Bab 26

3.1K 308 56
                                    

Gelas terus aku hempas di atas meja. Setelah minum beberapa teguk air sejuk, dahaga aku yang tadi terus hilang. Tapi tidak bagi hati aku. Rasa sakit pula semakin menggunung.

Akal dan fikiran aku kini asyik terbayangkan kejadian di hospital tadi. Mengingatinya buatkan aku rasa sakit hati.

Aku rasa nak marah tapi aku tidak tahu nak lepaskannya bagaimana. Yang aku tahu aku cuma menangis sepanjang perjalanan balik ke rumah.

Aku yakin Jimin lihat aku dengan jelas disitu. Malah kedudukan kami tadi tidaklah jauh. Lepas sahaja aku bertembung dengannya terus aku berlari keluar dari bangunan hospital itu. Aku kira Jimin akan mengejar tapi terbalik. Mingyu pula yang kejar aku.

Jimin?

Aku tak tahu apa perasaan dia. Aku tidak tahu kenapa dia sanggup berbohong.

Bunyi kereta masuk di perkarangan rumah menghentikan lamunan aku. Aku terus membasuh muka dan mengelap sebahagian wajah aku dengan tuala bersih. Aku tak mahu dilihat sunggul dihadapan Jimin.

Bunyi pintu rumah kedengaran terbuka dan tertutup semula. Aku tahu itu adalah Jimin. Berpura-pura seperti tidak apa yang berlaku, aku membasuh cawan yang aku minum tadi dan letakkan di tempat asalnya. Tujuan aku sekarang ini hendak naik ke tingkat atas.

Jimin pula memerhatikan aku dari ruang tamu. Dia berjalan mendekati aku.

" Makanan malam saya dah sediakan. Awak kalau lapar makan sendiri."

" Hwayoung, saya nak bercakap dengan awak sekejap." lengan aku disentuh olehnya tapi aku terus tepis perlahan.

" Saya penat. "

" Apa yang awak lihat tadi tu bukan yang awak fikirkan. Please dengar penjelasan saya dahulu."

Hwayoung terus berpaling kearah Jimin. Wajah lelaki itu dipandangnya tajam. Senyuman tipis menghiasi di bibirnya.

" Apa yang saya fikirkan? Awak maksudkan apa? Awak fikir saya ni anggap awak berlaku curang dibelakang saya? Jadi maknanya betullah awak curang dengan saya? " soal aku bertalu-talu.

" Saya tak curang Hwayoung. Saya nak ceritakan pada awak tapi susah awak..."

" Susah? Yalah. Awak kan sibuk. Busy kerja sampai lewat malam. Kadang tu sampai tak balik kerumah langsung. Sekarang saya baru faham dengan apa maksud busy awak tu."

Aku terus tinggalkan dia disitu. Aku naik tangga ingin masuk kedalam bilik tapi Jimin kejar dan tarik lengan aku untuk berhadapan dengannya.

" Jangan nak tuduh saya sembarangan Hwayoung. Dia cuma sepupu. Kami tak ada apa-apa."

" Sepupu? Dah jelas saya nampak betapa mesranya awak peluk pegang tangan dia dekat hospital tadi. Oh ya, apa urusan awak dengan dia disana ya? Ke dia sedang mengandungkan anak kedua awak? "

PANG !

Pipi kanan aku terasa kebas. Aku tergamam. Perlahan-lahan tangan aku menyentuh pipiku sendiri. Jimin dah naik tangan ke pipi aku sebentar tadi. Mata aku perlahan-lahan mula berkaca.

Kelihatan turun naik dada lelaki itu menahan amarah. Mungkin percakapan aku sebentar tadi terlalu melampau.

" Sekarang ni aku nak soal kau pula. Siapa lelaki yang berada dengan kau dekat hospital tadi tu? Dalam perut ni, anak aku atau anak dia sebenarnya? " jari lelaki itu menolak kasar kearah tepat di perut aku. Sehinggakan aku tedorong ke belakang sedikit. Mujur tidak terjatuh.

Kami berdua betul-betul berhadapan di depan tangga.

Bibir aku bergetar. Aku nak menahan diri supaya tidak menangis. Aku tak mahu Jimin lihat aku dalam keadaan lemah.

" Ini anak kau." kataku dengan nada keras.

Sudah tiada lagi awak dan saya. Kini diganti dengan kau dan aku.

Mata aku yang sudah berkaca tinggal mahu air mata sahaja yang menitis sedang bertatapan tajam dengan mata Jimin. Pasangan suami isteri itu kini dalam keadaan tegang.

Sabar sabar aku pun ada juga hadnya.

" Kau cakap tentang aku dengan Rose, tapi kau sendiri pun sama Hwayoung. Apa hubungan kau dengan lelaki tu? Aku mula rasa musykil anak siapa yang kau sedang mengandungkan sekarang ni."

Jimin mula berkata pedas untuk menaikkan marah aku. Tiada lagi kelembuatan yang aku selalu lihat pada dirinya. Kini diganti dengan amarah.

" Kau yang rogol aku sampai aku mengandung. Ini anak kau! Bapa jenis apa kau ni? Sehina-hina aku aku taklah jadi perempuan yang tiada maruah. Kau yang musnahkan semuanya! Kau ambil apa yang aku ada. Apa yang aku jaga selama ni. Jangan hina anak kau sendiri Jimin. Semua ni kesilapan kau!"

" Silap aku? Kau yang datang dari mana. Asal usul pun aku tak tahu. Kau nak salahkan aku pula? "

Semakin tegang. Bahasa kasar mula menjadi perbualan di antara mereka.

Hwayoung terdiam untuk seketika. Dia memejamkan matanya untuk sekejap. Air matanya pun sudah tertumpah. Dia tidak dapat berselindung. Dia dah penat. Perlahan-lahan nafas ditarik.

" Kalau awak tak mampu nak jadi seorang bapa untuk masa sekarang ni, awak lepaskan saya sahaja. Anak dalam kandungan ni perlukan seorang bapa yang boleh menjaganya."

Kataku perlahan dan ingin berlalu dari situ.

" Hwayoung aku tak habis bercakap lagi."

" Lepaskan tangan saya . "

" Kau kena dengar penjelasan aku! "

" Lepaskanlah! "

Hwayoung dan Jimin bergelut sesama sendiri. Sehingga tanpa sedar, kaki Hwayoung tergelincir di tepi bucu tangga dan akhirnya dia terjatuh tergelincir sehingga di tangga bawah sekali.

Semuanya berlaku dengan pantas. Jimin jadi tergamam bila melihat sekujur tubuh Hwayoung yang sudah terbaring di atas lantai rumah itu.

Terus dia mendapatkan Hwayoung dan belakang tubuh gadis itu diangkatnya perlahan. Suara rintihan kesakitan isterinya semakin jelas kedengaran.

Terasa ada sesuatu cecair yang mengalir di celah kaki Hwayoung, terus dia menyingkap ke atas dress labuh yang dipakainya.

" Jimin.. Da-darah."

🍂🍂🍂

" Encik ni penjaga pesakit? "

Jimin terus bangun dari kerusi. Dia berdiri dihadapan seorang doktor lelaki. Kini dia sedang berada di wad kecemasan.

" Saya suami dia. Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor? " tanya Jimin. Kini dia berasa gelisah.

" Puan Hwayoung tiada apa-apa. Dia kini sudah berada dalam keadaan baik. Cuma.."

" Cuma apa doktor? "

" Anak Encik tidak dapat kami selamatkan. Kami sudah sedaya upaya untuk
menyelamatkanya. Tapi janinnya terlalu lemah dengan kecelakaan yang berlaku. Pihak kami memohon maaf."


Our Mistake🍂
Bersambung.

Salah siapa sekarang ni?

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now