-Flashback-Sudah hampir seminggu badannya tidak sedap. Sekejap tubuhnya menghadap ke arah kanan, sekejap ke kiri.
Terasa tiba-tiba tidak kena yang datang dari arah dalam perut, terus tubuhnya dipaksa untuk bangun. Mulut terus ditekup rapat dengan kedua tangan. Kaki terus bergerak pantas ke arah tandas.
Tekak dah mula loya. Hwayoung mula memuntahkan segala isi yang ada di dalam perut. Tekak dah mula rasa perit apabila terlalu lama memuntahkan isi. Dahinya sudah berpeluh-peluh. Tapi tidak pula badannya.
Dia ada tersalah makan ke?
Tak juga.
Demam?
Mungkin juga.
Hwayoung berfikir lama di dalam tandas itu sambil perhatikan wajah sendiri di cermin. Bibir dah mula pucat begitu juga dengan seluruh muka.
Ubat demam dah makan, rehat dan tidur pula sudah cukup. Tapi kenapa badannya seperti lemah dan selalu sahaja berat kepala?
Jangan-jangan...
" Haih... mustahil. " Hwayoung berkata sendirian sambil menyedapkan hati sendiri. Bawah bibirnya mula gigit perlahan.
Hati dihimpit mula rasa ingin tahu. Terus Hwayoung mula keluar dari tandas dan bergerak ke arah almari. Almari dibuka dan laci terus ditarik buka. Tangan nya mula membongkar segala isi didalam laci tersebut . Akhirnya dapat, sebuah kotak kecil ditangan dia renung lama.
Aku kena berani.
Hwayoung kembali masuk semula kedalam tandas. Kotak kecil yang dia pegang tadi terus dia keluarkan isi dari dalam.
Selama beberapa minit menunggu, Hwayoung mula melihat ke arah keputusan yang ada ditangannya sekarang.
Dan keputusannya adalah sangat mengejutkan bagi dirinya.
Sekali lagi, ia berlaku.
Hwayoung jadi bingung. Terus terduduk dia di atas lantai bilik air itu.
-End Flashback-
🍂🍂🍂
" Kenapa kau tak pernah bagitahu aku langsung tentang Seojun? Dah 5 tahun, Taehyung. "
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞