Bab 11

9K 235 9
                                    

"Keguguran?!!!!!!"

Bagai direntap jantung seorang ibu mendengar anak gadis tunggalnya keguguran kerana setahunya anaknya itu belum bernikah lagi.

"Betul Puan,anak Puan keguguran.Kandungan dia baru berusia 3 minggu." Ujar Doktor wanita itu yang menguruskan Tiara.

Terduduk Puan Munirah dibuatnya.Kelopak mata tuanya mengalirkan airmata.Dia sudah terfikir dengan mulut orang kampung.Anak tunggal perempuan seorang cikgu telah keguguran walhal gadis itu belum lagi berkahwin.Dimanakah dia nak meletakkan air mukanya?

"Boleh saya jumpa dengan dia tak doktor?" Soalnya.

"Boleh." Angguk doktor wanita itu.

Langkah dihayun laju menuju ke dalam wad kearah katil si anak.Sekujur tubuh anak yang sedang rehat dipandang,menanti untuk si anak bangun dari lena yang panjang.

Tiara yang baru tersedar membuka kelopak matanya perlahan.Buka saja mata terus satu tapak tangan hinggap di pipinya.Terpinga-pinga dibuatnya.Apa salahnya?

"Mak,kenapa tampar Tia?Apa salah Tia?" Soalnya terkejut.

"Tia boleh tanya mak kenapa?Tia tu kenapa?"

"Kenapa dengan Tia?"soalnya terpinga-pinga.

"Tia tahu tak Tia keguguran?Apa Tia buat kat KL tu sampai keguguran hah?" Bentaknya.Nasib baik anaknya diletakkan didalam wad VIP.

"Tia apa????Tia mengandung??Tia tak tahu pun"Tergeleng-geleng kepalanya.

"Apa dosa Mak Abah pada Tia sampai Tia malukan Mak dengan Abah macamni?" Tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan peristiwa yang terjadi.Airmata dibiarkan berjuraian.

"Mak,betul Mak.Tia tak tahu pun Tia mengandung." Kata Tiara sungguh-sungguh sehingga mengalirkan air mata.Dia cuba meraih tangan si ibu namun ditepis.

"Mak betul-betul kecewa dengan Tia.Apa yang Tia buat memang betul memalukan mak."

"Mak!!!!!Betul mak Tia tak tahu."Katanya sayu.Benih Tengku Hayder telah tiada lagi dalam perutnya.Dia sudah mengandung terlebih dahulu sebelum memakan pil perancang itu.Perut kempis dipegang dengan sayu.

'Maafkan ibu,ibu tak tahu pun awak dalam ni'Getusnya dilubuk hati.

"Mak nak selepas ini Tia pergi dari rumah Mak." Katanya tegas.

"Mak jangan halau Tia Mak.Tia boleh jelaskan hal sebenar" Tiara tak rela dibuang keluarga.Sedangkan anak itu dari benih yang sah.

"Apa lagi Tia nak jelaskan?Tia nak cakap Tia dah terlanjur dengan lelaki kat KL tu ke?"

"Bukan mak.Mak,kalau Mak nak tahu Tia dah kahwin dekat dua bulan Mak tapi Tia kahwin senyap-senyap.Maafkan Tia membelakangi Mak." Ujarnya tertunduk.

"Kenapa Tia buat Mak dengan Abah macam ni?Kenapa kahwin tak bagitahu kami?kenapa membelakangi kami?Apa salah kami?Tia malu ke ada mak ayah yang tinggal kat kampung?Apa yang Tia buat kat KL sampaikan kahwin senyap?Mana surat nikah Tia?Mana suami Tia?" Soalnya bertubi-tubi bagai peluru berpandu.

"Mak tolong lah percaya Tia Mak yang Tia tak buat pun benda tak senonoh kat KL tu?" Ujarnya lagi mempertahankan diri.

"Tia nak tahu kenapa Tia gugur?Sebab Tia kahwin pun tanpa pengetahuan dan restu Mak Abah.Tia tak anggap kami ni ibubapa Tia." Sungguh dia kecewa dengan sikap anak daranya yang membelakanginya.

Bukan maksudnya untuk membelakangi kedua ibubapanya namun dia terpaksa.

"Tak mak.Tia sayang Mak Abah,tolong lah mak percaya Tia.Janganlah halau Tia Mak.Tia tak ada tempat berlindung lagi."

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now