Bab 21

9.4K 213 8
                                    

Tengku Hayfie menarik nafas lega apabila mendapat mesej ringkas whatsapp daripada Tiara.

Saya ada kat kampung,jangan risau.

Tanpa membuang masa terus saja dia membalas mesej ringkas whatsapp daripada Tiara.Dia mengambil tempat duduk dihadapan kolam ikan koi kepunyaan Nenda.

Siapa hantar awak balik kampung?

Ingin juga dia tahu siapa yang menghantar Tiara pulang ke kampung.Beberapa minit dia tunggu tapi Tiara masih lagi tak membalas mesej daripadanya.

Tengku Hayfie mengeluh seketika kerana Tiara masih lagi tak membalas mesejnya.Rasa bagai nak hempas telefon pintar itu dalam kolam ikan namun dia sabarkan hati.Terlalu banyak tekanan yang dia terima sehinggakan hal yang remeh pun boleh membuatkan hatinya seakan nak meletop.

Dia perlukan rehat untuk tenangkan jiwa tapi apakan daya dia tidak dapat kerana terlalu banyak komitmen perlu dia uruskan dan banyak perkara yang perlu dia selesaikan.

Sedang dia mengelamun panjang,tiba-tiba Tengku Maimunah memanggilnya dengan tergesa-gesa.

"Hayfie cepat Hayfie." Panggil Si Bonda dengan wajah yang panik.

Tengku Hayfie terus menoleh memandang wajah ibu tercinta yang menayangkan wajah panik.

"Kenapa Bonda?"

"Tu abah mengamuk lagi.Cepat,dia nak jumpa Hayfie kat ruang tamu." Katanya sambil melambaikan tangan memanggil si anak.

Cepat-cepat Tengku Hayfie hayunkan langkah kearah ruang tamu.Bala apa lagi dia akan dapat.Saat saja dia sampai dia ruang tamu,matanya disapa oleh seseorang yang sangat dia kenali.Seorang wanita yang mendatangkan bala baru.Wanita itu duduk dengan wajah yang sayu dan sedih.

"Apa Hayfie buat lagi ni?Tak cukup lagi ke rogol Tiara?Sekarang ni nak rogol anak dara orang lain pula?hah siap tangkap gambar lagi.Apa lagi ni Hayfie ha?!" Jerit Tengku Mustaqim kuat.Sakit hatinya dengan sikap anak bujangnya yang satu ni.Muka tampak baik tapi perangai serupa bapa syaitan.

"hah?!Hayfie kena fitnah ni bah.Hayfie tak buat" Jujurnya.Ya mengapa dia pula yang kena.Alisa ni memang cari pasal dengannya.

"Dah lah Hayfie,abah tak mahu dengar lagi alasan dari Hayfie.Abah nak Hayfie settlekan benda ni.Hayfie memang betul-betul memalukan abah." Katanya kecewa.

"Tapi bah,sumpah Wallahi Hayfie tak buat." Dia terasa bagai nak menangis.

"Abah tak kira,abah nak Hayfie tanggungjawab keatas dua perempuan ni.Abah nak Hayfie nikah dengan Tiara dan Alisa." Perintahnya.

"Tak boleh abah.Hayfie tak nak kahwin dua." Dia gelengkan kepala.

"Habis tu Hayfie nak apa?Hayfie nak Alisa pulak yang mengandung?Baru Hayfie puas" Bebelnya.

"Tapi bah..."

"Jangan melawan cakap aku Hayfie.Abah nak Hayfie nikah keduanya,faham tak?" Jerkahnya lalu bangkit dari pembaringan.

Tengku Hayfie gelengkan kepala,dia takkan menikahi Alisa.Gadis itu tidak sesuai dengannya.

"Kalau Hayfie melawan lagi,Hayfie bukan anak abah lagi." Ugutnya.

"Apa ni bah?"

"Apa ni bang?Takkan nak buang anak sendiri." Sampuk Tengku Maimunah.Takkan sebab itu anak dibuang keluarga.

"Abang peduli apa?Anak kita ni dah mencalarkan maruah keluarga.Dia tetap kena ikut cakap abang kalau dia rasa dia masih nak jadi sebahagian dari keluarga ni." Bidasnya.

"Ya Allah bang." Hati Tengku Maimunah sedih dengan sikap suaminya.

"Dan kamu Hayfie,Abah akan hantar Hayfie kat Brunei.Jangan harap Hayfie nak buat maksiat kat sana kalau tak nak kena rejam." Perintahnya lagi dengan tegas.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now