Bab 44

10K 286 19
                                    

Tiara tersenyum lega kerana akhirnya dia selamat tiba di Muar sendirian.Perjalanan memakan masa berjam-jam membuatkan dia rasa penat.Tiara mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Traders Muar.Setakat hotel 3 bintang dia mampu bayar.Sebelah hotel ni terdapat kedai mi bandung Muar yang popular jadi tak masalah untuk dia.

Tiara melihat keluar jendela sambil menikmati pemandangan petang sekitar sungai Muar.Ah tenang saja airnya.Tiara kemudiannya mengambil phone dari dalam poket seluarnya.Tiada panggilan tiada mesej dari suami tercinta.Tiara hampa,memang lah tiada apa-apa sebabnya Tiara kan dah kena block.

"Kenapa ek sebab cemburu manusia jadi tak waras?Suami aku ni tak faham ke yang aku tak ada apa-apa pun dengan Abang Attar tu.Satu lagi aku tak faham kenapa Abang Attar nak lagakan kami berdua.Bukan ke sepatutnya dua-dua patut move on?Dah dewasa kut."Omelnya geram.Terkadang dia rasa nak cekik saja Tengku Hayder tu.

"Dulu aku berpisah sebab dasar tak percaya takkan lah sekarang ni aku kena berpisah sebab cemburu?"Omelnya lagi.

Mengeluh pun tiada guna,perangai Tengku Hayder takkan berubah.Entah kenapa dia mencintai lelaki egois seperti Tengku Hayder?Sepatutnya dia sedar tiada peluang kedua buat lelaki seperti itu.

"Sejahat dia,dia ayah kepada anak aku kut."

Sedang dia mengomel sendiri,telefonnya berdering.Ada panggilan masuk.Dia melihat nama yang tertera,Nadia.Tanpa ragu-ragu dia terus angkat.

"Hello Assalamualaikum Tiara."Ujar sahabatnya itu.

"waalaikumusalam,hai Nad."

"Kat mana tu?Jom keluar sama,Nad bosan lah."

Tiara gigit bibir,alamak takkan lah dia nak bagitahu yang dia sekarang ni berada diluar KL.

"Err..err..sorry Nad.Saya busy lah.Lain kali ya kita keluar." Ujar Tiara serba salah.

"Busy?!Takkan lah busy kut." Ujar Nadia sedih.

"Ya betul busy.Maklumlah ada anak-anak."Entah kenapa dia berikan jawapan sebegitu.

"Anak?Pengasuh kan ada."

"Jom lah kita keluar sama-sama dah lama tak keluar ni.Saya ambil awak ya."

"Emm..."Tiara mati kata-kata.

"Please,kali ni je"

"Sorry lah Nad.Lain kali kita berbual lagi ya.Saya ada hal nak buat ni,bye Assalamualaikum."Terus saja Tiara mematikan panggilan dan terus mematikan telefon bimbitnya.

"Fuh hampir-hampir kantoi.Ei Nad ni pun call salah time lah." Dia gelengkan kepala.

"Mandi lagi bagus."

Tanpa membuang masa Tiara terus membersihkan diri.Lebih baik dia beristirehat sebentar nanti bila bangun tidur mesti lapar.Bila lapar boleh lah terus makan mi bandung.

*

"Dapat tahu dia kat mana?"Soal Tengku Hayder.Dia lah yang suruh Nadia call Tiara.

"Dia tak bagitahu lah dia kat mana Tengku.Tadi saya call lagi sekali phone dia terus off.Saya rasa dia tahu kut saya call sebab saya tahu dia hilang."

"Dia pergi mana ni?" Tengku Hayder bengang.Surat yang ditulis Tiara digenggam erat.Sesekali matanya membaca surat yang ditulis Tiara yang ayatnya tak habis tulis.Surat itu pun dia terjumpa diatas meja kerjanya dirumah.Bila dia baca,dia tergerak hati nak tengok almari Tiara,bila buka je almari hampir separuh baju isterinya telah tiada.

Assalamualaikum bang,Tiara minta maaf kalau Tiara mampu tulis saja.Tiara tahu kalau Tiara cakap abang takkan dengar.Izinkan Tiara pergi ke

Itu saja yang ditulis Tiara.Bila dia tanya orang seisi rumah,semua tak tahu kemana wanita itu pergi.Perasaan risau mula bertandang dihati.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now