MLG 07 💙

97 5 0
                                    


jiN sun dengan bahagia keluar dari U. Seharian suntuk dia tidak jenguk puan Reon kerana terlalu banyak kelas.  Telefon dicapai mahu menelefon puan Reon.Tiba-tiba bahu nya cuit. Jin sun pantas menoleh. 

Bukk!

Dahinya terhentak pada dada bidang jinyoung. Dia automatik mengundur ke belakang. Telefon juga terlepas dari tangan.

"auw... "

Jin sun menggosok dahinya yang mula memerah.. Jinyoung kelam kabut terus bqdan jin sun dipaut supaya tidak terjatuh terduduk. Ini kali ketiga..

" miss gwaenchana?  "

Tahkala mendengar suara namja jin sun mendongak. Dia terkejut. Terus saja badan jinyoung ditolak jauh daripadanya.

"awak lagi! Kenapa ikut saya?."

Jinyoung tersenyum. Entah kenapa bila berdepan dengan jin sun hatinya mula berdegup lagi. Muka marah jin sun lagi menambah geli hati. Terlalu comel baginya.

"ommo telefon aku "  ujar jin sun dengan perlahan tapi cukup didengari jinyoung kerana kedudukan mereka tidak terlalu jauh. Jin sun duduk mengambil telefonnya. Hanya screen saja yang pecah teruk.

Jin sun pandang jinyoung dengan tajam. Kalau tak menganggu dirinya memang tak sah! Jin sun kembali bangun.

"ada apa encik bae jinyoung! "

"saya hmmm... Haa saya nak tanya miss tentang topik tadi err maksud saya pembelajaran subjek tadi "

Jin sun pandang jinyoung dengan pandangan tak percaya. Subjek tadi terlalu senang unruk faham. Dia baru bercadang mahu melawat puan Reon tapi ada saja yang menghalang.  Telefonya juga tak dapat digunA. Jin sun mengeluh panjang.

"Bae jinyoung! Jangan nak mengarut. Kita baru belajar Bab 1 dan saya rasa ia terlalu mudah nak ingat dan khatam "

"tu orang lain.. Bukan saya "

Jinyoung tersenyum lagi. Jin sun mula naik angin. Tapi dia masih bertolak ansur kerana di masih dalam U. Lagi sekali jin sun mengeluh.

Nampaknya dia terpaksa batalkan niat nak melawat puan Reon hari nih.  Tanpa banyak bicara jin sun masuk ke dalam U Kembali. Jinyoung yang masih tersenyum hanya mengikuti jin sun.
...

"omma macam mana hari ini dah makin sihat kew? "

"macam kamu tengok sekarang nih lahh, baru jam macam nih kamu jenguk omma kenapa? Kamu sibuk kew hmm? "

Jin sun duduk di birai katil puan Reon. Tangan Puan reon dicapai dan dicium lama. Dia berasa bersalah. Mujurlah puan Reon tak buat perangai hari nih.

"ryu dah mula buzy omma, ryu dah dapat kerja sebab tu lahh baru sekarang ryu jenguk omma...... Hmmm omma marah ryu kew?."

puan reon ketawa kecil. Diusap rambut jin sun dengan perlahan. Penuh kasih sayang.  seseorang yang berada di belakang pintu hanya diam melihat keadaan jin sun dan puan Reon.

"omma tak marah pun. "

Puan Reon beralih kepada pada pintu. Sepertinya ada seseorang yang mengintip mereka berdua.  Seseorang itu pula tersentak apabila matanya bertentangan dengan mata puan Reon. Dia terus pergi dari situ.

"Ryu nanti balik sorang kew?"

"nae omma waeyo?" puan Reon menggeleng kecil..

"omma nak kamu hati-hati bila waktu dah malam macam nih. Nak-nak lagi kamu tu belum berpunya "

Muka jin sun cemberut. Suka sangat bahas pasal berpunya ke tak berpunya. Dia tahu puan reon mahu dirinya menamatkan masa bujangnya.

"jin sun muda lagi omma, pasal jodoh tu biarlah dia datang sendiri. Ryu tak nak cari nanti bukan dapat yang elok pun "

"muda,apanya 25 tahun tu. Kalau zaman omma dulu umur macam nih pasti dah banyak anak "

"omma!!!!!"

Puan Reon ketawa kecil sambil mengusap rambut jin sun. Pintu dibuka dari luar. Doktor kang mula masuk tapi bukan sorang. Kang daniel juga ada. Tersenyum daniel apa bila jin sun ada didepan mata.

"tu anak ajjushi kang.. Macam ryu cakap tadi tak payah cari hah nih dia dah datang sendiri"

"omma!!! " 

[ COMPLETE  ] My Little Girl「 Bae JinYoung WANNAONE 」Where stories live. Discover now