Bab 47

2.7K 297 41
                                    

" Hwayoung,  ada sorang costumer ni nak jumpa dengan kau."

Aku yang pada waktu itu sedang berada di dalam bilik staff  terkejut dengan kehadiran Yeri. 

" Hah?  Nak buat apa jumpa dengan aku?  "

" Dia nak jumpa dengan owner cafe ni. Dah tak mengaku pulak ke kau ni tauke kedai?  " malas Yeri bercakap. Dia ada banyak lagi kerja.

" Perempuan ke lelaki?  " aku mula bangkit dari duduk.  Mula bangun untuk keluar dari bilik. 

" Perempuan. Dia tunggu kat meja no 15."

Seusai Yeri berkata,  aku terus kearah hadapan cafe. Tercari-cari costumer yang Yeri maksudkan. 

Bila aku hampir sahaja dengan meja bernombor 15 itu,  aku lihat ada seorang gadis yang sedang duduk berseorangan.

Semakin aku hampir dengannya terasa berdebar pula.  Yalah,  tiba-tiba ada je costumer nak jumpa.  Aku ada buat salah ke?

" Cik,  nak jumpa saya ke?  "

Aku tak nampak dengan jelas wajahnya kerana dia sedang menunduk sambil tangannya sedang fokus menyentuh tablet di tangan.  

" Oh. Ya saya. "

Senyuman aku mula mengundur bila dia angkat wajah dan kami saling bertatapan mata.

" Saya Park Roseanne. Masih ingat saya Hwayoung?  " ucapnya sambil bibir tersenyum lebar. 

🍂🍂🍂


" First of all,  I nak mintak maaf because of me,  hubungan you dengan Jimin terganggu.  I'm sorry Hwayoung.  Jimin,  dia tak salah pun. At least you berikanlah dia peluang.  I yang hasut dia sampai dia jadi macam tu dulu. I yang bersalah. "

Kini, aku berjumpa dengan gadis yang mengaku bahawa dia adalah sepupu Jimin ataupun perempuan yang punca hubungan rumah tangga aku tercalar. Aku hanya membisukan diri. 

" Hwayoung.. kita sama-sama perempuan. You know dalam dunia ni manusia akan sanggup buat apa sahaja untuk impian dia tercapai.  And i waktu tu bodoh,  I salah.  You patut hukum I bukan Jimin seorang sahaja. "

" Rose, cukup.  Kalau awak datang kesini nak suruh saya berbaik semula dengan sepupu awak tu saya rasa baik awak batalkan saja niat awak tu.  Dan saya dah lama maafkan awak.  Manusia mana yang tak pernah buat silap. " bicara aku dengan nada mendatar. 

Rose mula buntu.  Dia jadi rasa terbeban. Angkara perbuatan dia dulu hubungan rumahtangga sepupunya mula goyah.

" Awak tahu Hwayoung?  Kenapa saya sukakan dengan sepupu sendiri dulu.  Jimin,  dia seorang lelaki yang baik.  Awak perempuan bertuah kerana dapat dia.  Dia lelaki yang baik Hwayoung. "

" Tetapi bukan suami yang baik.  Cukuplah Rose,  stop bercakap tentang ni.  Saya ada banyak lagi kerja nak buat. "

" Tunggu. " tangan aku segera dicapai oleh Rose.  Terhenti aku seketika daripada beredar dari situ. 

Rose mulai bangun dan pegang kedua tangan aku. Mukanya serius. 

" Saya kenal Jimin.  Dari kecil sampailah sekarang.  Saya tahu,  Jimin macam mana.  Dia bila dah dapat atau sentuh sesuatu yang dia suka,  dia takkan lepaskan. Never until his die. That's his attitude."

Aku jadi tergamam. Kata-kata yang keluar dari mulut Rose ada benarnya.
Sebab itu sehingga kini,  Jimin tak pernah untuk melepaskan aku.


ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now