Aku terkejut apabila mendapat jambangan bunga rose merah terletak cantik diatas meja kerja aku.Ah siapa pula yang bagi aku ni?Lantas aku mengambil jambangan bunga itu lalu mencari kad kut kut ada terselit disitu.Nasib baik ada.Terus aku membacanya.
I'm sorry about my feeling.I hope we can be a good friend.
Ah lelaki ni,ada-ada saja.Tak apalah.At least aku tak kecewakan dia untuk kemudian hari.Misi aku bukan nak kecewakan dia tapi aku nak hancurkan adik dia saja so si abang kita tolak ketepi.Aku letakkan kembali jambangan bunga itu diatas meja lantas mengeluarkan telefon pintar didalam beg sandang tepi aku lalu aku menghantar mesej ringkas kepada Tengku Hayfie.
Maaf diterima tapi Tengku kena belanja saya lunch.
Ah kau memang bodoh Tiara,kau tak nak kecewakan dia tapi kau masih bagi dia harapan.Kau seolah-olah buat dia berharap yang dia akan dapatkan kau satu hari nanti.Terus saja aku meletakkan phoneku kembali didalam beg lalu alihkan bunga itu tadi sorokkan dibawah meja sebelum Tengku Singa datang dan nampak ada bunga dimeja aku.Malas aku nanti kalau disoal siasat.Tengku Singa adalah gelaran yang diberikan kepada Tengku Hayder oleh staff dioffice ni.Dorang kata Tengku Hayder garang mengalahkan singa.Bagi aku dia bukan setakat garang tapi annoyying.Sesiapa yang bekerja dengan dia kena hati batu dan telinga kena tahan dengan mulut laser dia tu.
Tanpa menunggu lama terus saja mesej aku dibalas oleh Tengku Hayfie.
Thanks,okay sure I'll pick you up.
"Tiara,lunch dengan saya jom tengahari ni."Sapa Nadia tiba-tiba datang kearah aku.Amboi-amboi tak beri salam langsung.Nasib baik aku tak ada penyakit jantung.Aku terus meletakkan phoneku didalam laci.Kut-kut Nadia terskodeng phone aku.Matilah aku.
"Tak boleh lah Nad.Sorry saya dah ada janji."Ujar aku menyengih.
"Janji lunch dengan siapa?Dengan Hubby ke?"Yang dengan hubby tu dia perlahan suara takut didengari.
"Tak lah dengan kawan saya."Nafiku.
"Sejak bila awak ada kawan kat KL ni?Setahu saya,saya jelah kawan awak kan?."Nadia mengecilkan mata.Memandang aku dengan riak ingin tahu.
"Eh ada lah.Cuma tak kenalkan kat awak je."Bohongku.
Nadia gelengkan kepala.Aku bet dia takkan percaya punya.
"Ceh,menipu.Dah lah tak nak kawan dengan awak." Dia memalingkan muka.Ceh merajuk pula Puan Nadia ni.
"Okay lah,esok saya janji saya akan lunch dengan awak okay?Saya belanja"Ujarku ceria.
"Janji eh?"Dia memandang aku semula.
"Janji Nadia tapi esok lah ya"Ujarku lagi.
"Okay,bye saya nak sambung kerja dulu."Dia lambai tangan lantas berlalu pergi.
Fuh,sikit lagi aku nak terkantoi.Cukup lah Nadia tahu yang aku bersuamikan Tengku Hayder dan aku tak nak dia tahu aku rapat dengan Tengku Hayfie.Sudah lah tadi dia basuh aku dipantri,dia kata aku sepatutnya jujur saja tentang hubungan dengan Tengku Hayder jadinya Tengku Hayfie takkan berharap lagi dengan aku.Tentunya Tengku Hayfie akan melayan aku macam adik ipar dia.Tapi aku takut yang Tengku Hayfie akan benci pada aku dan menjauhi aku jika dia tahu status sebenar aku.Tapi Nadia kata lagi lama aku berbohong lagi tinggi peratus Tengku Hayfie akan benci aku kalau dia tahu tentang hal sebenar.Aku jadi bingung memikirkannya.
*
"Seronok keluar lunch dengan abang Hayfie tadi?"Tengku Hayder menghantar satu pandangan tajam kepada aku sambil duduk bersilang kaki disofa dibilik tidur kami.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Duda VS Miss Dara
Romance"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...
