Bab 23

8.5K 224 7
                                    

"Assalamualaikum aunty uncle" Sapa Tengku Hayfie ramah dengan dua pelakon itu.

"Waalaikumusalam" Jawab mereka serentak.

Lantas Tengku Hayfie menyalami si pelakon lelaki yang sudah berusia dan dia menundukkan sedikit kepalanya kononnya tanda hormat,ya dia hormat dengan lakonan mereka yang menjadi itu.Barangkali lelaki itu berumur 50-an dan wanita itu pula berumur 40-an.Pandai betul Alisa mencari pelakon yang sebaya dengan umur orang tua dia.Alisa hanya memandang mereka

"Jemput duduk." Pelawanya lantas mereka duduk untuk menikmati makan malam yang pasti akan dihiasi dengan lakonan dan drama.

"Uncle dengan auntie apa khabar?"

"Khabar baik Alhamdulillah." Jawab mereka serentak lantas tersenyum sedikit kekok.

"Awak,can we just eat and quitely?" Pinta Alisa.Dia tak nak Tengku Hayfie tanya mereka berdua lebih-lebih.

"Oh takkan saya tak boleh nak beramah mesra dengan bakal bapa mertua dan bakal ibu mertua saya.Kitaorang nak bertukar khabar je,tak boleh ke?" Sindirnya.Ya dia sengaja menyindir.

"Parents I suka makan dengan suasana yang senyap." Alisa tayangkan wajah tidak puas hati.

"Oh tak apa.Malam ni dikecualikan,kita makan sambil borak-borak supaya suasana tak lah hambar sangat kan uncle auntie?" Dia memberikan senyuman sinis.

"Haa hah haa" Jawab lelaki tua itu dengan tergagap.

"By the way nama uncle dan auntie apa ya?" Makanan yang dihidangkan tak terusik.Nampaknya lakonan mereka lebih penting daripada makanan.

Mereka berdua saling berpandangan lalu memandang wajah Alisa yang duduk bersebelahan dengan Tengku Hayfie.

"Aik takkan nak bagitahu nama pun lama sangat.Nak fikir nama letak apa ke?" Sindirnya lagi.

"Tengku." Alisa mencuit lengan Tengku Hayfie.Ingin menegur yang tindakan lelaki itu agak kurang sopan.

"Biar saya pilihkan nama.Tan Sri Abu dan Puan Sri Siti or Datok Abu dan Datin Siti." Sindirnya lagi.

"Tengku,jangan kurang ajar ya." Alisa memandangnya geram.

"Why?Marah?Saya gurau je." Katanya lalu ketawa pura-pura dihadapan mereka.

"You are too much Tengku." Bentak Alisa.

"Excuse me?!" Tengku Hayfie memandangnya geram lalu mencengkam lengan Alisa dengan kuat.

"Lepaskan sayalah.You are hurting me"Alisa cuba untuk meleraikan cengkaman dari Tengku Hayfie namun gagal.

"Saya yang too much atau awak?!I know your acting dear girl.Saya tahu apa yang awak buat.Saya takkan sesekali lepaskan awak."

"Apa maksud awak ni Tengku?Saya tak faham." Ujarnya pura-pura.

"Kau dah perangkap aku lepastu kau tanya aku apa pulak?Lebih baik kau bagitahu sekarang siapa yang upah kau hah untuk perangkap aku?Baik kau jujur sebelum aku sumbat kau dalam penjara." Bentaknya lagi.

Pasangan yang berlakon itu hanya mampu memandang Tengku Hayfie dan Alisa.Mereka sikit pun tidak mahu campur kerana bukan urusan dan mereka tidak tahu apa-apa.Urusan mereka hanya berlakon menjadi orang tua kepada Alisa.

"Tolong lah lepaskan saya." Kata Alisa dalam nada kesakitan.

"Kalau kau tak nak jujur,malam ni juga aku humban kau dalam penjara.Kau nak tidur dalam penjara?lagi seksa dari kau tidur dirumah anak yatim" Perlinya lagi.

"How did you know?!" Terbeliak biji mata Alisa .

"Do you think I'm stupid?!"Dia membesarkan matanya.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now