Bab 14

9.4K 232 13
                                    

"Abang sini lah.Kenapa nak tidur kat sofa tu?" Tiara menepuk tilam sambil memandang Tengku Hayfie yang baru nak baring diatas sofa.

"Err...sayang tidur lah.Abang tidur sini." Kata Tengku Hayfie seraya tersenyum kekok.

"Kenapa tak nak tidur sekatil?" Tiara menayangkan wajah muram.

"Sayang lupa ya?Sayang kan tidur ganas.Habis satu katil sayang conquer tau.Selalu abang jatuh kat atas lantai." Satu jawapan selamat yang keluar dari mulut Tengku Hayfie.

"Haah lah sayang lupa.Banyak benda sayang lupa lepas accident tu.Maaf ya selalu buat abang jatuh." Tiara meminta maaf lantas tersenyum manis.

"Its okay sayang.Abang faham."

"Habis tu selama ni kita memang tak pernah tidur sekatil ke?"

Tengku Hayfie tergamam bila Tiara mengajukan soalan sebegitu.

"Pernah sayang."

"Tapi kenapa sekarang tak boleh tidur sama?" Tiara berpeluk tubuh sambil menayangkan wajah tak puas hati.

Tengku Hayfie garu kepala.Ikutkan hati dia mahu saja jujur hal sebenar tapi memandangkan Tiara sakit terpaksalah dia berkorban sedikit.Menyamar jadi suami bukan mudah seperti dalam drama atau novel.Realitinya kita tak boleh semberono dan tahu mengawal situasi.

"Sayang tidur lah dulu.Abang tak mengantuk lagi ni."

Tiara menggelengkan kepala tanda tidak mahu ikut kata Tengku Hayfie.

"Sayang tak nak tidur selagi abang tak nak tidur sekatil." Kata Tiara seolah merajuk.Dia menarik muka berpaling dari Tengku Hayfie.

"Sayang...jangan lah macam tu.Sayangkan baru je keluar hospital.Sayang kena banyak rest,jangan degil ya?" Pujuknya.

"Tak nak." Kata Tiara sambil menjeling.

"Sayang tidur lah.Abang tak mengantuk lagi." Pujuknya.Harapannya satu supaya Tiara tidur dahulu supaya dia dapat tidur.

"Sayang tak nak." Tiara tumbuk geram katil mewah itu.

"Sayang need rest."

"Sayang akan rest kalau abang ada kat sebelah sayang." Kata Tiara degil lagi.

Tengku Hayfie sudah mati akal tika ini.Dia berkeras tak boleh melayani kehendak Tiara.Sememangnya Tiara menganggap dia suaminya tapi hakikatnya tidak.

"Sayang nak tak masuk syurga?" Salah satu strategi supaya tidur dahulu.

"Mesti lah nak." Ujar Tiara semangat.

"Kalau nak,sayang ikut cakap suami sayang ni.Sayang tidur dulu okay?nanti abang akan tidur sebelah sayang." Pujuknya.

"Janji?" Mata Tiara penuh pengharapan.

"Ya abang janji." Angguk Tengku Hayfie.

"Okay!!" Seraya itu Tiara membuka tudung bawalnya yang dia hampir terlupa untuk buka sebelum tidur.

Tengku Hayfie berpaling memandang tempat lain saat Tiara membuka tudung.Di dalam hati Tengku Hayfie beristigfar banyak kali dan meminta supaya Allah menguatkan imannya.Matanya dipejam erat.Dia tahu itu dosa tapi bagaimana dia harus lalui hari seterusnya.

"Kenapa abang tutup mata?" Soal Tiara pelik dengan kelakuan Tengku Hayfie.

"Mata abang masuk habuk.Sakit mata abang ni" Seraya itu Tengku Hayfie pura-pura menggosokkan matanya untuk menyakinkan Tiara yang dia benar-benar sakit.

"Abang okay ke?Nak sayang tiupkan mata?" Tiara baru saja nak turun dari katil untuk membantu Tengku Hayfie namun Tengku Hayfie menolak bantuannya.

"Eh tak payah.Abang keluar sekejap ambil ubat mata." Seraya itu Tengku Hayfie cepat-cepat bangun lantas keluar dari kamar beradu.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now