season 1
mengisahkan seorang lelaki mula minat seorang perempuan melalui instagram akan tetapi dia tidak pernah tahu bahawa gadis itu adalah pelajar sekolahnya . dari situ bermacam perkara yang selalu menghalang mereka berdua sehinggalah mereka be...
Bosan lah , aku terus mencapai iphone xr aku dekat meja belajar . Aku mula fikir nak buka apa dulu .
Antara Instagram atau Webtoon . Tapi sejak kebelakangan ni , aku rajin buka Instagram banding Webtoon yang aku selalu buka .
" buka mana ni ", jihoon mula memikirkan . Ibu jarinya bersedia menekan aplikasi antara instagram dan webtoon .
Tanpa memikir panjang , dia memutuskan menekan aplikasi instagam .
Perkara pertama yang muncul di news feed aku adalah Lya post gambar dia pergi ke pantai bersama keluarganya .
halamak , aku mula rasa nak berangan pergi pantai dengan dia . sambil terkejar - kejar dia . aish .
apa aku ni , aduh . berangan aku selalu nombor satu kalau tak tu bukan lah .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Liked by baejinyoung_, divahwi, parkhyunmiin, k.daniel and 12,200 others.
lya_kang i need your love ❤️ view all 112 comment parkhyunmiin hanat lawa siak baejinyoung_ untung dapat pergi pantai time cuti sekolah .
-
aku rasa tergelak pula tengok member dia komen . dia balas pun , orang yang rapat sahaja .
kalau aku komen , mesti kena reject doh . Tak apalah , aku hanya mampu like gambarnya sahaja . rasa sedih pula hati ni bila rasa crush reject nanti . alahai , belum confess lagi wahai jihoon .
aku rasa mengantuk pula cuti hujung minggu ni . cuti je aku mampu tidur atas katil yang empuk bagaikan sutera ewah .
dah lah , aku nak tidur .. mimpi crush ni best . aku tutup mata aku perlahan - lahan .. rasa setan gayut beriya sangat .
tanpa sedar , aku dah tutup mata aku dengan rapat sekali .
[ author ' s pov ]
Jihoon baru sahaja hendak masuk ke perkarangan sekolah tapi langkahnya terhenti apabila Daehwi serta Baejin berlari menuju ke arahnya .
" Hyung , rehat nanti . rehat dengan kitaorang ye " ajak Daehwi . Jihoon mengangguk kepalanya sambil senyum .
" Korang , tunggu aku " jerit Woojin sambil berlari . berlari pun macam. kena kejar hantu mereka bertiga lihat .
" kau kenapa lari laju sangat , macam nampak ponti je " kata jihoon sambil tepuk belakang woojin .
Woojin mengambil nafas akibat penat berlari tadi tambahan pula terbatuk-batuk dia .
" tak adalah , aku takut korang tinggalkan aku " kata Woojin sengih . Mereka bertiga mamlu geleng sahaja , siapalah nak tinggalkan si Woojin kalau selalu ada dengan mereka .
" jom lah masuk , duduk sini nak jadi pak guard ke ? " kata Daehwi sambil masuk ala - ala diva kit diikuti mereka bertiga .
.
" hyung sini " jerit daehwi sambil melambai ke arah jihoon .
" Lya mana ? " tanya jihoon . Itulah perkara pertama dia bertanya pada Daehwi . Daehwi sudah mula menjeling , bukan tanya pasal dirinya serta Baejin .
" ada , dia beli makanan . Dia tengah beratur " jawab Daehwi . Mereka berempat terus menuju ke pelajar yang sedang sibuk beratur di situ .
Kelihatan panjang sekali , inilah paling dibenci oleh jihoon . Mesti kena beratur , lagi - lagi pelajar hadapan yang sibuk memikirkan hendak makan apa .
" Daehwi , hyung nak pergi koperasilah . Bosanlah tunggu macam ni , sampai ke esok tak dapat makan " , jihoon sibuk memerhati hadapan . Ada sibuk ketawa boleh lagi berbual sedangkan masing - masing sibuk menunggu giliran .
" Hyung ni , tunggu je la . Nanti sampai lah turn kita " kata Daehwi , menenangkan jihoon yang tak reti sabar .
Perutnya sudah mula membuka tiket konsert rasanya . Tak lama lagi , mula lah konsert di dalam perutnya .
" yela , demi Lya . Hyung sanggup " kata Jihoon . Daehwi mula rasa menyampah sudah , bila dengan para gadis mesti sanggup .
" Maaf lambat " ucap Daehwi sambil meletakkan dulangnya atas meja . Lya hanya senyum sahaja .
" tak apa , tak lama pun kan " kata Lya . Jihoon memandang Lya dengan senyum .
" by the way , hwi . Siapa dia ni ? " tanya Lya setelah sedar kehadiran Jihoon .
" dia ? Dia senior kita . Dia Park Jihoon , dia kawan kami masa kecil lagi " , kenal Daehwi .
" Hai " ucap Jihoon malu . Lya membalas . " Hai , Kang Lya imnida " Lya menunduk sedikit , ia di sebabkan dia dalam keadaan duduk .
" duduk lah sunbae " jemput Hyunmin . Jihoon mula malu rasanya berhadapan dengan Lya serta Hyunmin .