Bab 13

8.9K 249 3
                                    

Aku menghirup nafas segar diwaktu pagi diluar pagar rumah Nadia sambil melihat jalan yang lengang.Tangan aku depakan.Terasa ada satu nafas baru masuk kedalam jiwa aku.Tak perlu aku berduka jika aku masih diberikan peluang untuk bahagia.Aku yakin aku mampu bahagia dengan cara aku yang tersendiri.Tempoh berpantang aku sudah habis.Aku melalui liku-liku derita sendirian tanpa suami serta keluarga dan Nadia saja yang dapat membantu aku.Tak terhitung jasanya membantu aku.Ribuan terima kasih aku ucapkan kepadanya kerana sudi membantu aku walaupun kami baru saja berkenalan.Bagiku,aku dikira bersyukur masih bertemu dengan insan yang baik dikota raya Kuala Lumpur ini.Bak kata orang,tinggal dibandar sebesar ini tak mudah untuk kita bertemu orang baik.Yang baik itu ada cuma susah nak jumpa.Sebab itu jika berada di Kuala Lumpur,kita kena lebih berhati-hati dan berwaspada.

Sedang aku melayan perasaan sendirian,kelihatan seorang kanak-kanak perempuan dibawah lingkungan 3-4 tahun mengayuh basikal roda tiga warna pink melintasi jalan.Aku tersenyum melihat kecomelan si kecil yang mengayuh sambil berketawa girang namun senyumanku mati saat melihat sebuah kereta berjenama Myvi warna hitam melalui jalan tersebut tetapi kanak-kanak itu membelakangi kereta.Dengan sepantas kilat aku berlari menyelamatkan si kecil dari dilanggar.Pin!!!!!!!!Bunyi hon kereta kuat berbunyi nyaring memecah kesunyian pagi.

Bam!!!!!!!!!!!!!!

*

"Macamana doktor dengan keadaan kawan saya?Soal Nadia gusar kepada seorang doktor wanita bernama Fatimah yang baru keluar dari dewan bedah.Tiara masih didalam dewan bedah dan belum keluar lagi walaupun pembedahan sudah selesai.Izudin memaut bahu isterinya memberikan ketenangan.

"Kawan awak dalam keadaan stabil cumanya kepala dia retak sikit akibat hentakan yang kuat tadi."Ujar Doktor wanita itu.

"Alhamdulillah."

"Cumanya ada kesan sampingan dari pembedahan ini.Walaupun kami berjaya membuang darah beku dalam kepala dia tapi bila dia sedar nanti kemungkinan besar kawan awak akan hilang ingatan." Ujarnya sayu.

"Allahuakhbar,dugaan apalagi Engkau nak tunjukkan Ya Allah." Ujar Nadia terkejut.Airmata keluar tanpa dipinta.Nadia memandang sayu wajah suaminya lantas memeluk erat batang tubuh suaminya lantas sebamkan wajah didada Izudin.Sungguh dia sedih dengan apa yang menimpa Tiara.Nadia menangis semahunya didada si suami.Walaupun baru saja mengenali Tiara namun dia menganggap Tiara seperti ahli keluarganya sendiri.Dia tak tahu bagaimana Tiara menghadapi semua ini sendiri.Wanita itu baru saja kemalangan dan keguguran.Sendirian tanpa sesiapa,kini baru saja habis pantang namun wanita itu kemalangan lagi hanya ingin menyelamatkan anak kecil.

"Maafkan saya,saya dah cuba membantu yang terbaik untuk dia." Ujar Doktor Fatimah lagi serba salah.

"Takpa,terima kasih doktor." Ujar Izudin lantas menundukkan kepala sedikit.

"Its okay,saya minta diri dahulu ya." Pamit Doktor Fatimah lantas berlalu pergi.

Nadia masih benamkan kepalanya didada si suami.Dia benar-benar sedih dengan apa yang menimpa Tiara.

"Dah sayang,jangan nangis lagi.Tiara akan okay nanti.Kita doakan dia cepat sembuh ya." Izudin memaut dagu Nadia seraya itu Nadia mendongak memandang suaminya.

"Kesian dia bang.Kalau dia sedar nanti,kita nak cakap apa bang." Ujar Nadia lagi sambil menangis.

"Kan doktor cakap kemungkinan dia akan hilang ingatan.Kita doa lah yang ingatan dia seperti sedia kala."

"Tapi..." Belum sempat Nadia bersuara,Izudin sudah menutup bibir Nadia dengan jaru telunjuknya.

"Shhhh,tak mau cakap benda merepek."

*

Sudah 3 hari Tiara tak sedarkan diri dan Nadia menukar rutinnya dengan ke hospital setiap hari bila habis waktu kerja dan dia akan berganti-ganti menjaga Tiara bersama Izudin namun malam ini gilirannya.Anak-anak dia telah diambil oleh Izudin setelah itu Izudin terus pulang kerumah manakala Nadia terus ke hospital.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now