Bab 40

9.1K 232 12
                                    

"Kan best kalau petang-petang macam ni dapat buah mempelam lepastu cicah dengan kicap campur gula tapi macam nak pulut mangga" Kataku sendirian ditepi kolam renang.Time mengandung macam ni lah nak mengidam itu ini dan boleh makan apa saja nanti bila dah berpantang,semua benda dah tak bedal lagi.Sambil bercakap aku mengusap perlahan perutku lantas menoleh kekiri dan kekanan takut kalau-kalau ada orang nampak perbuatanku.

"Hah Tia."Sergah Mak Senah tiba-tiba dari belakangku.

"Oh Mak nak terberanak."Latahku tiba-tiba.Jelingan manja diberikan kepada Mak Senah.Haih nasib baik lah aku tak terterjun didalam kolam tadi.Jelinganku dibalas hilaian ketawa dari Mak Senah.

"Mak Senah ni,terkejut lah Tia."Omelku.

"Mak Senah usik sikit je dah nak terberanak lah apa lah.Dah ada isi ke tu?"Omelnya pula lalu ajukan soalan kepadaku.

"Termelatah tadi.Ish tak ada lah Mak Senah.Si Iman tu belum lagi setahun takkan lah nak dapat adik lagi."Gurauku walhal sudah ada adik Iman didalam perutku ini.

"Mana lah tahu ada rezeki lagi,dapat lah Mak Senah merasa ada cucu saudara lagi."

"Hahaha."Gelakku tak ikhlas dan nampaknya wajahku menayangkan raut wajah kekok.

"Dah lah Mak Senah gurau aja.Sakit beranak tu pun tak hilang lagi diingatan takkan nak beranak lagi ye tak?Tak apa,rezeki tu milik Allah SWT."Nasihatnya pula.

Aku anggukkan kepala lantas tersenyum mesra.Ada benarnya itu.Duhai anak dalam perut ini,semoga kau dapat melihat dunia ini.Aamiin Ya Rab!

"Tak apa lah Mak Senah,Tia nak naik atas dulu.Mengantuk pulak petang-petang ni"Aku pura-pura mengantuk lantas menguap lalu cepat-cepat beredar dari situ sebelum Mak Senah menghidu sesuatu.

Langkah aku atur laju menuju ketingkat atas lalu bilik tidur aku tuju.Satu nafas aku tarik lalu ku hembus dengan lega.Fuh,macam baru lepas soal siasat dengan polis.

Aku berjalan kearah meja sisi katil lalu aku gapai kalendar.Agaknya berapa bulan sudah aku pregnant ya?Tak buat check up lagi ni.Perlu buat ke tak perlu buat ya?Aku rasa aku perlu buat.Kalendar aku letak kembali ketempat asalnya lalu aku ambil pula telefon pintar aku diatas meja lalu booking grab.Time ni Bob tiada dirumah untuk menghantar aku jadinya aku terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing.Aku menghantar mesej ringkas kepada Tengku Hayder meminta izin untuk keluar sebentar.

Setelah menghantar mesej terus saja aku bersiap-siap untuk keluar ke klinik dan aku berharap tiada sesiapa yang dapat menghidu aku keluar ke klinik.

Aku turun kebawah untuk keluar,belum sempat aku keluarkan kaki dari rumah.Abang Attar sudah menegurku.

"Eh nak kemana tu?"Soalnya.Aku berpusing memandangnya sebelum mendengus geram.

"Nak keluar sekejap.Kenapa?"Soalku kembali.

"Dah minta izin suami ke?"Aku julingkan mata keatas.Penyibuk!

"Mesti lah dah."Jawabku.

"Ni nak keluar sorang ke?"Soalnya lagi.

Aku anggukkan kepala seraya tersenyum tak ikhlas.

"Tak elok perempuan keluar sorang at least bawak lah teman."Nasihatnya pula.

Aku tepuk dahi.Menyibuknya lah dia ni!

"Tak apa,dah biasa sorang."Kataku selamba.

"Jangan biasakan,awak tu isteri orang."

Aku tahan sabar.Aku rasa rumah ni milik suamiku dan bukan dia.

"Please lah,Tiara nak keluar lah.Stop menyibuk macam mak nenek boleh tak?"Bidasku.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now