Bab 9

8.9K 241 14
                                    

Aku membawa Hayda ambil angin diluar perkarangan rumah sambil menikmati udara petang.Rumah agam ni cantik luar dan dalam,dari luar kita boleh nampak bukit bukau yang berdiri megah.Aku nak duduk sini lama-lama dan tak nak pindah kerana tempat ini terlalu cantik.

"Cantik kan rumah Hayda ni?" Aku soal pada si kecil yang tak tahu apa-apa ni.

"Bestnya udara pun segar." Aku sambung bercakap lagi dengan si kecil dalam dukungan aku.

Aku sambung bercakap tanpa henti sambil membawa dia pusing-pusing sekitar luar perkarangan rumah.Terkebil-kebil mata dia memandang aku dan ada kala ketika dia ketawa.Barangkali dia suka dengan keletah aku.

"Nak kena cakap bahasa bayi ke baru Hayda nak balas perbualan mama?" Bisikku perlahan takut didengari oleh orang lain setelah itu aku cium pipi gebunya sekilas.

Sedang aku bawa Hayda berjalan aku tengok luar pagar.Aku mengintai sedikit dan kelihatan seorang wanita berdiri ditepi kereta sambil memandang perkarangan rumah agam ini dan aku tidak mengenali wanita itu.Matanya tak lepas memandang rumah agam ini.Pakaiannya agak menjolok mata.Aku dengan berani menegur si dia disebalik pagar.

"Cik ni siapa?"sapaku.

Dia mendekati aku dan pagar menjadi pemisah antara kami.Matanya tak lepas memandang Hayda.Aku memegang erat Hayda kerana pandangan matanya agak semacam pada anak itu.

"My baby girl."Ujarnya.

Dia tak menjawab soalan aku malah cuba mendekati pagar.Aku undur beberapa tapak menjauhi pagar.Takut dia ni penculik ke?Keselamatan Hayda penting.

"Cik ni siapa?"soalku sekali lagi.

"Aku ibu dia lah bodoh." Dia meninggikan suaranya menjeling aku sekilas lalu memandang Hayda semula.

Aku agak tersentak kerana aku menyapanya dengan baik tapi lain pula yang aku dapat.

"Maaf cik.Saya tak tahu,saya baru sahaja bekerja kat sini."

"Aku tak tanya kau lah bodoh.Kau diam" Bentaknya lagi.

Aku agak tergamam dengan wanita itu.Sikapnya agak kurang sopan.Aku menunduk lantas undur perlahan-lahan.Niat aku satu,aku nak beredar dari situ.Keselamatan Hayda keutamaan aku.

Sedang aku mengundur tiba-tiba saja pagar besar ini terbuka dengan sendirinya.Terbeliak mataku siapa pula yang membukanya?Aku menoleh kebelakang sekilas lantas berpusing memandang wanita ini.Dia cuba untuk mengambil Hayda.Aku jauhkan diri aku.

"Maaf cik.Baby ni dalam jagaan saya" Kataku sopan menghalang dia dari mengendong si kecil.

"Aku Ibu dia.Kenapa aku tak boleh nak pegang anak aku sendiri pula?" Bentaknya.

"Maaf Cik.Saya tak kenal cik." Ya benar aku tak mengenal wanita ini tiba-tiba saja dia datang dan mengaku ibu kepada Hayda.Adakah dia Elaine?Wanita yang pernah mengisi hati Tengku Hayder dahulu?Adakah dia wanita yang pernah berkongsi hidup dengan lelaki itu?

"Aku nak anak aku lah." Dia cuba merampas kasar Hayda dari aku sehingga Hayda hampir terlepas dari peganganku namun cepat-cepat aku tarik si kecil.Aku kuatkan lagi pegangan sehingga si kecil menangis teriak barangkali tak selesa.

Wanita ini masih lagi bergelut dengan aku.Sedaya upaya dia ingin mengambil Hayda dari aku.Wanita itu menyepak betisku kuat dengan kasut tumit tingginya sehingga aku terjatuh.

Ketika itu juga lah aku dan Hayda jatuh menyembah bumi.Aku sempat menahan kepala Hayda dengan tapak tangan daripada terkena lantai namun hampa impak dari perjatuhan kepalanya terkena juga lantai.Allahuakhbar betapa cemasnya aku.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now