"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder
"Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara
Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...
Namaku Tiara atau nama penuhku Nur Tiara Binti Tahir dan aku dilahirkan di Johor.Umurku baru 22 tahun dan aku baru je habis belajar.Course aku ambil dekat politeknik adalah Pengajian Perniagaan tapi satu kerja pun tak dapat lagi jadinya aku menganggur dirumah sambil mencari lubang kerja yang bersesuaian dengan diploma aku dan hobi aku dari dulu sampai sekarang hanyalah berangan dan selalunya angan-angan mat jenin.
Aku sekarang ni tengah duduk diatas pangkin sambil melihat sawah yang terbentang luas didepan mataku sambil menikmati buah mempelam cicah dengan gula campur kicap,bagi sesetengah orang mereka suka letak cili potong dan bagi aku tiada cili potong lagi sedap kerana aku tak suka pedas dan jangan sangka tiada sawah di negeri Johor,ada cuma tak sebesar di negeri Kedah.
"Tia,jangan duduk luar lama sangat.Ingat awak tu anak dara,tak manis orang tengok."Jerit emak ku dari dalam.
Nama emak ialah Siti Munirah tapi nama panggilan dia Mun.
"Baik mem" Jeritku balik.
Aku ni suka duduk luar menikmati angin petang sambil tu aku suka berangan yang akan ada anak raja yang datang meminang aku walaupun hakikatnya itu tidak akan berlaku.Kalau tak berangan aku akan tidur petang selalunya dan tentunya ingin mimpikan anak raja.
"wey wey ada berita hangat ni."Jerit Alya,sahabat sekampungku.
Entah datang dari mana Si Alya ni,tiba-tiba saja serbu aku dengan basikal cabuk kesayangannya tu.
"Kau ni Lya,kut ya pun bagilah salam ke apa ke ini tak tiba-tiba je serbu aku." Marahku.
"Alah sorry lah,aku tak sengaja lagipun aku excited nak bagitahu kau ni." katanya.
"Apa dia?"soalku basa-basi.
"okay aku dah himpunkan semua anak Sultan yang single dan available dari seluruh Malaysia ni dan aku dah jumpa sorang yang boleh kau stalk sampai puas." sambil tangannya didepakan.
"Siapa?"soalku.
"Tengku Hassanal"
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah,Tengku Mahkota Pahang.Anak kedua kepada Sultan Pahang iaitu sekarang ni Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimanuh.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Hek eleh kau ni.Itu pun aku dah stalk,dia pernah viral sekejap kan?kau ni radio buruk lah.Sampaikan berita tak sensasi kat aku tapi by the way aku tak berminat nak stalk dia lagi sebab tak berapa menarik perhatian aku"Jawabku geram.
"Kau ni kan bab anak sultan laju je kau stalk sampai dapat tahu semua tapi bab kerja malas nak cari lepastu habuk pun kau tak dapat."Perli Alya kepadaku.
"Kau ni bab sindir aku memang laju kan mentanglah kau dah kerja kat kedai laksa Mak Cik Jah tu ala nanti kalau aku jadi menantu diraja aku upah kau jadi dayang aku."Perliku kembali.