Saya baik harini jadi double update untuk awak semua❤
➖
" Dia lupa? " tanya Irene.
Pertanyaan dari Irene hanya aku biarkan. Sejak dari tadi mata aku tidak lepas dari melihat di skrin telefon. Message yang Jimin tinggalkan kepada aku.
Saya balik lambat harini. Sorry.
" Dia busy kerja. " jawabku lambat lalu menyimpan phone di dalam beg tangan. Satu keluhan perlahan aku lepaskan.
" Habis kau nak pergi seorang diri? Aku ni kalau tak disebabkan kerja bolehlah aku temankan kau."
Harini aku perlu pergi ke hospital untuk check kandungan aku. Seingat aku ada beritahu Jimin yang aku akan ada appoinment di hospital. Tapi akhirnya dia lupa. Dan juga beri alasan yang sama, busy.
" Tak usah. Aku boleh pergi sendiri. "
" Hwayoung, kau okay ke ni? " tegur Irene.
" Aku okay."
" Tak, kau tak okay. Aku dapat baca muka kau bila ada masalah. Kau dengan Jimin..bergaduh ke? "
Soalan dari Irene tidak terjawab. Lama aku termenung. Sampaikan dia beberapa kali memetik jari di hadapan muka aku.
" Betulah aku cakap. Kau ni ada masalah. Beritahu aku cepat apa yang Jimin buat." desak Irene sekali.
" Dia tak buat apa-apalah. Biasalah tu busy. " bicara aku perlahan.
" Betul ni? Lelaki ni kalau dia simpan something mesti dia banyak beri alasan. Kau pasti dia busy sebab kerja? Aku bukan nak cakap buruk tentang Jimin. Tapi kebiasaanya begitulah. "
" Aku yakin Jimin tak tipu aku. "
" Kita ni boleh percayakan suami Hwayoung, tapi kalau dah berkaitan tentang anak kau pun dia masih lupa takkan kau still nak bersangka baik lagi? "
Aku kembali diam. Kata-kata Irene ada jugak benarnya. Kadang tu aku terasa juga dengan perlakuan Jimin sejak kebelakangan ini tapi aku hanya berfikir dia terlalu sibuk dengan urusan kerja.
" Aku gerak dulu." aku terus bangun dan ingin bergerak keluar dari Spa milik Irene.
" Yalah, hati-hati tau drive."
Irene hanya melihat bayangan Hwayoung yang mula hilang dari pandangan matanya. Baginya rakannya itu terlalu memendam perasaan.
🍂🍂🍂
" Hwayoung? "
Terasa bahuku tiba-tiba dicuit oleh seseorang. Aku terus berpaling kearah belakang.
" Eh, Mingyu. Apa awak buat dekat sini? "
Terkejut. Tak sangka aku akan bertembung dengan lelaki itu di sini. Kelihatan dia tersenyum bila melihat aku seolah terkejut dengan kehadirannya.
" Saya melawat rakan saya tadi. "
Aku hanya menganggukkan sahaja kepala. Tiba-tiba terasa janggal pula.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞