Bab 39

2.8K 267 32
                                    


" Kau pasti?  " disoalnya berulang kali. 

Hwayoung hanya mengangguk. 

" Tak mahu berikan dia peluang? "

" Dia sendiri yang hancurkan peluang itu,  Irene.  Aku dah tawar hati dengan spesis macam dia. "

" Hwayoung, tapi dia tetap suami kau. " pujuknya lagi.

" Suami?  Suami yang sesuka hati nak sentuh bila isteri tak sedia?  Dia buat aku macam perempuan simpanan dia Irene!  Aku dah penat.  Kata sayang tapi hakikatnya sama.  Aku dah macam objek. Patung yang dia mahu sentuh dan buang bila tak nak.  Itu dia. "

Tawar hati.  Hwayoung dah serik.  Dia tak mahu dijadikan objek lagi oleh Jimin.  Dia masih trauma. 

" Hwayoung, kau tak sayangkan dia?  "

Tiada jawapan. 

" Kau sayangkan dia bukan? " duga Irene lagi.

" Aku ... Aku sayang dia sangat-sangat Irene. Tapi.."

Hwayoung mula menangis teresak-esak.  Dia buntu dengan pilihan sendiri.  Dia mahu teruskan hubungan tetapi Jimin masih lagi tidak berubah. 

" Kau masih ada peluang nak pulihkan hubungan ini.  "

" Tak.  Aku nekad dengan keputusan aku.  Mungkin lebih baik untuk kami bercerai.  Jimin lebih layak untuk dapatkan perempuan yang lebih baik daripada aku. Dan mana tahu penceraian ini boleh ubah sikap dia selama ni. "



🍂🍂🍂

" Stop Ji,  dah lebih lima botol kau teguk ni. "

Cawan aku yang berisi soju itu Taehyung rampas. Kali ini dia pula yang minum bagi pihak aku. Takut aku mabuk teruk. 

" Dahlah Jimin.  Kau fikir minum dapat settle kan problem kau ke?  Pergi pujuk dia balik. Perempuan memang macam tu. Complicated."

Kata-kata Taehyung masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Surat bersampul berwarna coklat aku tenung di atas meja. 

Taehyung baru sahaja berikan pada aku.  Dan aku langsung tak mahu bukanya.  Aku tahu isi surat itu apa. Surat penceraian. 

" Sebabkan complicated  la aku biarkan dia Tae.  Dia bencikan aku.  Memang patut pun dia minta cerai. "

" Bodoh.  Habistu kau nak mengalah macam tu je?  Come on Ji, pujuk dia balik.  Kau pun sayangkan dia bukan? "

" Sayang?  " Jimin ulang semula perkataan yang Taehyung sebut tadi. Dia tersenyum dalam situasi mabuk itu.

Wajah Jimin yang kemerah-merahan akibat mabuk teruk itu diusap berkali-kali.Dia sudah tidak terurus. 

" Aku suami yang teruk Taehyung.  Aku tak mampu berikan dia kasih sayang yang dia mahukan. Aku seksa dia.  Itu kesilapan aku.

" Tak,  masing-masing buat silap.  Korang berdua ni ego sebenarnya.  Itu pandangan aku. "

Jimin abaikan kata-kata Taehyung.  Dia sudah penat. Difikirannya masih lekat dengan nama Hwayoung.


🍂🍂🍂

" Jepun? " terkejut Taehyung. 

" Ada urusan bisness yang aku kena settle kan dekat sana.  Mungkin aku pindah kat sana terus?  "

" Berapa lama?  "

" 4 tahun. "

" Kau biar betul?  "

" Ya aku serius."

" Kau nak lari dari masalah kan Jimin?  Aku dah agak. " Taehyung sudah meluat. 

Begitulah Jimin.  Cepat mengalah.

Ada masalah lari.  Itu perangai Jimin yang dia tahu sejak dahulu lagi.  Tidak berubah. 

" Aku tak lari. Ni atas urusan kerja. 4 tahun tu bukannya lama pun.  Lagipun aku akan melawat kau juga nanti.  "

" Habis Hwayoung?  Kau nak tinggalkan dia macam tu je?  "

Jimin diam.  Fail yang dia pegang tadi terus diletakkan kembali di atas meja. 

" Ini yang dia mahu.  Aku tunaikan permintaan dia. "  jawab Jimin perlahan.

" Taehyung,  sebelum aku pergi boleh kau tolong aku sesuatu?  "

" Tolong apa?  "

Jimin hulurkan sampul surat kepada Taehyung.  Taehyung sambut. Dia macam kenal dengan sampul surat ni.  Ini macam sampul surat yang dia berikan kepada Jimin tempoh hari.

" Untuk Hwayoung.  Jawapan kepada surat penceraian yang dia minta. "



🍂🍂🍂



Hwayoung memandang lama sampul surat itu dari jauh. Tidak terusik. 

Kata hatinya mahu melihat ada apa isi didalamnya tapi tubuhnya menidakkan.

Akhirnya Hwayoung mengalah jua.  Dia bangun dan mengambil sampul surat berwarna coklat itu.  Dibuka dan dibawa keluar isinya.

Hwayoung sangkakan dokumen surat perjanjian ada ditangannya,  tetapi disebaliknya adalah sekeping kertas yang lain. 

Perlahan-lahan dibuka dan dibaca isi tulisan tangan itu. Ekor matanya bergerak membaca setiap bait-bait tulisan tangan itu. 

" Jimin.. Awak memang tak guna. "

Kertas di tangannya terus direnyuk.  Tanpa sedar airmata Hwayoung mengalir.  Bibirnya diketap rapat menahan dari sebarang bunyi esakkan keluar.

'Sampai hati awak, Jimin. '

 




Our Mistake🍂
Bersambung..




ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now