangkan perut dan tubuhku yang kecil ini aku masih boleh sembunyi lagi daripada pengetahuan orang luar. Hanya Irene sahaja yang tahu.
" Ceihh berisi sebab bahagia ke sebab mengandung? "
" Yeri, kau ada dekat sini nak berbual ke atau bekerja? "
" Yalah-yalah. Aku nak bergossip sekejap pun tak boleh. Nah nota yang kau minta aku buat haritu. Dessert dengan western food memang laku habis. Lepasni kau boleh fikir idea lain lah nak buat dessert apa. Customer asyik complain dessert asyik sama je."
Aku ambil buku dan selak cacatan jualan yang Yeri buat semasa ketiadaan aku haritu. Mata aku terpaku pada satu jenis makanan ni. Laku habis.
" Oh ya ada lagi satu. Seorang customer ni beli kesemua donut caramel yang kau baru buat haritu. Habis semua dia beli. Orang lain pun tak sempat merasa. "
" Semua? "
" Ya semua. Licin. "
" Tapi siapa? "
" Aku manalah tahu. Bebudak yang lain yang jaga kaunter depan tu. Tapi aku ada terdengar yang orang yang beli kesemua donut-donut kau tu adalah peminat kau. "
" Peminat? Peminat mana pula ni." aku malas nak fikir siapa. Yang penting jualan makanan aku laris.
" Alah, lelaki gila yang pernah buat kad tunang dengan kau haritu. Dialah yang beli. Aku rasa lah. "
Aku pandang Yeri lama. Meminta kepastian.
Takkanlah dia pula?🍂🍂
📩From My Husband.
Saya tak sempat nak ambil awak harini, ada hal kerja. Saya suruh pekerja saya ambil awak ya mlm nnti. Sorry😔
Aku tersenyum bila membaca mesej yang Jimin baru hantar ini. Terus laju jari jemari aku menaip di skrin telefon.
To My Husband
It okay. Saya faham. Jumpa dekat rumah ya nanti.Jari aku terus menekan send. Tak lama kemudian bahu aku disentuh secara tiba-tiba. Naik terperanjat aku.
" Yeri ! Kau ni buat aku terkejutlah."
Tangan aku menyentuh dadaku sendiri. Sambil phone aku turut melekat di dada.
" Malapetaka datang! Cepat Hwayoung ! "
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞