Bab 10

9.8K 250 18
                                    

"kenapa adik pecat Tiara?Apa salah dia?"Soal Tengku Hayfie tidak berpuas hati kepada Tengku Hayder kerana telah memecat Tiara.Matanya tepat memandang anak mata si adik yang hanya menayangkan muka selamba.

Tengku Hayder merengus sebelum menjawab soalan dari si abang.Dia mendongak memandang Tengku Hayfie yang berdiri dihadapannya sambil bercekak pinggang.Tengku Hayfie terlalu busy body tentang urusannya.

"Kenapa?Abang tak puas hati?sejak bila abang ambil kisah dengan pemecatan pekerja adik?Selama ni abang tak kisah pun." Tengku Hayder menyindir.

"Sebab abang kisah lah abang tanya.Takkan sebab satu kesalahan pun nak pecat dia."

"Itu urusan adik.Lagipun pekerja yang macam tu jangan bagi muka.Kalau kesalahan pertama dimaafkan nanti silap haribulan kesalahan kedua pula akan berlaku." Bentak Tengku Hayder.

"So sepatutnya kesalahan Elaine pun tak patut dimaafkan bukan?"Tengku Hayfie berpeluk memandang Tengku Hayder.

"Apa abang ni?Tiba-tiba kaitkan dia pula?"Tengku Hayder terus bangkit dari duduknya.

"Dah terang lagi bersuluh kat cctv tu menunjukkan Elaine yang tendang lutut Tiara dan Elaine juga yang marah Tiara.Kenapa masa Elaine datang minta maaf hari tu adik terus maafkan?Patutnya kesalahan Elaine pun tak boleh dimaafkan." Bibir diherotkan ke kanan.Dia sudah agak yang adiknya pasti akan lemah dengan Elaine walaupun mereka sudah berpisah.Kelemahan Tengku Hayder tetap Elaine hatta Elaine bukan lagi isterinya.

"Itu urusan adik." Tegasnya lagi.

"Kalau Elaine dimaafkan jadi sepatutnya Tiara pun patut dimaafkan."

"Kenapa abang nak back up Tiara?Abang dah suka dia ke?" Mata dijegil memandang anak mata bundar Tengku Hayfie.

"Abang bukan back up Tiara sebab abang suka dia tapi abang nak adik bersikap adil dan tak berat sebelah." Nafinya.

Tengku Hayder tepuk tangan sebelum membidas kata-kata si abang.

"Dah pandai dah nak nasihat adik.Its none of your bussiness" Tengkingnya.Dia tak perlu diajar.

"How come adik boleh jadi pemilik hotel kalau sikap adik sendiri tak bertimbang rasa macam ni.Tak berperikemanusiaan langsung.Sanggup pecat orang hanya kerana satu kesalahan.Its not fair."

Tengku Hayder menggepal penumbuk.Dia terasa bagai nak berikan satu tumbukan kepada Tengku Hayfie yang sibuk dengan urusannya.

"Itu bukan hak abang nak pertikaian semua tu.Lebih baik abang fikirkan tentang hidup abang tu.Jangan menyibuk lagi dengan urusan adik." Katanya bengis lalu meninggalkan si abang.

Tengku Hayfie hanya mampu gelengkan kepala dengan sikap Tengku Hayder yang susah untuk dibendung apatah lagi dilentur itu.Sikapnya tak ubah seperti Tengku Zaharah.Hanya menuruti ego sendiri dan tidak mahu bertolak ansur.

Tengku Hayder begitu rapat dengan Tengku Zaharah kerana itulah sedikit sebanyak sikap angkuh dan bengis Tengku Zaharah menurun kepada Tengku Hayder.

"Adik Adik perangai tak seelok nama."Getusnya geram.

Manakala,Tengku Hayder mendaki anak tangga dengan seribu satu bebelan dimulut.Dia terasa jengkel dengan sikap ambil tahu Tengku Hayfie.Baginya Tengku Hayfie tak perlu ajar dia apa yang dia patut buat dan Tengku Hayfie tak layak untuk membantah setiap keputusan yang dia buat didalam bumbung rumahnya sendiri.Tengku Hayfie juga tidak ada hak untuk mencampur urusan pekerja dibawahannya malahan Tengku Hayder yang membayar gaji mereka didalam rumah miliknya.

"Elok aku bagi tinggal sini sebab kenangkan dia abang kandung aku.Kalau orang lain memang dah aku halau dari sini."Bebelnya sendirian.

*

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now