" Tuan Jimin tiada. Harini dia tak masuk office." beritahu Jiwon malas.
Lebih baik menghadap kerja daripada melayan perempuan gila dihadapannya.
" dia tak masuk office? Aku tahulah dia ada kat dalam. Kau sengaja tak nak bagi aku masuk kan? " tuduh Rose kuat.
Dia telah menjadi perhatian di satu ruang pejabat ini. Mana yang dah lama kerja disitu dah tak rasa hairan akan kehadirannya.
" kalau cik Rose tak percaya, hah masuklah ke dalam sana. Cari Tuan Jimin, beritahu pecatkan saya sebab saya ni menipu." sindir Jiwon berani. Dia menguap seketika kerana mengantuk.
Dia dah biasa sangat dengan perangai perempuan ni. Dah lebih 5 tahun dia menjadi PA kepada Jimin. Dan perempuan bernama Rose ni selalu menganggu dia di waktu bekerja.
Rose terus tak mempedulikan pekerja Jimin. Pintu bilik pejabat Jimin ditolak kasar.
Benar kata-kata pekerja Jimin tadi. Kelibat lelaki itu tidak ada disini. Dia mendengus geram. Bila sahaja dia datang kesini tentu lelaki itu tidak ada. Kemana dia pergi dia tak tahu.
Message dan panggilan telefon pun lelaki itu tidak jawab langsung.
Gambar Jimin yang tergantung di bilik ini dipandang Rose dengan perasaan geram.
" baik, kalau ini yang awak mahukan Jimin."
🍂🍂
" Awak dah gila ke apa? " beritahu Hwayoung kerana terkejut.
Hidangan makanan yang banyak dihadapannya membuatkan matanya hampir sahaja terbeliak besar.
Ini macam makan sepuluh orang, bukannya berdua!
" kau ingat pesan doktor tu tadi? Berat badan kau tak naik. So aku bawalah kau pergi makan."
" yalah saya tahulah tu. Tapi ini namanya melantak. Banyak kut ni, siapa yang nak habiskan ni? " tanya Hwayoung. Dilihat lelaki itu hanya memandangnya tenang.
" jangan banyak soal, makan sahajalah."
Hwayoung mengigit bawah bibirnya tanda geram. Tak sangka perangai lelaki dihadapannya begini. Nampak pendiam je tapi bila bukak mulut, semua dia tembaknya.
" fine, kalau tak habis jangan cakap saya ni membazir." beritahu Hwayoung sebelum mengambil chopstick dihadapannya.
Kini mereka berdua berada di sebuah restoran makanan tengahari. Dia sengaja mahu bawa Hwayoung kesini.
Pandangan Jimin masih lagi tidak lepas memandang kearah wanita dihadapannya. Makanannya masih lagi tidak disentuh.
" aku minta maaf tentang itu."
Suapan Hwayoung terhenti bila Jimin bersuara. Kepalanya diangkat sedikit memandang lelaki itu.
" untuk? "
" kejadian pada malam tu."
Hwayoung tersenyum seketika sambil mulutnya masih lagi mengunyah makanan perlahan. Chopstick ditangannya diletakkan semula di atas meja. Terus seleranya jadi terbantut.
" senangkan jadi lelaki ni. Bila buat satu kesilapan, kata maaf jadi macam suatu kebiasaan. Manakala perempuan, tak ubah macam mangsa keadaan."
" Hwayoung, jangan salah faham. Memang betul malam tu adalah salah aku. Aku sentuh kau tanpa izin dan buatkan sampai kau mengandung. Tapi percayalah aku langsung tak ada niat nak lakukannya. Kita berdua terperangkap." beritahu Jimin ingin menjelaskan perkara yang sebenar.
" perkara dah jadi dah. Tak guna nak menyesal. Sebab itu saya kata, lelaki hanya tahu memohon maaf sedangkan perempuan yang tanggung akibatnya."
Hwayoung kembali meneruskan makan. Walaupun tiada selera ketika ini tapi cara makan sahaja boleh hilangkan perasaan janggal pada ketika ini.
Ditahan sahaja matanya supaya tidak mengalirkan sebarang air mata. Dia tidak mahu lelaki itu melihat keadaan dia lemah.
" jadi apa yang boleh aku buat untuk tebus kesilapan aku tu? " tanya Jimin.
Hwayoung termenung beberapa saat. Dan dia hanya tersenyum. Dia pandang semula ke wajah Jimin. Lama.
" tak banyak tapi saya tak mahu termasuk dalam senarai masalah awak. Kita ikut haluan masing-masing. Walaupun anak ini adalah anak awak, tapi kita tetap tiada hubungan. Saya nak awak tahu itu."
Jimin terdiam lama bila mendengar permintaan gadis dihadapannya. Mata mereka bertembung lama. Senyuman Hwayoung Jimin balas.
" baiklah, kalau itu yang kau mahu."
🍂🍂
" Kenyang ke ? " soal Jimin bila melihat Hwayoung bersandar tidak bergerak di kerusi kereta.
" Diamlah."
" kuat makan jugak kau ni."
" Eh, jaga mulut eh. Bukan saya seorang je tau yang makan. Budak dalam perut ni yang habiskan." beritahu Hwayoung tidak puas hati.
" aku harap bila budak ni dah lahir tak ikut perangai ibu dia, keras kepala."
" Awak cari gaduh ke apa sekarang ni? "
Jimin hanya tersenyum. Entahlah. Bila dia mengusik wanita disebelahnya ini hatinya jadi senang. Perangai Hwayoung yang agak kasar dan selamba itu menyebabkan dirinya tertarik akan sikap Hwayoung.
Jimin tak membalas. Tumpuannya sekarang di hadapan memandang jalan raya. Dia sedang fokus memandu untuk bawa Hwayoung pulang semula kerumah.
Terasa poket seluarnya tiba-tiba bergetar. Bunyi deringan telefon mematikan lamunannya di jalan raya. Terus tanganya menyeluk poket seluar dan menjawab panggilan telefon itu.
Sebaik sahaja panggilan dijawab tumpuan Jimin mula terganggu bila berita yang disampaikan baru sahaja ini mengejutkan dia.
Dengan secara drastik, kereta yang dipandu oleh Jimin mula menukar arah ke arah bahu jalan. Kereta diberhentikan serta merta. Telefon di tangannya sudah tercampak entah kemana. Kedua tangannya sedang memegang stereng kereta sambil mengambil nafas panjang.Hwayoung yang berada disebelahnya sudah terkejut. Nasib sahaja dia sudah memakai tali pinggang. Kalau tidak sudah arwah agaknya.
Tangannya menyentuh dada sambil mula menjeling tajam kearah lelaki di sebelah kirinya.
" awak cuba nak bunuh saya ke apa tadi ? " tanya Hwayoung dalam nada marah.
Sudahlah dirinya ketika ini sedang mengandung, lagilah emosinya tidak terkawal.
Jimin menoleh perlahan dan matanya bertentangan dengan Hwayoung. Hwayoung yang ingin marah tadi tidak jadi bila lihat muka lelaki itu seakan berubah." Jimin, kenapa ni? "
Our Mistake🍂
Bersambung.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞