" Ini semua rancangan awak kan? Awak yang berkomplot dengan mereka supaya kita boleh berjumpa dekat sini. Betul kan Park Jimin? "
" Saya tak tahu apa-apa. "
" Habis mereka berdua yang rancang semua ni? "
" Tak nak duduk ke, Puan Hwayoung? " soal Jimin. Dia sendiri jadi penat bila tengok Hwayoung dari tadi berkeras tidak mahu duduk.
" Saya nak balik."
" Saya ada terdengar yang makanan seafood di restoran ni sedap. Nak try makan lobster lah." Jimin mula mengumpan Hwayoung. Sambil ditangannya sedang membelek buku menu makanan di atas meja.
Dia tahu yang isterinya itu memang sangat sukakan makanan laut. Kalau ego yang lebih dipentingkan, memang kelaut semula lah lobster yang aku sebut tadi tu.
Hwayoung sudah menelan air liur bila Jimin berkata seperti itu. Perut sudah mula berbunyi minta diisi. Dari tengahari tadi dia tidak makan.
Perlahan-lahan Hwayoung mula berpaling dan duduk semeja dengan Jimin secara berhadapan. Mukanya ditebalkan.
Angkara lobster, Hwayoung sanggup runtuhkan ego untuk sekejap!
🍂🍂🍂
" Awak rasa mereka berdua okay? "
" Diorang tak balik bilik lagi kan? Maknanya okay la tu."
" Saya risaulah. Takut Hwayoung tu naik angin. "
" Bae Irene, awak ni asyik risaukan tentang orang lain je. Bila masa awak nak risaukan pasal boyfriend awak pula? Kacau mood nak dating betullah." Taehyung berdecit perlahan di hujung ayatnya.
Kini mereka berdua berada di tepi pantai untuk sesi summer movie on the beach. Sementara plan mereka sedang berlangsung, mereka berdua duduk melepak disini sekejap.
" Eoh? awak merajuk ke Kim Taehyung? "
" Takkan saya suka pulak."
" Hmm kesian kan awak jadi boyfriend saya. Girlfriend dia langsung tak kisahkan pasal dia. Hahahah! ". Irene ketawa mengusik.
" Awak nak tahu..saya ada terdengar yang dekat sini ramai perempuan cantik pakai bikini. "
" Kim Taehyung! "
Telinga di tarik oleh Irene, Taehyung hanya ketawa terbahak-bahak bila melihat respon dari Irene. Tahu pun jealouse !
" Awak rasakan plan ni menjadi ke? "
" Kalau tak menjadi kita tukar ke plan lain."
" Eh, awak ada berapa plan ni sebenarnya? "
" Ini Kim Taehyung lah, saya ada banyak idea awak tahu. "
" Kalau tidak menjadi, apa plan yang seterusnya? "
" Pernah dengar pulau persendirian? "
" Yaa pernah. Kenapa dengan itu? "
" Apa akan jadi kalau hanya ada dua orang manusia sahaja yang duduk dekat situ? "
Wajah Irene mula berubah bila dia dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh Taehyung. Dipandang lama wajah teman lelakinya itu sambil kedua biji mata terbeliak besar.
" Awak serious? Bahayalah! "
Taehyung hanya tersengih. Apa dia peduli. Yang penting rancangan untuk menyatukan Jimin dan Hwayoung semula berjaya.
Biar pasangan sejoli tu rasa.
Our Mistake🍂
Bersambung.Maaf pendek :'(
Selamat berpuasa semua🌙
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞