Serabut.
Hati dan fikirannya tidak tenang dimana kejadian itu berlaku. Ingatannya masih lagi ingat dengan jelas dimana wajah dan seluruh tubuh wanita itu pucat seolah tiada darah.
Bodoh.
Kau memang bodoh, Park Jimin.
Dia serupa macam orang kurang siuman. Sekejap bangun, sekejap duduk. Rambutnya tidak terurus. Wajah Jimin pada saat ini tersangatlah kusut.
Beberapa kali dia meraup mukanya kasar. Hatinya sangat gelisah. Semua ini berpunca daripada dia. Jikalau dia bersabar sedikit, mungkin waktu sekarang ini Hwayoung sedang berada di dakapan tidurnya saat itu.
" Ji. "
Bahu Jimin disentuh. Taehyung mula duduk disebelahnya.
" Keadaan dia masih lagi lemah. Nasib baik kau sempat beri dia pertolongan cemas. Kalau tidak, nyawa dia tak panjang, Ji. " beritahu Taehyung kepada Jimin.
Perlahan-lahan aku lepaskan nafas lega.
Tuhan masih berikan aku lagi peluang.
Peluang dimana Hwayoung sempat untuk diselamatkan.
Peluang untuk hubungan ini pulih semula.
[Flashback]
" Hwayoung! Bangun! "
Berkali-kali pipi wanita itu aku tampar perlahan. Tubuhnya ketika ini sudah basah kuyup. Wajah dan keseluruhan tubuh Hwayoung semakin pucat dan tangannya kecut.
Aku semakin gelabah bila Hwayoung seakan tidak bernafas. Tanpa teragak-agak bibir pucat Hwayoung terus aku kucup dengan bibir aku.
Bantuan pernafasan aku beri. Hampir 5 minit bantuan CPR aku berikan pada Hwayoung. Dadanya aku tekan dan bibirnya aku kucup untuk beri pernafasan berulang kali.
Tetapi masih sama. Dia masih tidak sedarkan diri.
" Please.. Wake up Sayang. Bangun! "
Tanpa sedar air mata aku mula bergenang dan menitis. Sumpah ini bukan yang aku mahukan. Aku langsung tak terfikir Hwayoung akan bertindak seperti ini.
Aku sayangkan kau. Tolong bangun, Hwayoung.
Aku takkan maafkan diri sendiri jika ini adalah pengakhiran untuk hubungan ini berakhir.
Saat aku mahu kembali menekan dada Hwayoung, tiba-tiba Hwayoung tersedak dan muntahkan air di mulut serta hidungnya. Cepat-cepat aku bangunkan dia dan tepuk belakang badannya.
Nafas lega aku hembus. Syukur.
Terbatuk-batuk Hwayoung. Terus aku peluk tubuhnya yang basah kuyup itu. Aku tahu dia masih lagi lemah. Dan badannya mula mengigil.
" Sayang.. I'm so sorry. Jangan buat macam ni lagi please. Saya sayang awak Hwayoung. Saya buat semua ni sebab sayangkan awak. " aku peluk erat tubuh Hwayoung ketika itu.
Rambut Hwayoung yang basah kuyup itu aku usap dengan penuh kasih sayang. Tanpa sedar airmata Jimin mula gugur. Dia menangis kerana takut akan kehilangan isterinya.
" Saya.. benci .. awak... Benci.."
Hwayoung mula menyahut tetapi suaranya seakan berbisik. Tapi aku cukup dengar apa yang dikatakannya. Tepat di telinga kiri aku.
Dan hati aku seakan terhiris bila dia kata dia bencikan aku.
Ya, aku adalah suami yang teruk.
[EndFlashback]
" Maaf Jimin. Hwayoung tak benarkan untuk kau masuk."Irene memberi tahu aku saat aku ingin mahu masuk ke dalam bilik wad Hwayoung. Dia baru sahaja sedarkan diri pagi tadi. Aku baru semangat ingin berjumpa dengannya tapi lain jadinya, isteri sendiri melarang suami mahu melawat.
" Sekejap je Irene. Aku nak tengok dia pun cukuplah. "
" Jimin, if kau sayangkan dia please jangan buat perkara yang dia tak suka. Kau tak serik lagi ke? " kata-kata Irene yang berbaur sindiran. Sepertinya dia sendiri sudah penat dengan perangai aku.
Aku terdiam membisu.
" Kau bukan pulihkan keadaan Jimin tapi kau makin buat hubungan korang renggang. Aku taknak masuk campur tapi kau tahukan Hwayoung dah macam keluarga aku sendiri? " soal Irene lagi.
" Aku cuba. Tapi dia.."
" Dia minta cerai Jimin. Sorry sampai setakat ini sahaja aku boleh bantu kau. "
Aku terkejut. Hati aku terasa kena hempap dengan sesuatu yang berat bila dia beritahu aku itu.
" Ce-cerai? "
Our Mistake🍂
Bersambung..Maaf utk bab pendek.
Goodnight 🌙
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞