akhirnya, sudah sampai waktunya aku memakai baju pengantin yang aku pilih haritu .
aku memandang ke cermin melihat diri aku dengan rambut terlepas , dan crown yang berada di atas kepala aku . juru gaya dan juru mekap sibuk menghiaskan aku .
sekarang ini hanya tinggal membetulkan sahaja , selesai sahaja aku di suruh oleh juru gaya untuk pindah tempat untuk khas pengantin tunggu ke tibaan sahabat dan keluarga .
aku melihat hyunmin tiba sahaja menyelit di sebalik pintu memandang sekeliling . dia memandang aku dengan senyum , dia membuka pintu tersebut kelihatan jinyoung dam daehwi di belakang nya .
mereka mengikuti hyunmin dari belakang menuju ke arah aku , aku mula tersenyum manis memandang hyunmin .
" akhirnya kau kahwin , awal pula tu "
cebik hyunmin , memang kami berdua cadang hendak kahwin bersama tapi nak buat macamkan ?
aku terlebih dahulu mendahului dia .
" nanti kau kahwin juga kan , jihoon dah bersedia nak kahwin dengan aku tak akan nak tolak dia kan kan , kau mesti buat macam tu kan "
hyunmin mengangguk setuju . " chukahae lya , semoga bahagia . tak sabar nak tunggu kau perut buncit " kata daehwi , aku hanya tersenyum malu .
" tengok lah macam mana , sebab jihoon bagi aku sambung belajar tapi kampus dia lah "
" its okay lya , itu ikut kemahuan kau nak ada anak bila "
" sibuk cerita pasal anak ni , belum mula lagi majlis ni "
kata jinyoung , hyunmin menjeling sahaja . dah jadi pasangan pun masih lagi bergaduh ke ?
aku mengeleng sahaja perangai kebudak budak kan si hyunmin .
" pengantin dah bersedia ? "
tanya ibu aku , dia mula masuk ke dalam bilik . dia mula senyum memandang aku .
" chukahae lya , mama harap kamu bahagia tahu , kalau ada masalah berbincang dengan jihoon baik baik , mama dah tak ambil tahu dah "
" ah wae " aku mula cebik . mama ni kang habis mekap aku . aku ni nangis boleh tahan sendu juga .
" ye la , sebab tanggungjawab pada jihoon dah . jadi kamu kena banyak berbincnag dengan jihoon tahu . anak mama baik , mesti tak ada masalah , jom majlis dah nak mula "
aku mengangguk sahaja sambil memegang tangan mama . aku dan yang lain mula keluar dari bilik bersama .
hyunmin, jinyoung dan daehwi minta diri untuk masuk dahulu . appa aku sudah bersedia di hadapan pintu masuk menunggu aku .
aku mula mencapai lengan appa aku , aku peluk erat lengannya .
" kamu dah sedia ? nervous tak ? " tanya appa aku , aku mengangguk . ye memang aku nervous , tambahan pula tangan aku mengeletar sahaja dari tadi .
" lepas ni , akan selesai lya . jangan mengigil k "
aku mengangguk senyum , tak tahu kenapa aku susah nak bercakap , terasa di kunci sahaja . mungkin akan jawab masa terima suami kot lah .
aku mula menarik nafas dalam dalam dan menghembus . appa aku hanya pandang aku sahaja , dia tahu anak perempuannya nervous .
tiba sahaja pintu terbuka , dan kelihatan jihoon sudah berada depan depan situ dengan sut , dengan rambut amat manly bagi aku .
memang manly gila gaya dia , aku rasa terpukau pula memandang dia , dia di hadapan memandang aku dengan senyum . menunggu ke tibaan aku di sebelahnya .
aku dan appa aku mula mengorak langkah menuju ke jihoon , asal lambat rasanya jalan ni . aku nak cepat sikit perjalanan perkahwinan aku dengan lancar .
sampai sahaja di hadapan jihoon , kami berdua mula memandang sesama sendiri .
jihoon memandang aku dengan senyum manis . kenapalah hensem sangat awak ni , dengan gaya rambut manly gila . boleh fangirl dengan suami sendiri .
" Kang Lya , adakah awak terima Park Jihoon sebagai Suami , kawan dan cinta awak sepenuh masa "
" ye , saya terima Park Jihoon sebagai suami , kawan dan cinta saya "
" Park Jihoon , adakah awak menerima Kang Lya sebagai isteri, kawan dan cinta awak sepenuh masa "
" ye , saya terima Kang Lya sebagai isteri , kawan dan cinta saya sepenuh masa "
" dengan itu, kalian sudah sah jadi suami isteri . kamu berdua boleh cium "
jihoon mendekatkan dirinya ke arah aku , pipi aku mula rasa bahang dah . jihoon meletakkan kedua dua belah tangannya ke pipi aku , dia mula mendekatkan mukanya ke arah dan bibir kami mula mencantum sesama .
" uwu "
semua mula bersorak dengan kami semua . boleh di katakan kecoh majlis ni , dah boleh buat konsert dah . jihoon dan aku meleraikan ciuman kami setelah beberapa minit lamanya kamuli cium .
untung korang semua ye , dapat tengok aku cium dengan jihoon . lagi lagi daniel yang banyak ambil gambarnaku dengan jihoon sedang bercium .
akhirnya , aku mula kan hidup aku sebagai isteri sah pada jihoon , jihoon di sebelah aku memegang tangan aku erat .
" awak lawa la pakai baju pengantin ni "
" awak tu lagi lah , hensem tahu tak pakai sut dengan rambut tak pernah awak buat "
aku dengan dia mula sengih sesama , malu kena puji dengan pasangan .
the end
okay guys , uhuks maaflah hambar sekalian . erm erm , kesah apa aku hahahahhahahahhaha okay lah , rambut manly jihoon macam atas ni au dia buat . dengan gaya sut , aku boleh imagine tak akan tak boleh imagine . aduuuuuu. okay tu je nak ckp , jangan fangirl sangat gaya jihoon hahahha . aku cepuk sorg2 nanti .
itu je kot , okay lah i nak sambung cerita bae jinyoung tu , lya pun ada dlm tu tapi belum pregnant lagi k .
tag — LyaaHoon
YOU ARE READING
𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 [ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐡𝐨𝐨𝐧 ]
Romanceseason 1 mengisahkan seorang lelaki mula minat seorang perempuan melalui instagram akan tetapi dia tidak pernah tahu bahawa gadis itu adalah pelajar sekolahnya . dari situ bermacam perkara yang selalu menghalang mereka berdua sehinggalah mereka be...