Bab 16

9.4K 230 5
                                    

"Aku nak kau buat plan ni sampai menjadi." Ujar Tengku Hayder didalam talian membuat panggilan dengan seseorang.

"Tapi tak bahaya ke Tengku?"Soal dihujung talian sana.Gusar jika plan mereka akan mengundang bahaya.

"I don't care.Kau buat saja lah apa yang aku suruh.Jangan banyak bunyi." Ujarnya garang.Sikapnya memang tak lari dari sikap macam harimau.Dia peduli apa dengan risiko yang paling penting rancangan harus menjadi.

"Baik Tengku." Akur yang dihujung sana.Terus saja Tengku Hayder mematikan panggilan.Telefon pintar diletak kasar diatas meja pejabat.Geram benar dengan orang yang baru dia hubungi sebentar tadi.

"Aku suruh buat tu buat sajalah.Lagi banyak bunyi.Aku bayar apa bukan tak bayar lagi sibuk tanya macam-macam." Bebelnya sendirian.Tugasnya sebagai CEO hotel entah kemana.Dia kini sibuk dengan urusan yang lain kononnya penting bagi dia.

"Dia hak aku yang sah.Aku takkan benarkan sesiapa dapatkan dia selain aku.Dia milik aku sorang." ujarnya perlahan.

Entah apa yang dirancangkan oleh Tengku Hayder ini sehingga tak risau langsung dengan risiko yang akan datang.Sedang dia mengelamun seketika tiba-tiba saja Nadia mengetuk pintu biliknya.

"Masuk." Kot baju dibetulkan dan posisi duduk dibetulkan.

"Maaf Tengku kalau saya menganggu." Ujar Nadia takut-takut kerana dia tahu mood Tengku Hayder tak berapa baik sejak kebelakangan ini.Dia umpama singa yang kelaparan tak makan satu tahun.

"Hah kenapa cari?" Ujarnya sarkastik.Begitu lah dia,ditempat kerja memang dia tegas tak kisah lah kawan dia atau pekerja dia tetap akan layan sama rata jika berada dikawasan kerja.

"Saya ada berita tak baik." Nadia telan air liur sebelum memberitahu Tengku Hayder perkara yang akan menaikkan darah lelaki itu.

"Apa dia?" Mata dijegilkan dan suaranya agak sedikit meninggi.Dia paling pantang kalau ada masalah dengan kerja.

"Seb...seb...sebenarnya..."ujar Nadia tergagap-gagap.

"Sebenarnya apa?"Soalnya tak puas hati apabila Nadia tergagap.

"Sebenarnya hotel kita kat Brunei tu ada sedikit masalah." Kata Nadia risau jika singa dihadapannya ini mengaum dan dia sudah tahu memang akan mengaum.

"What????!!!!"Jeritnya seoktaf.Mata dibeliakkan.Tidak!Tidak dia tak akan ke Brunei buat masa ini kerana dia ada hal yang harus diselesaikan di Malaysia.

"Maaf Tengku.Saya tahu..saya tak...."Belum sempat Nadia nak habis percakapan,Tengku Hayder sudah menyampuk.

"Stop..aku tak nak dengar apa lagi-lagi dari mulut kau yang aku nak tahu sekarang ni,apa masalah yang berlaku kat sana." Tengku Hayder menyandar dikerusi kulit sambil memandang tepat anak mata Nadia,tangan ditompangkan didagu.

"Bahan binaan yang sampai tak mencukupi then bahan yang dihantar pun berkualiti rendah even kita dah minta supplier untuk hantar bahan binaan yang berkualiti tinggi.Ada beberapa tempat dikawasan pembinaan bermasalah dan ketua kontraktor minta Tengku datang Brunei untuk tengok keadaan kat sana dan ada struktur binaan yang tak menepati piawaian yang kita nak." Ujar Nadia panjang lebar.

"Banyak betul masalah.Eh dorang ingat hotel aku hotel cap ayam ke?Hotel aku hotel lima bintang tahu tak?Suka hati dorang je nak buat semua benda yang setentang dengan arahan aku.Eh buat kerja tak pakai otak ke?" Marahnya.Dadanya turun naik menahan amarah.

"Saya takut nak bagitahu Tengku tapi saya terpaksa bagitahu juga."

"Macamana korang buat kerja,benda simple kut."

*

"Sayang nak ikut abang pergi London." Tiara mencemikkan muka sedih disebelah Tengku Hayder.Lelaki itu sedang mengemas beg pun jadi tak tenang melihat pujaan hatinya sedih.Kalau boleh memang dia nak bawa Tiara sekali tapi dilarang oleh Tengku Maimunah,terpaksalah dia akur dengan larangan dari Bonda tercinta.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now