" Honeymoon ? "
" Iya, dia ada ajak aku haritu. Lagi satu, dia boleh pulak ajaknya aku jom bercinta. Aku tak bolelah dapat suami macam ni, geli." ujar Hwayoung terus.
Irene tersenyum memandang Hwayoung.
" Kau nak geli tentang apa? Dia dah jadi suami kau pun."
" Ya aku tahu tu. Tapi aish susahlah aku nak explain kat kau. "
" Layankan sahajalah husband kau tu. Dia tengah cuba nak ambil hati la tu. Kau kan susah nak percayakan orang. Tak payah nak rasa geli sangat lah. Kau dah jadi mak buyung dah pun."
Hwayoung termenung seketika. Dia sendiri rasa bingung.
" Aku kan kadang-kadang tak faham dengan kau ni, Hwayoung. Orang tu dah sanggup nak kahwin dengan kau untuk tebus kesilapan dia tapi kau pulak still berperangai macam ni. Cubalah sesekali tu kau ubah fikiran, ambil hati dia, terima dia sebagai suami. Cuba bersyukur sikit. Kalau orang lain tentu dibiarkan."
" Kau tengah bagi ceramah tak berbayar ke ni? "
" Ani, aku nak kau belanja aku minum nanti. Habis air liur aku membazir cakap pasal ni. Tu pun tak faham-faham."
Irene dah penat nak bercakap. Tapi kawannya ini susah betul nak terima. Kalau dia jadi diri Hwayoung dialah wanita paling bahagia rasanya.
" Iyelah."
Harini Hwayoung singgah ke tempat kerja di mana Irene bekerja. Spa milik Irene pada harini tidak ramai sangaf dengan pelanggan. Itu yang Hwayoung sibukkan diri.
" Oh ya, kau kata Jimin nak ajak kau pergi Honeymoon kan nanti? Nak pergi mana? "
" Entahlah. Aku pun tak tahu. Anak dah ada satu dalam perut pun masih nak mengajak aku pergi Honeymoon. "
" Kau fikir pergi Honeymoon ni tujuan dia hanya untuk buat anak je ke? " sindir Irene.
" Aku cuma cakap je."
" Itulah kau. Kau fikir tentang diri kau seorang je. Lelaki kalau dia ihklas, dia akan hormatkan perempuan. Cuba kau beritahu aku, Jimin ada ambil apa-apa kesempatan tak dekat diri kau? "
Hwayoung tidak menjawab pertanyaan Irene.
Seolah diam itu adalah jawapan kepada soalan Irene tadi.Tidak pernah.
🍂🍂🍂
" Jimin."
" Kau nak apa lagi Rose ? " tanya Jimin malas. Dia rasa rimas akan kehadiran sepupunya itu di pejabatnya.
" Jangan buat aku macam ni. Mana janji kau dengan mendiang Uncle Park dulu? Kau dah berjanji dengan dia untuk jaga aku. Tapi sekarang kau khianati janji-janji kau."
" Erti menjaga tak semestinya perlu berkahwin Rose. Mendiang ayah aku dulu hanya berpesan pada aku supaya aku tengokkan keadaan kau. Lindungi kau jika ada sebarang bahaya. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri, selain itu tak ada."
Kerana Rose adalah anak yatim piatu, keluarga Park yang mengambil alih untuk menjaga Rose dari kecil dan kini gadis itu sudah pandai membawa diri.
" Tapi tidak bagi aku Jimin. Aku sukakan kau. Tak, aku cintakan kau."
Jimin terus menyentuh dahinya sendiri apabila mendengar luahan kata hati sepupunya itu. Pusing kepala dia mendengar ayat yang sama dari gadis itu berulang kali.
" Aku dah berkahwin Rose, tolonglah terima."
" Sepatutnya aku yang perlu jadi isteri kau. Perempuan tu tak layak."
" Perempuan tu ada nama. Nama dia Hwayoung dan aku cintakan dia."
Rose tersenyum sinis saat mendengar Jimin berkata seperti itu.
" Kau pasti? Atau rasa bersalah sebenarnya? "
Riak wajah Jimin berubah. Dahinya berkerut seketika.
" Kau bercakap tentang apa ni? "
" Aku tahu Jimin niat kau apa sebenarnya. Satu, kerana anak dalam perempuan tu kau jadikan sebab untuk berkahwin. Keduanya, kerana harta. Kalau kau dengan Hwayoung tak terlanjur sudah tentu aku yang akan berkahwin dengan kau sekarang ni."
Jimin pandang tajam kearah Rose . Akal fikirannya cuba mencerna setiap kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.
" Jadi kaulah yang letakkan pil tu ke dalam minuman kami ? Kau yang rancang semuanya? "
" Ya, aku yang rancang. Tapi orang yang aku upah tu yang bodoh. Sepatutnya kau perlu tunggu aku malam tu tapi kau boleh layan perempuan yang tak tahu dari mana asal dia."
" Rose, keluar dari office aku sekarang." Jimin menahan sabar dan marah. Dia tak mahu Rose melihatnya dalan keadaan marah." Ingat Jimin. Kalau aku tak dapat kau, perempuan lain pun tak akan pernah dapat bersama dengan kau."
" Keluar Rose ! "
Rose terus keluar apabila disergah oleh Jimin. Dia tidak takut sebaliknya dia merasa puas. Jimin telah tahu Rose sedang menyimpan rahsia yang Jimin sedang sembunyikan selama ini.
Our Mistake🍂
Bersambung.
Konflik semakin menghampiri.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞