"Kalau rasa tak senang dengan Tiara,aku minta tolong lepaskan dia."Ujar Attar tiba-tiba kepada Tengku Hayder yang baru saja mahu keluar dari rumah.
Tengku Hayder mendengus marah sebelum berpaling kebelakang.Pantang bagi dia ada orang cari pasal dengan dia lagi-lagi masuk campur urusan rumah tangga dia.
"Kau siapa nak tegur aku?"Bentak Tengku Hayder.
"Aku sepupu kau.Aku ada hak nak tegur kau kalau kau berkasar dengan perempuan." Jawab Attar berani sekolahkan Tengku Hayder.
Tengku Hayder benci lelaki bernama Attar atau nama penuhnya Tengku Muhammad Attar dihadapannya ini.Kalau boleh dia tidak ingin bersaudara dengan lelaki seperti Attar.Jahatnya dia melebihi diri dia sendiri.Attar ingin merampas apa saja miliknya,dulu Attar merampas cinta tunangnya serta kasih seorang adik perempuan tapi kini lelaki itu ada niat mahu merampas isteri kesayangan dia pula.
"Sepupu?Seorang sepupu tak ada hak masuk campur urusan rumah tangga sepupu dia lah." Dia pula sekolahkan kembali Attar.Sepupu apa yang menyibuk?Sudah lah menumpang dirumah orang ni nak ceroboh privasi orang pulak.
"Kau tak boleh layan Tiara macam tu lah,dia ada hati dan perasaan jugak." Nasihat Attar.
"Suka hati aku lah dia isteri aku." Bidas Tengku Hayder.
"Walaupun dia isteri kau tapi kau tak ada hak buat dia macam tu."
"Kau ni menyibuk lah.Kau cari jodoh kau sendiri jangan sibuk jodoh orang lain boleh tak?"
"Kau jangan ingat jodoh kau akan kekal lama."
"Kenapa kau cakap macam tu?Kau nak caras Tiara pulak?Tak puas kau caras tunang aku dulu sekarang nak caras isteri aku."
"Tiara layak untuk bahagia dan dia tak layak dengan lelaki tak guna macam kau ni." Bidas Attar lebih berani.
"Aku takkan lepaskan Tiara sampai aku mati lah.Kau dengar tu?Kau tak ada hak nak arahkan aku.Aku tahu jaga rumah tangga aku sendiri." Kata Tengku Hayder lalu berlalu pergi dengan bengang.Tangan dia genggam kuat menahan marah.Ikut dalam hati nak saja dia lepaskan penumbuk kepada sepupunya itu tapi dia sabarkan hati.
Ada ubi ada batas ada hari nanti dia balas.Tunggu saja.
"Abang ni,kenapa abang campur urusan rumah tangga orang?"Bidas Mila.Geram saja dia dengar pertelingkahan dua saudara itu.Dia tak suka bila Abang Attar cakap sebegitu rupa kepada Tengku Hayder.Dia juga tak suka sikap abangnya yang mencampuri urusan rumah tangga orang.
"Abang akan dapatkan balik hak abang." Katanya lalu tangan kanannya menggepalkan penumbuk sambil matanya tak lepas memandang pintu utama.Pandangan matanya seperti ada maksud tersirat.
"Dah lah tu bang,kita datang sini bukan nak cari gaduh.Abang jangan lah cari pasal,kalau mak tahu mak mesti marah." Pujuk Mila.
"Biar mak tahu hal ni,biar mak tahu yang Tiara tu tak sesuai dengan anak saudara dia yang macam syaitan tu." Sindirnya kepada Tengku Hayder yang telah tiada dirumah.
"Tapi Kak Tiara tu dah jadi isteri orang lah." Tegas Mila.
"Kau ni menyibuk lah dik,kau ingat eh kalau kau berani buka mulut kau siap." Ugut Attar sambil memandang adiknya dengan pandangan membunuh.
Mila ketap bibir geram.Takkan lah dia nak diamkan diri.Abangnya nak hancurkan rumah tangga orang.Dia menyesal pujuk Abang Attar datang kesini.Cukup menyesal!Menyesal tiada guna.
*
"Hai Tiara." Sapa Attar mesra kepada isteri sepupunya sendiri.Tiara hanya senyum tipis namun dia tak membalas sapaan lelaki itu lantas dia bangun dari sofa untuk berlalu pergi dari ruang tamu.Mood dia nak tengok tv hilang diterbang angin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Duda VS Miss Dara
Romance"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...