Pintu rumah dibukanya perlahan. Matanya terus melihat kearah jam di dinding. Sudah pukul 1 pagi.Jimin berjalan melalui ruang tamu itu dengan langkah yang tidak bermaya. Dia terasa penat.
Beg kerja di letakkan di atas meja. Tali leher terus dia tanggalkan.Sepatutnya dia akan pulang kerumah pada waktu 8 malam tapi berita yang dia dapat mengenai Rose buatkan dia terkejar-kejar.
Memandangkan Rose adalah anak yatim piatu dan anak sedara kesayangan ibunya, Jimin perlu memastikan keadaan Rose baik-baik sahaja.
Langkah dia terus mati bila melihat figura seorang perempuan sedang elok terbaring di atas sofa ruang tamu itu.
Isterinya, Hwayoung sedang enak dibuai mimpi di sofa. Jimin terus mendekati Hwayoung dan dia duduk mencangkung sambil matanya ralit memerhatikan wajah isterinya ketika tidur.
Benarlah kata orang, perempuan yang cantik tetap cantik sewaktu dia tidur.
Tangannya terus menyentuh wajah isterinya. Kening serta pipi Hwayoung diusapnya lembut. Jarinya mula turun menyentuh bibir merah Hwayoung.
Cantik.
Hwayoung yang sedang terlena itu terganggu sedikit bila wajahnya seperti diusik akan sesuatu. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Dari posisi berbaring mengiring matanya jelas kelihatan Jimin sedang merenung wajahnya lama.
" Eh awak dah balik? " Hwayoung terus memaksa dirinya untuk bangun. Jimin pula tersenyum nipis sambil melabungkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Hwayoung. Rambut Hwayoung Jimin belai perlahan.
" Kenapa tidur dekat sini? Sakit badan awak nanti." soal Jimin terus.
" Saya tunggu awak balik kerja. Oh ya, kenapa awak lambat? Saya call awak tadi pun awak tak jawab." soal Hwayoung sedikit mamai. Matanya digosok-gosok perlahan.
Usapan di kepala Hwayoung terhenti. Perlahan-lahan tangan Jimin beralih dari menyentuh rambut Hwayoung. Wajahnya mula berubah.
" Ada kerja lebih dekat office tadi. I-itu yang lambat." Jimin berkata sambil matanya dilarikan daripada bertembung dengan Hwayoung.
Mungkin bukan masa yang sesuai untuk dia beritahu tentang Rose kepada Hwayoung. Lagipun Hwayoung tidak perlu tahu disebabkan hal Rose adalah hal berkenaan diri peribadi perempuan itu. Dia tidak mahu hal kecil dibesarkan.
" Jimin.. Saya ada nak beritahu awak sesuatu. Cafe saya.."
" Sayang boleh tak story esok hari? Saya penat. Esok saya ada meeting awal pagi."
Hwayoung terdiam. Melihatkan raut wajah Jimin agak lesu pada malam itu buatkan dia rasa kesian. ' Mungkin dia penat.. ' desis kecil hati Hwayoung.
Jimin terus bangun dari sofa dan langkahnya terus naik ke tingkat atas. Dia betul-betul berasa keletihan.
" Jangan tidur dekat sofa tu lagi. Lagi satu tak usahlah tunggu saya sampai balik kerja. Awak nanti yang penat. " Jimin berkata tanpa memandang kearah wajah Hwayoung.
Bayangan lelaki itu terus menghilang di pandangan mata Hwayoung. Hwayoung termenung untuk seketika. Dia rasa sedikit kelainan dengan layanan Jimin pada hari ni.
" Mungkin dia penat kerja." sangka baik Hwayoung. Tentang hal cafe itu nanti-nantilah dia beritahu kepada Jimin.
Hwayoung mula bangkit dari duduk di sofa. Langkahnya terus ingin menuju kearah bilik. Sambung tidur.
🍂🍂
Bila sahaja Hwayoung terjaga dari tidur, bayangan Jimin disebelahnya tidak lagi kelihatan. Terus Hwayoung bangun dan menjengah seketika di dalam bilik air, koridor dan lain-lain.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞