Maaf lambat update harini🙏
Selamat membaca✨•••
" Good morning! "
Suara yang agak aku kenali memeranjatkan aku. Aku angkat kepala dan wajah Taehyung sedang tersengih dihadapan aku. Aku tak terkejut pun sebab dah tahu yang dia memang berada disini. Begitu juga dengan dia.
Taehyung selamba sahaja duduk di meja kami. Dan diikuti Jimin dibelakang dengan muka riak biasa. Irene aku tahu dia takkan melarang sebab pakwa dia nak melekat dengan dia tapi yang buatkan mood makan sarapan aku terbantut bila Jimin duduk berhadapan dengan aku.
Dahlah peristiwa diawal pagi tadi masih lagi mengejutkan aku. Sesuka hati dia je nak cuba ceroboh bilik sebelah!
" Siapa suruh kau duduk sini? "
" Wah Hwayoung.. makin brutal sekarang eh. Bukan dulu korang guna awak saya ke? " Taehyung mencelah.
Aku menjeling Taehyung tajam. Mamat ni pun satu, suka sangat menjawab.
Taehyung terus diam bila mendapat jelingan maut dari Hwayoung. Nampaknya mereka berdua masih tidak okay.
Aku ambil nafas panjang sejenak dan teruskan habiskan makan sarapan aku. Lebih cepat aku habiskan lebih cepat aku blah dari sini.
" Oh ya, korang berdua nak pergi mana lepas ni? Takkan nak duduk dalam bilik je." Taehyung seperti biasa mulakan bicara.
Dia memang mulut bising. Aku tak faham macam mana Irene yang agak savage tu boleh tersuka dengan mamat macam tu. Ah, buat apa aku nak kisah?
" Entahlah. Kiteorang just nak ronda-ronda apa yang best dekat sini. " Irene jawab.
Aku dengan Jimin pula yang diam dari tadi. Masing-masing buat hal sendiri. Dan tidak bertentangan mata.
" Eh kalau macam tu jomlah join kami pergi pulau Harvest. Tak jauh pun dari sini. Dekat sana best sikit kalau nak snorkling. Amacam? "
" Boleh je. "
" Aku tak ikut."
" Bwo? " Irene terus toleh melihat aku. Terkejut bila tiba-tiba aku kata macam tu.
" No ! Kau kena join jugak. Takkan aku sorang je perempuan. Habis kau nak pergi mana? "
" Aku tak pandai snorkling lah. Kan ada pakwe kau. Lagipun aku tak suka benda-benda macam tu."
" Tak suka atau takut? " Jimin mula mencelah. Dia yang dari tadi asyik membisu. Aku pandang dia sekejap dan aku nampak bibir dia sedikit senyum sinis.
Aish! Dia ni macam tahu-tahu je!
" Tak suka. Boleh beza kan tak suka dengan takut? " jawab aku terus sambil pandangan mata aku terhala dekat dia.
Taehyung dengan Irene pula yang membisu bila aku dengan Jimin buka mulut. Agaknya mereka tak pernah nampak husband-wife bergaduh depan mata. Haa baru kau tahu.
" Tch, berenang dekat swimming pool depan sana pun tak berani. Setakat celup-celup kaki .Membazir bayar bil mahal je."
Oh. Jadi dia skodeng aku lah semalam? Ya, aku ada temankan Irene berenang dekat swimming pool semalam tapi aku je tak join selam sekali.
Sebab aku jenis takutkan kedalaman air. Dan aku ada fobia dengan kedalaman air. Walaupun kolam tu paras berapa kaki sahaja. Jadi yang aku hanya mampu celup-celup sahaja la kaki.
Kalau pergi pantai pun sama, aku akan duduk di tepi pantai dan bermain pasir sahaja. Rugi kan orang macam aku ni?
Kantoi Jimin. Awak skodeng saya.
" Suka hati aku la nak celup kaki ke kepala ke ada menganggu kau? Oh, nanti kalau aku berenang nak pakai bikini nanti lagilah orang tu kecam. Taehyung, kau suka perempuan pakai bikini tak? " soalan tiba-tiba aku tujukan kepada Taehyung.
Dia agak terkejut tapi pandai kawal muka.
" Eh ofcourse lah. Lelaki mana je tak suka perempuan pakai bikini."
Dan tak semena-mena kepala Taehyung terus menjadi mangsa ketukan dengan sudu milik Irene. Hah, cemburu lah tu.
Aku tersenyum sinis dan pandangan aku terhala semula kearah Jimin. Dan aku dah agak reaksi Jimin bagaimana. Dia dengan sikap possession nya itu merenungku tajam.
" Dont you dare. Aku tak izinkan." bercakap macam seolah dengan aku tapi suara dia tu semeja ni dengar. Ish, cover lah sikit.
" Kenapa tak boleh? Jealouse ? "
" Boleh pakai bikini tapi dengan syarat kita berdua je dalam bilik. Boleh? "
Telinga aku dah terdengar gelakan halus dari Irene dan Taehyung. Aku gigit bawah bibir. Sesuka hati dia je bercakap !
" Kau nak pergi-pergilah, aku stay je kat sini." aku terus bangun dari duduk di kerusi. Beg tepi aku ambil dan dipakai. Niat dihati ingin berjalan-jalan di tepi pantai sahaja. Malas nak melayan mereka lagi-lagi si Park Jimin ni !
" No, kau akan ikut sekali."
Pergerakkan aku terhenti bila suara Jimin menghalang aku. Aku pandang dia dan Jimin mula angkat muka. Kami bertentangan mata.
" Tak ada alasan untuk kau tak ikut. Diorang berdua lantaklah nak buat apa dengan teruskan aktiviti tu. Aku kan ada, boleh temankan kau. "
Dan ya, entah kenapa aku dah macam terkena sampuk dengan Jimin. Aku pun akhirnya bersetuju dengan rancangan mereka yang nak pergi ke pulau Harvest tu. Walaupun sebenarnya perasaan takut dan ragu-ragu masih ada. Tak apalah, kali ini aku beranikan diri.
Janji awak temankan saya.
Itu sahaja.
Our Mistake🍂
Bersambung.Pulau Harvest tu hanya rekaan ya. Tak taulah wujud ke tidak😂
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞