Bab 4

3.9K 349 16
                                    


" Cakaplah ! "

Bahu aku terhenjut sedikit kerana terkejut. Jeritan dari lelaki yang bertuala tadi. Kini dia sudah berpakaian sepenuhnya.

Aku masih lagi membisu dan hanya menuduk. Tangan aku bermain di sekitar hujung kain baju aku. Aku baru sahaja tersedar dari pengsan.

Mujurlah orang pertama yang aku lihat adalah Irene sewaktu tersedar sahaja dari pengsan . Tak adalah aku rasa takut.

" kau kenapa nak menjerit kat dia. Tak boleh nak bercakap baik-baik? "

Kepala Jungkook terus dipukul kasar oleh Irene. Dia mengaduh seketika sambil mengosok belakang kepalanya yang sakit.

Irene mula mendekati Hwayoung dan menghulurkan satu cawan kepadanya.

Hwayoung menyambut huluran Irene dan minumnya dengan sedikit memandangkan coffe itu masih lagi hangat.

Bahu Hwayoung disentuh perlahan oleh Irene. Diusapnya perlahan bahu rakannya.Dia mahu menenangkan Hwayoung.

" Hwayoung, cuba kau cerita dekat aku. Apa yang dah terjadi ? Kenapa kau macam ketakutan tadi ? " soal Irene lembut.

Mereka kini sedang duduk di meja makan bar itu. Manakala Taehyung, Hwayoung tak tahu kemana lelaki itu pergi.

Aku menjeling seketika ke arah Irene. Irene yang pada waktu itu hanya memakai dress tidur singkat bertali halus. Aku pandang Jungkook dan Irene bersilih ganti.

Tak hairan, kawannya ini bukannya kisah pasal pemakaian dia. Kalau boleh nak pakai bagi nampak semua aset dia. Sexy betul.

Aku masih tak berkata apa-apa lagi. Bibir aku seolah tidak mahu terbuka. Aku sendiri tak dapat nak terangkan bagaimana. Cawan di tangan aku renung lama.

" jadi ni lah Hwayoung, housemate yang you ceritakan tu ? "

Aku angkat pandangan aku. Ada sorang lelaki yang aku lihat di dapur tadi kini sudah lengkap berpakaian daripada hanya memakai seluar boxer sahaja tadi. 

Dia berjalan menghampiri kearah aku dan
m

eletakkan pinggan di atas meja. Pancake dihadapan aku renung.

" disebabkan kaulah aku kena buat pancake ni balik semula. " bicara Taehyung lalu dia duduk disebelah aku.

Aku tak berkata apa-apa. Hanya diam merenung ke arah pinggan yang diatasnya ada pancake buatan Taehyung.

" hey, makanlah. Aku buat pancake ni sedap tau. Lupakan je pasal tadi. Aku tahu kau tak biasa nampak lelaki berbogel." bicara Taehyung menahan senyum. Jungkook pun turut tersenyum menahan gelak.

" Taehyung." Irene memanggil Taehyung dengan nada marah.

" What? I just teased her. She look innoncent too. Apa nama kau, cutie ? " dagu aku terus dicuit oleh Taehyung tanpa rasa malu.

Pantas aku menepis tangan Taehyung dari mencuba mengusik aku. Biadap, kenapalah Irene dapat teman lelaki yang sebegini? Hah, sama juga dengan lelaki dihadapan aku ni juga.

" wuu jual mahal." usik Taehyung sekali lagi bersama dengan gelak tawanya. Jungkook juga sama.

" ah Hyung ! Baru bangun ? Jomlah kita breakfast sekali. Ada awek baru, kawan Irene." Jungkook tiba-tiba sahaja bersuara lantang bila melihat kehadirannya.

Aku menghalakan pandangan kearah Jungkook maksudkan tadi. Riak wajah aku mula berubah.

Lelaki itu.

Lelaki yang berada sekatil dengan aku tadi.

Dengan pantas aku bangun dan mara kearah lelaki itu tanpa rasa takut. Perbuatan aku itu dilihat oleh mereka semua.

Dia sudah lengkap dengan berpakaian. Tidak mahu langsung bertentangan mata denganku.

Tangan aku terus menolak dada lelaki itu sekuat hati. Badan lelaki itu terundur kearah belakang sedikit.

Aku menjerit kuat.

" lelaki tak guna !  tak guna ! " aku menjerit marah sekuat hati sambil memukul dada lelaki itu.

Dia tidak berbuat apa-apa. Hanya mendiamkan diri sambil matanya mencuba tidak bertembung dengan mata aku.

Irene terus merapati  dan menjauhkan aku dari lelaki itu bila melihat aku bertindak dari luar kawalan.

" Hwayoung kenapa ni ? Jimin, apa yang kau dah buat kat dia? Kenapa dia menangis bila nampak kau? " tanya Irene terus.

Tidak faham dengan situasi yang berlaku sekarang.

Aku dah menangis semahunya. Tubuh aku dipeluk oleh Irene untuk menenangkan aku. Aku tak tahu nak jelaskan bagaimana. Semuanya berlaku tanpa aku sedari.

Jimin masih lagi berdiri tegak disitu. Pandangannya jatuh kearah lantai berjubin ini. Langsung tidak bersuara.

" Jimin cakaplah ! " desak Irene sekali lagi.
Irene sudah tidak mahu bersabar untuk menunggu. Melihatkan sahabatnya menangis begini membuatkan dia rasa bersalah.

Manakala Jungkook dan Taehyung masih duduk sambil memerhatikan drama yang berlaku di depan mata. Tidak mahu untuk masuk campur.

"  aku dah sentuh dia."

 



Our Mistake🍂

Bersambung.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now