Bab 15

10.9K 236 7
                                        

"You...." Elaine mengambil tempat duduk disebelah Tengku Hayder.Lelaki itu memandang luar balkoni,badannya disitu tetapi fikirannya ditempat lain.

Elaine goyangkan tapak tangan dihadapan muka si suami namun si suami masih lagi khayal.Elaine tak berpuas hati lantas mencubit kuat paha Tengku Hayder yang jauh termenung.

"Aduh sakit lah.Kenapa you cubit I?" Ujarnya geram.Nak ditampar tetapi isteri sendiri.

"I panggil you kut.You tu tak nyahut so I cubit lah." Ujarnya tanpa serba salah.

"You nak apa lagi?" Soalnya geram.Walaupun dia di Brunei bersama Elaine untuk menguruskan cawangan hotel baru namun fikirannya masih teringat tentang Tiara yang berada di Malaysia.

"I nak duit.I nak shopping,katanya kat Brunei ni barang-barang dia murah.Can I?" Tapak tangan menadah duit.

"Kita datang sini bukan nak enjoy.I ada kerja nak disettlekan." Tengku Hayder menggelengkan kepala.Sebab itu dia tak berikan Elaine kad kredit kerana dia tahu nantinya Elaine akan mempergunakannya dengan sangat boros.

"Alah you boleh lah." Dia memaut manja lengan Tengku Hayder lalu melentokkan kepala.

"Once I said no is no." Tegasnya lagi.

"Please....." Ujarnya meleret.

"Sebab tu I tak nak bawa you sekali ikut I sebab I tahu you akan buat perangai macam ni." Tengku Hayder gelengkan kepala dengan keletah isterinya yang bersikap boros ini.

"I bosan lah terperuk kat dalam bilik ni.At least I shopping I boleh hilangkan bosan." Katanya muncung mulut.

"Siapa suruh mengada nak ikut?" Sindir Tengku Hayder pula.

"Sebab I nak temankan suami I yang handsome ni.I tak nak suami I yang sorang ni tergoda dengan perempuan kat Brunei ni." Jari telunjuknya dilalukan dilengan Tengku Hayder sehingga lelaki itu kegelian apabila diperlakukan sebegitu.

"Ada je alasan you tu." Tengku Hayder julingkan mata tanda menyampah.Fikirannya tentang Tiara hilang begitu saja saat Elaine muncul.

"So please...tak luak pun duit you belanja isteri you yang sorang ni.I janji kali ni I tak boros." Janjinya sambil mengangkat tapak tangan seperti orang yang bersumpah.

"Janji?I tak nak you bawa balik beg shopping banyak ea?Kalau you mungkir siap you nanti." Akhirnya Tengku Hayder lemah juga dengan pujuk rayu Elaine.

"Promise sayang.Thank you" Elaine tunjitkan kakinya sedikit lantas mencium pipi kanan Tengku Hayder bertalu-talu.Dia gembira apabila permintaannya ditunaikan.

"Duit you dalam wallet kan?I ambil eh." Soalnya gembira lagi lantas meleraikan pegangan lalu mencari dimana letaknya wallet Tengku Hayder.

"Just use my credit card but with one condition.Jangan boros"Pesannya lagi kepada Elaine.

Tengku Hayder sudah masak dengan perangai isterinya yang seorang ini.Dia pun curiga dengan diri sendiri bagaimana dirinya boleh kembali semula kepada wanita ini.Wanita yang tak pernah berubah dari dahulu lagi.

Wanita ini hanya tahu menghabiskan duitnya saja.Soal anak pun wanita ini tidak peduli sehingga si kecil Tengku Hayda itu hilang kasih sayang daripada seorang ibu.Hayda hanya mampu raih kasih sayang ibu daripada Tiara hanya untuk seketika dan sekarang anak kecil sudah hilang seorang lagi ibu.

Tengku Hayder kesal kerana menghalau Tiara.Dia tahu dia tak patut halau Tiara sebegitu rupa namun kerana ego bodohnya itu dia kehilangan Tiara.Tiara yang sekarang bukan lah Tiara yang dulu.Dia tekad untuk mendapatkan semula Tiara sebelum terlambat.

Mr Duda VS Miss DaraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang