" Rasa mual lagi? " soal Jimin.
Aku gelengkan kepala perlahan. Badan aku dah lama terbaring dekat atas katil sambil mata merenung kipas di atas syiling yang ligat berpusing itu.
Selepas aku minum dan naik untuk masuk ke dalam bilik untuk berehat sekejap mual aku itu tadi dah menghilang.
Angkara makan sushi, rahsia yang ingin aku simpan dengan Jimin terus terbongkar dengan soalan ibu. Ibu macam tahu-tahu je aku sedang berbadan dua. Betulah kata orang yang dah lama makan garam ni tentu ada ilmunya.
" Sorry."
Aku dikejutkan dengan suara Jimin yang sepatah itu.Terus aku berpusing melihat dia. Dia sedang duduk bersila di atas katil sambil kepalanya menunduk. Jari comelnya sedang bermain-main dengan hujung kain bantal.
Entah apa yang dia sedang fikirkan aku tidak tahu.
" kenapa pula minta maaf? Bukannya awak ada buat salah pun."
" saya tinggalkan awak sorang-sorang tadi. Saya tahu tentu mereka banyak soal tentang awak, mhiane Hwayoung."
Tak semena-mena aku terus tersenyum. Comel pula bila tengok version Jimin yang kali ini. Tak sampai hati pula tengok dia rasa bersalah lama-lama.
" saya okaylah Jimin. Ibu awak baik sangat dengan saya. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang saya pregnant. Excited dia dengar."
Jimin masih lagi dengan keadaannya begitu. Bila dengar Hwayoung berkata seperti itu menyebabkan hati aku rasa bersalah.
Kalaulah Hwayoung tahu aku hanya gunakan dia berserta dengan anak didalam perutnya untuk selesaikan masalah aku tentu dia rasa sedih atau kecewa.
Atas desakan ibu menyuruh aku berkahwin awal untuk mendapatkan pewaris hanya kerana untuk dapatkan harta pusaka.
Jimin tidak hairan pun jikalau dia dapat atau tidak harta itu tapi dia berasa rimas bila tiap kali pulang sahaja perkara itu akan dibangkitkan.
" Awak.. kenapa ni? "
" Tak ada apa. Rasa mual ada lagi? " Jimin menukar topik.
" Dah tak dah. Cuma saya rasa penat sikit. "
" Hwayoung."
" ya? "
" Apa rasanya mengandung? "
Terkebil-kebil seketika mata Hwayoung bila mendengar Jimin bertanyakan soalan itu.
Apa jenis soalan yang dia tanya ni?" Kenapa tanya."
" Saja, apa yang awak rasa? "
Hairan. Jimin pada malam ini lain dari yang lain. Dia terlebih rasa bersalah dan bertanya itu dan ini.
Aku mengumam perlahan dan mata aku memandang ke arah lain untuk seketika. Sedang berfikir. Macam mana ya aku nak jelaskan kepada dia apa yang aku rasa?
" Rasa macam ada satu nyawalah dalam perut. Awak tanya ni dah kenapa. Nak tukar perut ke? " tanyaku.
" Boleh je. Tapi lelaki mana boleh mengandung. Kalau boleh dah lama kita swipe anak kita masuk dalam perut saya ni ha."
Aku tergelak bila lelaki itu berkata seperti itu. Pelik betul cara dia berfikir sampai kesitu.
" Sebab itulah kaum perempuan tahu bagaimana rasanya perit tanggung sediri rasa sakit. Lagi-lagi ibu tunggal. Lelaki dah dapat rasa terus tinggal. "
" Saya tak macam tu. Saya lagilah ajak awak kahwin lepas dapat tahu awak mengandungkan anak saya."
" Ya? Atau awak ada sebab tertentu. "
Jimin terdiam seketika. Hwayoung seperti tahu apa yang ada dalam fikiranya apa waktu itu.
" Hwayoung.. saya kahwini awak sebab saya ikhlas. "
" Kalau saya kata saya boleh besarkan anak ini seorang diri macam mana? Kita pun tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Lagipun kita berdua tidak pernah bercinta."
Jimin diam lagi. Matanya bertembung lama dengan mata isterinya.
" Park Hwayoung."
Hwayoung hanya diam sambil matanya tepat kearah mata Jimin yang sedang pandang tajam kearahnya. Rasa ada sesuatu bila Jimin mula memanggil namaku dengan nama baru itu.
" Jom bercinta. "
Dahi Hwayoung berkerut. Dalam pada masa yang sama hatinya tercuit dengan ajakkan Jimin. Minta yang pelik-pelik lah dia ni.
" Kita dah berkahwin dah pun. "
" Kata nak bercinta lepas berkahwin."
" Yalah Park Jimin. Jom lah kita bercinta. Apa yang awak nak buat lepasni? " Hwayoung berkata dengan nada menahan tawa.
Baginya lelaki yang sudah bergelar suami dihadapannya kini sedang bergurau senda dengannya.
" Kita pergi honeymoon. "
Air liur Hwayoung terus tersekat di tekak sendiri. Biar betul dia ni ?
Our Mistake🍂
Bersambung.
Maaf kerana lewat update.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞