Bab 27

9.5K 245 7
                                    

Beberapa bulan kemudian

Aku mengusap pipi merah si kecil.Kini aku telah selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat comel dan kacak.Tentunya wajah kacaknya mewarisi bapanya.Aku melihatnya tertidur nyenyak dipangkuanku.Namanya,Tengku Hilman Bin Tengku Hayder.Aku memanggilnya Iman kerana aku berharap bila dia besar nanti,dia akan menjadi seorang yang beriman dan taat kepada Yang Maha Esa.

Anak kecil ini tidak salah,dia lahir dari perutku.Dia tidak berdosa malahan.Aku tak nak jadikan sebagai batu loncatan aku untuk melepaskan dendam.Biarlah aku selesaikan segala dendamku sendiri tanpa menjadikan dia alat.

"Sayang,are you okay?" Soal Tengku Hayder kepadaku.Aku menoleh memandangnya lantas mengangguk dan tersenyum nipis.

Kini kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.Aku sudah puas menghabiskan waktu mengandung dan berpantang dikampung.Kini sudah tiba masanya aku membuka lembaran baru.Sesuatu yang pasti akan membuatkan semua orang terduduk.Dendam aku harus lunaskan.Aku bukan Tiara yang diperbodohkan dahulu.You wanna play game,lets play together.Itu prinsip aku sekarang.

Mataku memandang luar tingkap,suasana yang sangat canggung.Aku teringat dulu,aku pernah naik kereta dengan dia untuk ke Kuala Lumpur.Dulu aku memegang anak tiri aku kini aku memegang anak sendiri.Aku tersenyum mengingat kisah lalu.Disitulah bermula segala-galanya dan aku sedar yang orang kaya tak selalunya baik dan boleh dipercayai.

Kalau lah aku ni tak penyabar memang aku dah lama tinggalkan Tengku Hayder namun aku harus sabar dan bijak mengawal situasi.Tak segalanya harus dibiar pergi.Adakalanya harus dibalas dan perlu diajar.

"Sayang,kenapa senyap je?sayang ada masalah ke?"Soalnya lagi.

Ah lelaki ini mula lah tu nak berbuat baik.Dia fikir aku percaya.Tak apa mari kita sama-sama memainkan watak.

"Sayang okay,cuma rindu kat kampung pulak.Yelah dah lama sangat duduk kat kampung rasa macam tak sampai hati nak balik KL semula." Ujarku manja lalu menoleh memandangnya.Manja yang aku buat-buat.

"Tak apa,nanti kita ada masa.Kita jengah lah mak ayah kat kampung tu."

"Betul ni?!"

"Betul sayang."

Aku tersenyum gembira.

"Bila saya boleh start kerja?"Soalku lagi.Aku dah tak sabar nak memulakan misi aku ni.

"Sayang,are you sure nak kerja?Abang mampu tau sara sayang."Dia menoleh memandang aku sekejap sebelum fokus ke pemanduannya.

"Abang,don't you forget.Itu termasuk syarat sayang untuk memaafkan abang.So if abang tak nak bagi sayang kerja thats mean abang tak kisah dengan kemaafan sayang." Aku tersenyum sinis.

"Fine.Okay sayang kerja.Nanti abang suruh staff siapkan meja untuk sayang then baru sayang boleh kerja.Okay?"

"Okay then I'll wait." Aku angkat bahu.Lalu memandang luar semula

"Oh wait." Aku menoleh memandangnya semula.

"Kenapa sayang?"

"Car.I need car.Sayang tak ada transport untuk pergi ke tempat kerja.If you don't mind.May I get a new car.Secondhand pun tak apa asalkan ada kenderaan untuk pergi ke tempat kerja." Aku tepuk dahi.Satu lagi syarat aku lupa nak letak.Aku bukan mata duitan tapi aku ada sebab untuk meminta semua itu.

"Tak apa sayang.Jangan risau nanti kita balik KL,abang carikan sayang kereta baru"Katanya janji manis.

Aku tahu mesti dia fikir aku mata duitan.Ah aku peduli apa.Yang penting aku bukannya nak sangat pun harta dia.Aku cuma tak nak dia mengambil aku setiap pagi pula nanti rosak plan aku.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now