Hari pertama kerja ku agak menyakitkan hati,mana taknya belum subuh lagi pintu bilikku diketuk bertalu-talu bagai nak runtuh.Oh tolong lah,aku nak tidur sekejap je nanti subuh aku bangun.
Dengan malasnya,aku selubung tak hirau bingit pintu diketuk tanpa henti tu.Hati sebal.Aku mengalihkan selimut dari tubuhku.Tudung sarung aku gapai dari almari.Ingin tahu siapa yang memekak pagi-pagi buta sebegini.
Saat aku buka je pintu,telingaku dihadiahkan dengan bebelan Tengku Hayder dipagi buta.
"Awak tidur mati ke apa?saya ketuk pintu ni bagai nak rak,lain kali saya pecahkan pintu ni je senang tak payah ada pintu.Menyusahkan betul lah." marahnya kepada aku.
"Tengku,sekarang ni pagi buta belum subuh lagi.Kenapa nak kejut saya tengah pagi?"soalku.
"Lupa ke yang waktu kerja awak tiada masa dihadkan dan satu lagi tak fleksible jadi saya ada hak nak suruh awak mula kerja pukul berapa sekalipun." jerkahnya rapat ke muka aku.
'Eii aku goreng jugak mamat ni kang.'Kutuk ku.
"Faham tak?"jeritnya lagi macam aku pekak.Aku dongak pandang wajahnya dengan terkebil-kebil maklumlah aku ni pendek dia lagi tinggi dari aku.
"terkebil-kebil kenapa lagi?cepat mula kerja."
Sumpah garang gila dia ni.
"tapi Tengku bukan ke hari pertama sepatutnya Tengku kena briefing kat saya tentang tempat ni dan tunjukkan saya dimana bilik Hayda,kat mana letaknya barang Hayda." Smooth je aku bersuara.
"Bagus kalau awak dah tanya,sebab tu saya nak ajar awak tapi tentang rumah saya tak kan tunjuk,pandai bawak diri sendiri macamna dan saya hanya akan brief about Hayda only." sinis dia berkata.
"Dah jom,saya tunjuk bilik Hayda kat mana.Faster budak doreamon" sindirnya.
'eh kurang asam betul' kutukku lagi mentang lah aku pakai baju tidur doreamon.
Kaki ku hayun membuntutinya yang jalan meninggalkan aku di belakang.
Selang satu pintu dari bilikku ternyata bilik tidur Hayda rupanya.Tak lah jauh mana maklumlah banyak bilik kat tingkat atas ni.Sebelah kanan saja dari bilik tidur aku.
"Ni bilik tidur princess saya dan sebelah bilik tidur dia adalah bilik saya dan make sure jangan salah masuk kalau tak saya kerat gaji awak." Briefingnya sebelum membuka tombol pintu,aku hanya anggukkan kepala dibelakangnya.
Lampu bilik di on kan selepas kami berdua masuk.Aku terkesima dengan bilik ini,cantiknya dan comel.Warna biru muda yang lembut dan mendamaikan jiwa.
"Ni bilik tidur Hayda.Sana tu almari baju dia." Jari telunjuknya menunjukkan almari milik si comel.
Ekor mata ku mengikut jari telunjuknya dan aku angguk.Aku jalan ingin melihat baby coat yang comel tu.Aku jengah kepalaku dan aku lihat si comel Hayda tidur pulas.Geram aku tengok kecomelan dia.
"Dah puas tengok baby?sekarang pergi mandi,dah nak subuh.Buat yang wajib dulu baru mula kerja." arahnya selepas itu dia berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di kamar comel ini.
"Baby baby,ayah baby tu garang kan takut aunty.Menyakitkan hati betul."Aduku pada si kecil yang tidur dan bukan nya dia faham pun butir bicara aku.
Lepas aku tengok Hayda,aku pusing satu bilik ni tinjau apa yang patut dan aku berkalih kiri dan kanan.Aku terpandang satu pintu bersebelahan baby coat milik Hayda.Pintu itu menarik perhatian aku tentunya.Lain macam je pintu ni,pintu bilik air ke?Aku yang ingin tahu,aku pulas tombol pintu tu tapi tak terbuka seolah-olah dikunci dari sebelah sana.Ada bilik ke?aku tak puas hati aku pusing lagi.Ada pintu terbuka sedikit,aku tengok ingin tahu.Bilik air rupanya tapi pintu yang kunci tu pintu apa pulak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Duda VS Miss Dara
Romance"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...