"Takpa ke kita breakfast berdua je ni?"Soal Tengku Hayfie ingin tahu,dia risau jika Tiara tidak selesa.Wajahnya tak lepas memandang wajah Tiara yang makin berseri sejak mengandung.
Tiara gelengkan kepala.Padahal didalam hati dia ingin memarahi Alya.Ada ke patut Alya tak nak ikut sarapan bersama.Sudah lah Tengku Hayfie terpacak didepan pintu bilik awal pagi lagi.Alya pula kata dia tak suka hadap Tengku Hayfie sebab tu dia tak nak ikut dan dia rela kelaparan.Ini kali pertama orang tak suka Tengku Hayfie walhal lelaki itu baik orangnya dan siapa saja yang kenal Tengku Hayfie pasti akan menyukainya dengan sikapnya yang rendah hati.
"Kawan awak tak suka saya ke?Saya tengok dia macam tak gemarkan saya." Soal Tengku Hayfie inginkan kepastian.Dia perasan Alya macam tak menggemarinya.
"Tak ada lah.Dia memang macam itu.Ada mood dia." Ujar Tiara basa-basi.
"Tiara." Tengku Hayfie gigit bibir memandang Tiara lalu menguis makanan dengan garfu.
"Ya." Tiara memandang wajah Tengku Hayfie.
"Tiara dah kahwin ke?"
Tiara membesarkan biji matanya.Soalan apakah ini?Apakah jawapan yang harus dia berikan?Ya atau tidak.
Tiara tersenyum lalu menggelengkan kepala.Bila dah geleng tentu jawapannya tidak bukan?Tiara gigit bibir bawah lantas menunduk.Mata dipejam erat.Berdosa berdosa tetapi Tengku Hayder pun belum beritahu hal sebenar bukan jadi tak salah kalau dia pun tak jujur hal yang sebenar juga.
"Oh I See"
"Tengku?Dah?!"Soal Tiara kembali.
"Dah apa?!" Soal Tengku Hayfie kembali.
"Maksud saya dah kahwin ke?"
"Oh belum lagi." Tengku Hayfie menggeleng lantas tersenyum.
Tiara hanya membalas dengan senyuman nipis.Makanan yang terhidang langsung tak terusik.Tiada selera.Entah suasana sudah rasa canggung dan awkward.
"Em Tengku Hayder,dia dah kahwin?!" Soal Tiara lagi sekadar menukar khabar berita selain itu dia juga ingin tahu cerita apa tentang Tengku Hayder yang keluar dari mulut Tengku Hayfie.
"Oh dia dah kahwin"
"Apa?!!!" Jerit Tiara kuat lantas menutup mulutnya.Malu kerana terjerit ditempat awam.
"Kenapa?Terkejut ke?" Tengku Hayfie memandang pelik wajah Tiara.
"Tak tak terkejut cuma bila dia kahwin ek?" Tiara cuba untuk berdalih.
"Dah lama juga lepas dia pecat awak tu."
Tiara mengecilkan mata.Okay sekarang dia rasa dia tak bersalah kalau benci suami sendiri.Apa lagi lelaki itu mahukan darinya?Berani benar mempermainkan perasaan wanita.Tak guna betul.
"Dia kahwin dengan siapa Tengku?Cantik tak isteri dia?"Soal Tiara polos padahal dalam hati dia dah meletop-meletop.Rasanya dia nak bakar saja Tengku Hayder itu hidup-hidup.
"Dia kahwin semula dengan bekas isteri dia.Saya tak tahu lah apa yang dia pandang kat Elaine tu." Kata Tengku Hayfie sedikit menyampah.
Tiara tersandar lemah dikerusi.Allahu apa lagi dugaan yang harus dilalui?Apa sebenarnya yang harus dia lakukan untuk melalui semua ini?Kuatkah dia?
"Tiara,kenapa?muka sedih je" Tengku Hayfie curiga tiba-tiba saja Tiara menayangkan wajah mendung.
"Tak ada apa.Eh dah lah jom kita makan." Tiara tersenyum lalu sambung makan.Makanan yang sedap menjadi terasa kelat ditekak.Jujurnya selera makannya sudah hilang apabila mendengar semua ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Duda VS Miss Dara
Romansa"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...