Bab 22

8.8K 223 7
                                    

Alya menjengahkan kepala dipintu dapur mencari kelibat Tiara.Walaupun Tiara hilang ingatan namun sayang Alya pada sahabatnya itu takkan pernah pudar walau seinci.Tiara sudah dia anggap macam keluarga sendiri.Bebola matanya melilau mencari namun tak jumpa.

"Hah!!!"

"Oh mak kau Tiara cantik" Latahnya.Dada diurut akibat terkejut.

Tiara yang berdiri dibelakang Alya sudah mengekek ketawa.Terhibur dengan latah Alya.Alya berpusing lantas menjeling geram melihat Tiara seronok sangat gelakkan dia.

"Amboi amboi amboi." Katanya geram.

"Maaflah buat awak terkejut,awak buat apa kat dapur ni?pergilah makan kat depan." Sapa Tiara mesra.

"Saya belum lapar lagi." Alya gelengkan kepala.

"Awak buat apa kat sini?nak pergi toilet ke?Kalau nak cari toilet tu kat sana." Tiara tunjukkan pintu tandas yang tak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Bukan.Em saya cari awak." Setakat tandas rumah Tiara ni pun dia tahu.Kesemua pelosok rumah Tiara pun dia tahu juga.Senang cerita seluruh tempat dirumah Tiara ni dah berada didalam poketnya.

"Kenapa awak cari saya?"

"Saya nak sembang pasal kita." Katanya menunduk.

"Pasal kita?pasal apa?" Tiara angkat kening sebelah.Pasal apa pulak?

"Jom kita borak kat meja makan." Pelawa Alya mesra.

"Hah Jom." Lantas mereka berdua mengambil tempat duduk dimeja makan.Alya duduk bertentangan dengan Tiara agar lebih selesa.Dia juga ingin mengembalikan ingatan Tiara sedikit demi sedikit.

"So pasal apa?" Soal Tiara ingin tahu.

"Awak betul-betul tak ingat saya ke?"

Tiara menggelengkan kepala.Satu pun dia tidak ingat tentang gadis berbaju kurung dan bertudung serba warna pink dihadapannya ini.

"Kalau saya ni ingat awak ni siapa memang saya lah orang terbahagia kat dunia ni tapi itu masalahnya saya tak ingat langsung apa-apa." Katanya sedikit sayu dan geram.

"Maaf ya." ucap Alya serba salah.

"Apa kata awak tolong saya?" Tiara mengangkat keningnya berkali-kali sambil tersenyum simpul.

"Tolong apa?"

"Tolong pulihkan ingatan saya." Tiara menayangkan sebaris gigi putih yang rata dan bersih.

"How?!"

"Apa-apa cara lah.Ketuk kepala saya dengan kayu atau tunjuk gambar kenangan ke?" Cadang Tiara.

Alya ketuk-ketuk dagunya dengan jari telunjuk sambil fikirkan sesuatu yang dapat membantu memulihkan ingatan Tiara.

"Hah saya tahu apa." Alya petik jari.Dia sudah dapat idea.Tanpa membuang masa terus saja dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket baju kurung.Galeri gambar dibuka lantas mencari gambar yang ada kaitan dengan Tiara.Dia tersenyum simpul apabila jumpa gambar yang dicari lantas disuakan telefon bimbitnya kepada Tiara dan Tiara menerima hulurannya.

"Siapa lelaki ni?" Soal Tiara ingin tahu siapa lelaki yang berada didalam gambar tersebut.

"Itu Prince Mateen.Celebrity crush awak.Takkan awak tak ingat?" Alya garu kepala.

Tiara gelengkan kepala,sungguh dia tidak ingat apa-apa.Alya tayangkan muka monyok bila Tiara masih tidak ingat.Apalah yang dia tahu tentang memulihkan ingatan orang?

"How about this?" Tunjuknya sekali lagi lantas Tiara mengambil telefon bimbit itu.

Tiara mengecilkan mata.Gambar dia dan Putera Mateen.Didalam gambar itu Prince Mateen sedang menghulurkan seorang bayi perempuan kepadanya dan tentunya itu gambar candid.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now