Bab 39

10.9K 284 20
                                    

Tengku Maimunah curiga melihat wajah sugul Tengku Zaharah.Wajah yang tak pernah Tengku Zaharah tunjukkan sejak pemergian arwah Tengku Mustaqim.Sejak pulang dari rumah Tengku Hayder,asyik termenung saja Tengku Zaharah.Mulanya Tengku Maimunah tak endah tapi semakin lama dia tak sedap hati.Entah mungkin ada sesuatu tak kena semasa Tengku Zaharah datang kesana.Dia menghampiri Tengku Zaharah yang duduk termenung disofa.

"Bonda okay ke?Saya tengok muka Bonda muram je ada masalah ke?"Soalnya prihatin dan berani.

"Aku berdosa sangat."Ujarnya.

"Berdosa kenapa pulak ni Bonda?"Dia duduk bersebelahan Tengku Zaharah lantas memandang wajah Tengku Zaharah.

"Berdosa dengan Hasnah.Tak sepatutnya aku buat anak menantu cucu aku terluka.Aku jahat sangat,sekarang cucu aku tak kenal aku.Aku nak peluk pun dorang dah takut."Ujarnya sedih dah menunduk.Kecewa dengan ego sendiri.

"Bila Bonda jumpa dorang?"Soalnya terkejut.

"Masa aku datang rumah Hayder tu kebetulan dorang ada kat sana.Aku kecewa bila Hasnah macam tak suka aku."Ujarnya tertunduk.Menyesal dengan ego sendiri.Itulah bila rumah kata pergi kubur kata mari baru nak menyesal.

"Tak lah Bonda.Hasnah tak begitu.Mungkin dia masih belum nak bersemuka dengan Bonda lagi." Ya Tengku Maimunah tahu hati Hasnah sebenarnya baik cuma Hasnah kecil hati bila Tengku Zaharah menuduh Hasnah penyebab Tengku Muntaqim mati walhal ajal maut itu ditangan Tuhan dan bukan ditangan Hasnah.

"Aku jahat aku tuduh dia dulu,aku cuma sedih anak aku mati je."Ujarnya lalu menangis.

Tengku Maimunah lantas memeluk erat tubuh Tengku Zaharah memberikan sedikit kekuatan kepada wanita itu.Ya dia yakin yang Tengku Zaharah sudah berubah.Dia tahu hati wanita itu sudah terbuka untuk menerima keluarga Hasnah kembali cuma hati Hasnah pasti belum sembuh dari luka semalam.Dia berharap supaya Hasnah juga dapat menerima kembali Tengku Zaharah walaupun mengambil masa yang lama.

"Bonda jangan sedih lagi ya.Insya-Allah nanti hati Hasnah akan terbuka untuk terima Bonda.Kita doakan yang baik-baik saja ya."Pujuknya.

"Aku harap nanti bila aku mati dapatlah aku rasa kasih sayang dari anak cucu menantu aku semua." Katanya sedikit sayu.

"Ish Bonda ni tak baik cakap macam tu.Kami semua sayang Bonda tau."Tengku Maimunah gelengkan kepala.

Tengku Zaharah meleraikan pelukan lalu menyeka airmatanya.Sudah tiba masanya dia mencampak ego ketepi dan baru lah dia sedar kerana harta dia telah hilang harta yang paling berharga iaitu keluarga sendiri.Harta dunia takkan sama dengan nilai kasih sayang keluarga.Harta boleh dicari tapi keluarga itu tiada galang gantinya.

Ya Tengku Zaharah rasa lebih baik dia biarkan Hasnah ambil masa untuk menerimanya semula.

"Apa kata kita buat makan malam lepastu jemput semua keluarga termasuk Hasnah sekeluarga?"Cadang Tengku Zaharah.

"Cadangan yang baik tu Bonda nanti saya akan settlekan semua."Tengku Maimunah tersenyum.Syukur Tengku Zaharah dapat menerima kembali kehadiran keluarga Hasnah.Rasanya sudah tiba masanya Attar dan Mila merasai kasih sayang daripada seorang nenek dan Tiara dapat merasakan sayangnya seorang nenek mertua.

"Hujung minggu ni kita jemput dorang datang makan."

"Okay Bonda.Beres" Tengku Maimunah buat tanda tabik didahi.Akan dia siapkan segalanya untuk Tengku Zaharah.Syukur kehadrat Ilahi keluarga mereka akan bersatu nanti menjadi keluarga bahagia.Tak sabar rasanya dia ingin melihat anak cucu menantu serta ipar dan anak buah berkumpul bersama-sama.

*

"Kenapa Mak tak bagitahu langsung pun yang sebenarnya kami ada nenek?Kenapa Mak tak jujur pada kami?"Soal Attar tak puas hati.Umurnya sudah hampir mencecah 30 tahun barulah dia tahu yang sebenarnya dia ada nenek.Mila anggukkan kepala,ya dia pun tak puas hati sama seperti Attar.Hidup mereka dibesarkan dengan pembohongan daripada ibu sendiri.Bukan dia tak dengar perbualan antara Mak Senah dan Tengku Zaharah tempoh hari.Segalanya dia dengar tapi Mak Senah asyik menidakkan kenyataan.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now