Bab 25

9.1K 220 6
                                    

"Tia,kau rasa tak berdosa ke tipu Mak Ayah kau?" Aku berpaling memandang Alya yang berada dibelakang aku.

Aku hela nafas sebelum bersuara kepadanya.

"Aku tahu berdosa.Aku minta maaf sebab libatkan kau." Aku menayangkan senyuman paling manis buat Alya.

Aku tahu berdosa kerana menipu Mak Ayah.Aku cuma perlukan ketenangan sebab itu aku bohong pada Mak Ayah yang aku nak temankan Alya bercuti walhal aku yang ingin bercuti.Bukan jauh sangat pun aku pergi bercuti cuma ke Pulau Langkawi je.Mulanya memang Mak Ayah melarang tapi aku kata aku telah dapat keizinan daripada Tengku Hayder tapi hakikatnya aku tak cakap apa-apa pun dengan Tengku Hayder.

Biarlah dia,dia pun tengah menunaikan umrah jadinya aku tak nak menganggu hatta kalau boleh aku tak nak pun berhubung dengan dia langsung.Aku rela begini,tak saling berhubung antara satu sama lain.

"Kau tak takut ke Allah bagi karma kat kau sebab tipu mak ayah kau lagi-lagi suami kau tu." Aku menjeling Alya saat dia berkata begitu.

"Mulut kau tu kan,boleh diam tak?!Mulut kau tu masin.Jangan sampai aku humban kau dalam laut." Banyak bunyi pula perempuan ni,cukup baik aku bawa dia kalau aku pergi sendirian baru dia tahu.Dah lah percutian dia ni pun aku yang taja.Aku cuma minta dia temankan aku tanpa mengeluarkan wang satu sen pun.

"Ish Mak Buyung ni.Sikit-sikit nak marah.Yelah aku diam." Alya menjeling aku pula lantas memeluk tubuh.

"Sorry,kau tahu kan mood aku sejak pregnant ni tak menentu." Aku menyengih.

"Tak apa aku faham.Maaf lah mulut aku lancang tadi tapi kan sebab mulut aku dulu kau kahwin dengan Tengku Hayder kan."

"Hah mulut kau tu memang.Nak kena cili kan agaknya?" Kataku sedikit geram.Teringat pula aku sewaktu Mak Senah offer aku kerja dengan Tengku Hayder,ada ke patut dia doakan aku kahwin dengan duda.Tengok lah sebab mulut dia tu lah aku bersuamikan lelaki duda.

"Aku gurau je masa tu tak sangka boleh termasin pula." Dia ketawa kecil.Aku berpusing menghadapnya lantas menayangkan penumbuk.

Aku tengok dia kecil besar kecil besar je.Memang lah dia ni,entah kuasa apa lah yang dia pakai agaknya tapi berkat dia juga ingatan aku kembali pulih.Kalau lah dia tak tunjukkan aku gambar aku dengan Prince Mateen tu tentu aku masih tak ingat apa-apa.Tentu aku masih berbuat baik dengan Tengku Hayder.Ah lelaki itu penuh dengan muslihat dan tipu daya.Apa yang keluar dari mulutnya belum tentu boleh dipercayai.

Dia fikir dia pergi Makkah dan kembali ke pangkal jalan,dia ingat aku akan memaafkan dia?Tidak!tidak semudah itu aku akan memaafkannya.Dia tak layak menerima kemaafan dari aku.

"Dah lah jom lah kita naik bilik.Aku penat lah lama-lama kat sini." Aku berpeluk tubuh.

"Entah kau ni,jom lah." Seraya itu dia menarik tangan aku lalu kami berjalan beriringan kebilik.

Baru separuh jalan,aku bertembung dengan satu manusia yang aku tak sangka aku akan menjumpainya disini.Habis lah aku!

"Eh Tiara." Sapanya.

"Eh Tengku." Sapaku kekok.

Dia pandang aku,aku pandang dia.Agak lama kami saling pandang memandang sehingga suara deheman Alya mematikan pandangan kami.Aku berpaling lantas berjalan pergi.

*

Aku memisatkan mata lantas aku bangun dari tidurku yang lena.Aku menguak diatas katil mewah sebelum bangkit dari pembaringan.

"Wey Tiara,bangun lah." Laung Alya kuat dihujung katil.

"Tak payah lah jerit-jerit.Aku tak pekak lagi." Omelku.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now