MLG 38 💙

62 2 0
                                    


Encik kang ke airport seperti dikatanya. Dia mencari jinsun tapi tidak kelihatan. Satu cuitan dari belakang encik kang pantas menoleh.

"Ajjushiii.... "

Tubuh badan Encik kang dipeluk erat. Rindu doktor tua ini. Encik kang juga membalas pelukan jinsun.

"Kamu nampak lain ryu. Patut lahh ajjushi tak dapat nak cam kamu"

Pernampilan jinsun hanya ringkas. Berbaju blouse terdedah di bahu , berseluar panjang jean hitam. Rambutnya juga sedikit perang dan beralun.

" ryu mana ada berubah ajjushi nih, jom balik ajjushi,, ryu nak rest, sebab ryu balik korea seminggu je nak ambil barang."

Encik kang mengangguk. Bagasi jinsun diheret. Bukan disuruh malah kehendak hatinya. Jinsun amanahnya selepas Puan Reon meninggal dunia.

"Sebelum balik boleh kita pergi satu tempat?"

" hmmm boleh je, ikut ajjushi lahh"

Encik kang mengangguk lagi. Dia tahu hal ini akan mengundang kemarahan gadis kecil ini. Beberapa minit kereta Encik kang parking elok dihalaman tuan bae.

"Ajjushi rumah siapa nih? "

" ajjushi ada pesakit yang perlu diperiksa, jom lahh ikut ajjushi kat luar nih panas"

Tidak sebarang kata jinsun mengikut Encik kang dari belakang. Ternganga dibuatnya. Bila masuk saja dalam rumah, tektur yang cantik lanskap juga begitu. Jinsun leka.

"Mari naik atas. Pesakit ajjushi dekat atas"

"Nae "

Tingkat dua dituju. Satu bilik berwarna kelabu dituju. Encik kang pura-pura menyeluk poket seluarnya. Jinsun kehairanan.

"Waeyo ajjushi? "

" ryu masuk dulu, berbual dengan pesakit ajjushi, ajjushi ada barang tertinggal dalam kereta"

Terus Encik kang meninggalkan jinsun. Jinsun garu kepala yang tak gatal. Tombol pintu dipulas dan dia masuk. Dari pintu sini dia melihat figura manusia yang duduk diatas katil sambil membelakangi dirinya.

"Hmmm annyeong.. "

Sementara Jinyoung. Ketika suara halus menyapa dirinya dia duduk menegak. Dia tahu suara ini. Sungguh dia rindu.

"Erkk hi saya jinsun.. Ryu jinsun hmmm saya datang sini dengan doktor awak tapi tadi doktor awak ambil barang nanti dia sampai awak jangan risau".

Jinyoung masih diam. Tapi bibirnya tersenyum lebar. Tangannya mencengkam cadar katilnya. Menahan diri daripada memeluk jinsun. Dia tahu jinsun masih jauh tapi perlahan-lahan Jinsun, datang menghampiri.

Mereka diam beberapa minit . jinsun juga mula pelik Encik kang masih tidak datang².

" hmm awak saya keluar dulu cari doktor awak"

Jinyoung diam. Jinsun terus kepintu. Sebelum sempat tombol pintu disentuh badannya ditarik dan dipeluk erat.

"Jangan pergi... Jebal!"

"Yahhh!!! Apa awak nih! Lepaskan saya! "

Pelukan makin erat. Jinsun siku perut Jinyoung. Pelukan terlepas. Jinsun pantas menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia.

"Jin...jinyoung!"

[ COMPLETE  ] My Little Girl「 Bae JinYoung WANNAONE 」Where stories live. Discover now