Bab 29

9K 243 6
                                    

"Apa dia?!Tiara jadi PA untuk Hayder?!Buang tebiat apa cucu aku dengan perempuan tu hah?Eh Tiara tu lupa ke apa yang dia dah buat kat keluarga kita?" Kata Tengku Zaharah bengang apabila mendapat Tiara bekerja dibawah satu bumbung dengan Tengku Hayder.Matanya mencerlung geram memandang Tengku Maimunah yang baru saja memberitahunya yang Tiara kini bekerja dibawah Tengku Hayder untuk kali yang kedua dan memegang jawatan PA.Terkejut lah dia,berbulan-bulan Tiara hilangkan diri tiba-tiba saja muncul macam tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

"Dah lah bonda.Dia pun dah ingat semula.Saya rasa dia pun tak ingat dan tak sedar apa yang dah jadi masa dia hilang ingatan tempoh hari."Kata Tengku Maimunah lembut.

"Itulah masalah kamu ni tahu tak?Fikir yang baik je.Aku ni tahu yang selama ni dia tu pura-pura dia memang sengaja nak porak perandakan keluarga kita." Omel Tengku Zaharah lagi.

"Jangan lah fikir macam tu bonda.Tak baik" Tengku Maimunah gelengkan kepalanya.

"Habis tu kamu nak aku fikir apa?Fikir yang Tiara tu gadis yang baik-baik?Kalau dia baik dia tak mengandung anak luar nikah lah"Bentaknya lagi.

"Astagfirullahalazim Bonda.Tak baik fikir macam tu." Tengku Maimunah memegang dadanya menahan rasa sabar.

"Ah,aku nak bayi tu dibuat DNA.Aku nak tahu ayah budak tu siapa,suka hati dia je tuduh cucu aku.Dia ingat dia boleh lepas"

"Dah la tu bonda.Yang lepas biarlah.Tak perlu nak buat DNA,lagipun Tiara dah tak ingat lagi apa yang jadi.Saya tahu Tiara takkan ganggu keluarga kita lagi."

"Kalau dia tak ganggu,kenapa dia jadi PA Hayder?Apa motif dia?"

"Cari rezeki lah tu Bonda kan sekarang dia dah ada anak."

Sedang mereka berbual tentang Tiara diruang tamu.Mata mereka tertancap kepada Tengku Hayfie yang selamba sedang bermain telefon sambil tersenyum macam kambing.Dia dengan selamba duduk diatas sofa tanpa mempedulikan Tengku Maimunah dan Tengku Zaharah sedang bertegang leher berbalah mengenai Tiara.

"Ini lagi sorang tengok phone tersengih-sengih."Omelnya geram melihat wajah Tengku Hayfie.

Tengku Hayfie masih lagi dengan dunianya tanpa mempedulikan Tengku Zaharah.

"Biar lah bonda.Tengah chatting awek dia lah tu."

Tengku Zaharah menghantar pandangan tidak puas hati kepada Tengku Maimunah.Dia tak kisah kalau Tengku Hayfie ada kekasih hati tapi yang penting bukan tak setaraf dengan dia.

Dia mahu kesemua keturunannya dari keluarga baik-baik.Tengku Hayfie sahaja harapan dia kini.Tengku Hayder sudah pilih perempuan yang datang dari bukan keluarga baik-baik.

"Hayfie!Hayfie!"Panggilnya namun tak diendahkan oleh Tengku Hayfie.

"Hayfie,nenda panggil tu."Tengku Maimunah membaling bantal kecil kearah Tengku Hayfie.

"Hah ye?ada apa bonda?"Dia menoleh memandang Tengku Maimunah.

Tengku Maimunah menjuihkan bibir kearah Tengku Zaharah yang menayangkan wajah masam mencuka.

"Kenapa?kenapa dengan nenda?" Soal Tengku Hayfie blur.

Tengku Maimunah menggeleng.Satu jawapan yang bakal meletopkan Tengku Zaharah.

"Nenda panggil pun tak dengar ke?Duk ralit tengok phone tu sangat.Kamu tak tahu ke Nenda dengan Bonda ni tengah bertegang urat berbalah tentang Tiara." Katanya sedikit marah.

"Maaflah Nenda.Hayfie tak perasan tadi,duk fokus kat phone je.Kenapa dengan Tiara?" Soalnya sambil tayangkan wajah innocent.

"Tiara dah datang balik"

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now