Bab 28

9.4K 248 4
                                    

Aku mengusap pipi Iman yang tidur pulas didalam baby coat.Nyenyak betul dia tidur sama seperti bapanya yang satu itu.Aku kesal malam tadi boleh pula aku terbabas dengan Tengku Hayder.Aku tak tahu syaitan apa yang merasuki aku malam tadi.Aku tak sengaja tergoda dia.Aku kalau boleh tak nak tapi demi dendamku itu aku terpaksa goda dia.

Aku akan buat dia bosan dengan Elaine.Aku tahu aku jahat meruntuhkan masjid tetapi buat apa mendirikan masjid diatas nafsu semata dan aku tak rasa perbuatan aku salah.Aku cuma nak merampas apa yang telah dirampas oleh aku.Tengku Hayder merampas kebahagiaan aku manakala Elaine memusnahkan kebahagiaan yang baru tercipta.

Usai melihat dua beranak itu tidur pulas,aku pula ke bilik mandi.Pintu aku kunci dan aku membuka pili air.Mataku melihat sekujur tubuhku dicermin.Kelihatan merah-merah dileherku.Ah bukan nampak pun kan aku pakai tudung so buat apa nak malu.Aku berdecit.Menyesal aku bagi dia semalam.Aku ni tak tahu apa sebenarnya yang aku buat.Aku rasa macam benda itu perlu dibuat tapi apabila dibuat aku pula menyesal.Aku tak faham dengan diri aku.

Daripada termenung lama dihadapan cermin lebih baik aku mandi dan bersihkan diri.Benda dah jadi tak perlu lagi aku kesalkan lagipula aku yang mulakan semuanya semalam.Kalau aku tak ikut kehendaknya tentu aku tak menyesal.Aku tersenyum sumbing saat melihat rekfleksi diri aku.Haih Tiara Tiara.

Usai bersiap untuk ke tempat kerja aku sempat melihat Tengku Hayder masih tidur pulas.Penat sangat ke semalam sampai tak nak bangun pergi kerja.Haih lah Tengku Hayder,lembik.Sikit pun aku tak kejutkan dia,biarlah dia tidur pulas.Dia bos,boleh masuk dan tak masuk kerja sesuka hati dia.Tas tangan aku gapai ditepi katil sebelum berangkat ke tempat kerja.Hari kedua,jangan buat hal tak datang pula walaupun malam tadi tidur tak cukup.

Aku menuruni anak tangga lalu menuju kedapur.Tentu Rini sudah buatkan sarapan untuk aku.Ah ini lagi sorang,dia memang rajin.Aku cuma jadikan dia pengasuh tapi dia sendiri yang bawa diri macam pembantu rumah.Meja makan aku tuju,aroma nasi lemak menggamit selera aku.Tanpa membuang masa aku terus menjamah sarapan yang disediakan.

"Em Puan,Iman dah bangun ke?" Soal Rini takut-takut.Aku menoleh memandangnya lantas menggelengkan kepala.

"Belum.Nanti bila Tengku dah bangun awak ambil lah dia tapi tu lah saya tak tahu bila dia nak bangun."Ujarku.Aku tahu dia takut nak masuk bilik tidurku jika ada Tengku Hayder disini.

"Baik Puan." Dia anggukkan kepala.

"Tak apa lah.Nanti saya ambil dia kat dalam bilik lepastu bagi kat awak ya." Aku menolongnya kerana aku tahu dia risau nak ambil Iman.

"Terima kasih Puan." Ujarnya lantas berlalu pergi.Aku menyambung makan sarapan aku yang tergendala.

Usai sarapan aku terus naik ke dalam bilik untuk mengambil Iman.Sebaik saja aku buka pintu bilik,kelihatan Tengku Hayder baru bangun tidur.

"Sayang!!!!"Jeritnya kuat.

"Apa?" Ish suara singa mengaum pula dipagi buta.

"Kenapa sayang tak kejut abang?abang dah lambat dah ni tahu tak?dah lah baju abang kat rumah sana" Omelnya diatas katil.

"Eh salahkan sayang pulak,dia yang terlajak tidur siapa suruh."Lawanku.

Dia mengecilkan mata memandang aku lalu turun dari katil menuju ke bilik air.Aku hanya jungkit bahu.

*

"Tiara." Nabila memanggil namaku.Duduk diatas meja aku tanpa pamitan.Ini mak cik bawang paling pedas kat office ni.Boleh tahan juga mulut dia ni plus dengan sikap busybody dia ni.

"Ya?" Aku mendongak memandang wajahnya.

"Hari ni Puan Elaine nak datang lagi tau."

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now