Bab 20

10.4K 225 11
                                    

"Kau nak apa datang sini?" Bentak Puan Munirah melihat dua orang tetamu tak diundang.Dia memandang jijik dengan dua manusia itu.

"Saya Tengku Hayfie.Saya tak tahu apa jadi antara Mak dengan Tiara tapi saya cuma datang sini nak bagitahu yang Tiara amnesia." Ujarnya tenang.

"Betul,saya tak ingat apa-apa." Kata Tiara takut-takut memandang wajah bengis pasangan suami isteri itu.

"Hilang ingatan?!" Terkejut Puan Munirah.Walaupun dia marah tetapi dia tetap kesian dengan anak perempuan tunggalnya.

"Ye dia hilang ingatan.Dia tak ingat siapa mak ayah siapa suami dia."

Puan Munirah dan Encik Tahir saling berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang wajah Tiara dan Tengku Hayder bersilih ganti.

"Dah lama ke dia amnesia?" Soal Encik Tahir risau.Dia juga sebenarnya merindui Tiara tapi tembok kebencian membatasi kasih sayang seorang bapa dan anak.

"Hampir sebulan lebih."

"Allah lamanya.Waktunya macam sebulan selepas kami halau Tiara." Jawab Puan Munirah sayu.Menyesal dia mengusir anaknya dari rumah.Dia memandang sayu wajah suaminya.

"Kenapa dia kena halau?Boleh saya tahu?" Soal Tengku Hayder ingin tahu.Tiara pula anggukkan kepala,dia juga ingin tahu kenapa dia dihalau dulu.

"Dia nikah senyap-senyap kat KL sana lepastu Tiara pregnant dan gugur.Kami halau dia sebab kami malu dengan orang kampung yang canang dia bukan-bukan." Ujar Encik Tahir sayu.Bodoh pada diri sendiri kerana mengusir darah daging sendiri.

"Kami tahu kami tak sepatutnya halau Tiara.Dia tak diberi peluang pun untuk terangkan hal sebenar." Sambung Puan Munirah lagi.

"Mak Cik dan Pak Cik ni Mak ayah saya ke?" Soal Tiara inginkan kepastian.

"Ya kami mak ayah Tiara." Jawabnya sedih.

"Mak Ayah!!!!" Tiara terus bangkit dari duduknya lantas memeluk erat batang tubuh Puan Munirah sambil menangis.

"Tiara minta maaf sebab tak ingat langsung tentang mak ayah.Ampunkan Tiara mak."Ujarnya tersedu sedan.Kepala dilabuhkan dibahu Puan Munirah.

"Takpa sayang.Mak yang patut minta maaf.Kita kembali macam semula dulu ya." Pintanya.Tiara anggukkan kepala laju-laju,setelah itu dia menyalami tangan kedua ibubapanya lalu mengambil tempat semula di sebelah Tengku Hayder.

"Suami Tiara tak datang ke?Kami tak pernah nampak suami dia,kami pun nak tahu jugak siapa suami dia." Sampuk Encik Tahir tiba-tiba memecah suasana yang sayu.

Tengku Hayder telan air liur,rasanya sudah tiba masanya dia jujur dan dia tak nak kehilangan Tiara lagi buat kali kedua.Dia tak nak Tiara pergi darinya.Dia nak Tiara terikat dengannya buat selamanya.

"Tengku Hayder tahu siapa suami Tiara.Dia kata suami Tiara ada kat sini." Sahut Tiara.

"Hah?!bukan ke suami Tiara orang KL?" Soal Puan Munirah pelik.Mana satu yang benar ni?bukan ke Tiara yang sendiri kata suami dia orang KL tempoh hari.Bagaimana pula Tengku Hayfie boleh kata suami Tiara ada di Johor.

"Sebenarnya sayalah suami Tiara yang sah." Ujar Tengku Hayder tenang.

"Hah?!!!!!" Jerit tiga beranak itu serentak.Terkejut mereka apabila mendengar pengakuan dari Tengku Hayder.

"Tengku jangan nak menyamar pulak.Takkan Tengku suami saya." Bidas Tiara.Kepalanya digelengkan seolah-olah tak berapa suka dengan pengakuan dari Tengku Hayder yang disangka bohong.

"Sumpah Wallahi,saya suami dia.Saya ada bukti.Saya ada bawa sijil nikah kami yang sah kalau nak tengok." Jujurnya.

"Apa semua ni Tengku?"

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now