Bab 48

2.3K 295 56
                                    

Pintu lif mula terbuka dengan sendiri.
Niat dihati ingin masuk kedalam lif
tapi hati aku mula teragak-agak bila aku nampak ada seorang manusia di dalam lif tu.

Encik Suami,

Park Jimin. 

Hwayoung mengambil nafas dalam dan cuba untuk tenangkan diri. Nampaknya,  nasib aku takkan lari dari lelaki itu. 

Dengan muka tanpa perasaan,  Hwayoung gagahkan juga dirinya untuk masuk kedalam lif. Jimin pula seperti patung cendana bila nampak aku.

Agak lama lif ini mahu turun. Tingkat 15 ni dah macam tingkat 20!

Jarak 1 meter diantara kami. Masing-masing buat hal sendiri. Tidak bertegur siapa. 

Ting!

Tingkat 13.

Seorang demi seorang mula masuk untuk memenuhi lif untuk turun ke ground floor .  Sehinggalah lif ini sudah penuh. 

Dan aku tak sedar Jimin sudahpun sedang berdiri rapat di sebelah aku.  Bahu aku dan dia bersentuhan angkara lif yang sudah penuh. Berhimpit. 

Keadaan yang berhimpit itu menyebabkan aku rasa rimas.  Dan Jimin mengambil kesempatan untuk perhatikan wajah aku dari arah dekat di hujung dinding lif ini. 

Sungguh,  ini adalah menyeksakan.

Ting

Tingkat 9.

Aduh bila nak sampai ke ground floor ni!? Waktu-waktu macam nilah ramai orang yang nak guna lif.

Dan entah dari mana silapnya makcik bertumit tinggi di hadapan sekali tu boleh hilang imbangan dan dia terjatuh berundur kebelakang. 

Jadinya orang yang ada di dalam lif ini dah macam dalam tin ikan sardin berhimpit. Yang jadi mangsanya adalah aku.

Tapi Jimin segera menghalang tubuh aku dari berlanggaran dengan orang lain, kami berdua saling berhadapan.  Kedua tangan Jimin melekat pada dinding manakala aku berada dihadapannya. Kedududkan yang sangat rapat. 

Cepatlah turun cepatlah turun.

Dah macam berzikir aku didalam hati. Dengan Jimin yang berada di depan aku begini buatkan aku rasa naik lemas.

Ting! 

Akhirnya dah sampai.  Aku lepaskan nafas lega. Boleh jugak bernafas.

Nak keluar dari lif pun ada etika ya anak-anak, jadi aku pun tunggu sehingga orang keluar satu persatu supaya tidak berlanggaran.  Dan aku yang jadi orang terakhir untuk keluar dari lif itu. 

" Nanti dulu. "

Pergelangan tangan aku diraih oleh tangan Jimin.  Segera aku tarik balik tangan aku tapi dia mula halang laluan aku. 

" Nak apa?  "

" We need to talk.  Ini tentang kita. "

Aku balas pandangan dia dengan wajah benci.  Aku tak ada masa nak dengar pujuk rayu lelaki ini.  Bukannya boleh pulihkan keadaan. 

" Give me a last chance.  Saya janji ini adalah kali terakhir. Dan lepastu saya akan lepaskan awak seperti yang awak mahukan. "

Kata-katanya yang seperti mengalah.  Bila dia sebut tentang lepaskan aku, terus hati aku dihimpit rasa pilu. 


🍂🍂🍂



Berada di sebuah atas bangunan Park Holdings ini,  Jimin mengajak aku untuk kesini.

Pemandangan dari atas bangunan ini aku boleh melihat di sekitar seluruh bangunan di sini.  Kesesakkan bandar Seoul menjamah di mata. Keadaan langit yang mula berganjak senja ke malam hari. Lampu-lampu mula dihidupkan. 

Banyak-banyak tempat boleh berbincang kenapa dia nak bawa aku ke sini? 

" Saya tak banyak masa. " aku mula bersuara bila Jimin masih mendiamkan diri. 

Angin yang agak kuat itu menyebabkan rambut aku bergerak. Begitu juga dengan Jimin. Dan pemandangan yang bagi aku adalah cantik.  Dia nampak kacak. 

" Lee Hwayoung. "

Nama keluarga aku Jimin mula panggil. Terus berderau darah aku.  Entah kenapa aku menjadi berdebar-debar.  Riak wajah Jimin dilihat biasa dan tenang ketika itu.

" Sebanyak mana awak bencikan saya?  " soalan pertama mula Jimin utarakan. 

" Banyak." kataku terpaksa.

" Awak ada simpan perasaan cinta pada saya, walaupun sedikit?  "

" Dulu, tapi sekarang ia mula pudar."

Jimin tersenyum terpaksa. Aku pula mencuba untuk tidak bertentangan mata dengannya. 

" Saya minta maaf untuk kesemuanya.  Kerana saya hidup awak berubah serta merta. Saya sentuh awak dan buat awak mengandungkan anak saya.  Saya juga penyebab kandungan awak gugur.  Saya tak faham keadaan awak. Tinggalkan awak dan Seojun lama. Saya seorang suami yang teruk. Saya akuinya. "

Hati aku mula dihimpit rasa sedih.  Sepertinya dia mengaku kesemua kesalahan yang dia buat selama ini.  Seperti aku ni tidak buat apa-apa kesalahan pun. Sedangkan aku pun ada buat silap. 

" Tapi satu perkara je saya nak awak tahu Hwayoung.  Saya ihklas cintakan awak.  Saya ikhlas bila saya kata saya nak berkahwin dengan awak.  Sebab  first time kita berjumpa sebelum kita terlanjur saya dah terjatuh hati pada awak, tanpa sengaja.  "

Aku masih berdiam diri sambil menahan diri daripada mengeluarkan sebarang airmata.  Pengakuan tulus daripada Jimin buatkan hati aku rasa seperti sangat sakit. 

Dia ihklas cintakan aku. 

Jimin mula berjalan menghampiri aku.  Pandangannya pada mulanya jatuh ke lantai dan akhirnya angkat memandang kearah wajah aku. 

Aku lihat dia seperti teragak-agak ingin bicara.  Matanya seperti mula berkaca. 

" Park Hwayoung, saya akan lepaskan awak mulai hari ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Park Hwayoung, saya akan lepaskan awak mulai hari ni.  Terima kasih untuk segalanya.  Semoga hidup awak lebih berbahagia selepas ni.  I'm always remember you."

Dan selepas itu,  aku lihat tubir mata Jimin mula mengalirkan air mata perlahan. 

Hati aku mula dihimpit dengan pelbagai perasaan bercampur baur. 
Aku sepatutnya berasa lega dengan kata-katanya tapi hati aku mula rasa seperti ditikam sendiri. 

Dia akhirnya tunaikan juga permintaan aku supaya melepaskan aku. 

Dan selepas itu, dia terus berlalu meninggalkan aku di sini keseorangan.

Dia tinggalkan aku untuk sekali lagi. 











Our Mistake🍂
Bersambung.. 



Saya tahu saya kejam. 
Jangan kecam saya.


Thankyou for 76k🎈
Thankyou everyone💜
Thankyou everything 😂

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now