Bab 35

9.5K 273 6
                                    

Aku garu kepala bila melihat Bonda masih diposisi yang sama.Tak berapa lama lepastu dia menangis.Aku pula dengan sayu hati menghampirinya lantas memaut bahunya.Aku lihat wajah mendungnya tanpa melihat gambar  ditangannya.

"Kenapa Bonda menangis?Bonda rindukan arwah abang Hayfie ke?"Soalku.

Bonda anggukkan kepala sambil menangis.

"Tiara tengok lah ni apa yang Bonda jumpa."Ujarnya lalu aku lihat apa yang ada ditangannya.Eh itu gambar aku?Eh kejap macamana dia boleh ada gambar aku pula?

"Eh ni gambar Tiara.Macamana boleh ada kat sini?"Soalku pelik.

"Tu lah Bonda pun pelik.Gambar ni terselit kat buku kegemaran Hayfie tau."Aku menjadi hiba.Ya Allah,Tengku Hayfie benar-benar mencintai aku ke?

"Bonda ingatkan dulu dia nak kahwin dengan Tiara atas dasar tanggungjawab tetapi rupanya dia nak kahwin dengan Tiara sebab dia betul-betul cintakan Tiara tapi hajat dia tak kesampaian."Ujarnya sedih.

"Bonda,Tiara minta maaf diatas kesalahan Tiara.Maaf sangat-sangat sebab buat keadaan menjadi berubah.Kalau lah Tiara tak ajak Abang Hayfie jumpa hari tu tentu dia masih ada kat sini lagi."Ujarku lalu menyeka airmata yang tumpah.

"Jangan cakap macam tu Tiara.Ajal dan maut ditangan Allah.Bila ajal sampai dia takkan awal takkan lambat walau sesaat pun.Dia akan datang tepat pada masanya.Jangan salahkan diri Tiara ya nak."Dia menggamit tanganku lalu mengenggamnya.

"Bonda tak marah kan Tiara ke?Tiara punca semua ni berlaku.Kalau lah Tiara..."Belum sempat aku habis cakap,Bonda letakkan jari telunjuknya dibibirku tanda suruh aku berhenti bercakap.

"Bonda tak marahkan Tiara langsung pun.Bonda nak marah pun tak ada guna.Semua dah terjadi dah pun.Bonda nak Tiara terus kuat dan terus menjadi isteri yang baik.Janji dengan Bonda jangan salahkan diri sendiri lagi,boleh?" Pintanya.

Aku anggukkan kepala lalu memeluk tubuhnya erat.Aku dakapnya penuh kasih sayang.Sungguh aku bersyukur dapat ibu mertua sebaik dia.Syukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadaku.

"Baik Bonda.Tiara janji."Itu janjiku padanya.

"Alah alah atas bawah buat drama airmata.Aku confius dalam rumah aku ni tengah shooting drama ke?"Sindir satu suara dipintu.Suara siapa lagi kalau bukan suara Tengku Zaharah.Kami serta merta memandangnya.Dia memandang kami jelek sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa bonda cakap macam tu?"Soal Tengku Maimunah berani.

"Yelah yang kat bawah saling minta maaf yang kat atas pun minta maaf.Sakit mata aku tengok air mata palsu Tiara ni."

Eh suka hati dia saja tuduh aku berdrama.Air mata aku jujur aku,aku tak ada masa nak berdrama ketika ini.

"Tak baik cakap Tiara macam tu."Bidas Tengku Maimunah.

"Yelah yang tak baik je datang dari aku.Yang baik je datang dari dia.Yalah dia kan bidadari turun dari syurga kan?"Lepas dia kata begitu dia terus berlalu pergi.

Ya Allah,sakitnya hati aku bila dia tuduh aku macam tu.Bagai dirobek hati aku ni.Tengku Maimunah hanya gelengkan kepala.

"Bersabarlah ya Tiara.Jangan ambil hati ya dengan kata-kata Nenda tu." Nasihatnya.

"Insya-Allah Bonda.Tiara kuat"Ujarku tersenyum tipis.Jujurnya kuat ke aku nanti melalui hari-hari yang akan datang?aku rasa Tengku Zaharah takkan berhenti menghina aku sampai disitu.Ya Rabb,semoga Tengku Zaharah dapat menerima aku sebagai cucu menantunya dan semoga hatinya lembut.Itu saja doaku untuk Tengku Zaharah.

*

"Sayang tak nak makan ke?"Soal Tengku Hayder tatkala makanan baru tiba.Sebelum pulang ke rumah,kami singgah untuk makan terlebih dahulu.Lebih baik kami makan diluar daripada makan dirumah keluarganya kerana kami juga tak tahan dengan leteran dan sindiran dari Tengku Zaharah yang tiada hentinya itu.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now