Bab 2

11.5K 296 13
                                    

Terkebil-kebil aku memandang lelaki dihadapan ku ini yang sedang duduk dikerusi malas yang diletakkan di kaki lima rumah Mak Senah.Tadi aku beri salam kepadanya,dia menjawab tanpa memandang muka aku dan fokus dengan handphone di tangan lepastu buat muka sombong.Memang orang bandar semua sombong ke?

Tanpa berlengah aku masuk je ke dalam rumah Mak Senah,baru je nak masuk mamat ni bersuara.

"Nanti petang pukul 5 kita terus gerak ke  KL jangan terhegeh-hegeh." Matanya masih di skrin handphone.

"saya kenal awak ke?"Aku berpaling mengadapnya.

"Tak tapi saya kenal awak,Tiara Si penganggur tersohor."

Aku ingin saja mencekik mamat ni,ada ke patut dia gelarkan aku penganggur tersohor?dasar kurang ajar betul bakal majikan aku ni.

"Eh mulut dia ni." geram pula aku.

"Nanti sampai KL saya akan bagi awak list apa tugas awak,faham tak?" arahnya.

"Kerja belum mula tak payah bagi arahan sangat."Lawanku nanti kat KL tak boleh lawan sebab dia dah jadi bos aku so sementara kat kampung ni aku lawan sikit.

Aku dengan selamba masuk kedalam rumah Mak Senah lalu mencari figura Mak Senah dan kelihatan Mak Senah sedang bermain dengan seorang bayi perempuan,itu mesti anak lelaki sombong kat depan tu.

Aku duduk bersila diatas lantai bersama Mak Senah yang sedang mengagahkan si kecil.

"Eh bila sampai?" Tangannya masih memegang si kecil.

"Baru je tadi,eh Mak Senah ni Tia nak tanya." kataku sambil cuba mengambil si kecil dari tangan Mak Senah.

"Apa dia?" Mak Senah memberikan Si kecil kepadaku.

"Tu ke anak saudara Mak Senah yang dari KL tu?" aku memberikan senyuman kepada si kecil dihadapanku.

"Haah." Jawabnya pendek.

"Tapi asal kerek semacam je?" geram aku bila ingatkan kembali betapa berlagaknya dia tadi.

"Dia tak macam tu tapi sejak dia kahwin dia dah jadi macam tu tapi sebenarnya hati dia baik cuma yelah orang ada masalah kan mesti lah dia stress."

Hmm nak bela anak saudara dia lah tu.

"Tapi kan ada ke patut dia panggil Tia ni penganggur dah lah tak nak senyum."aduku.

"Dia jenis tak cepat selesa dengan orang nanti kalau dia selesa dia akan okay lah tu dengan Tia dan yang penting Tia tu kena kuat dan jangan hati tisu." pesan wanita tua itu.

"Patutlah,muka je handsome tapi kerek nak mampus."Kutuk ku.

"I hear that,muka handsome tapi kerek nak mampus"Jerit lelaki tu dari luar.

Aduh pasang je telinga mamat ni,yalah aku pun satu duduk tak jauh dari pintu utama dan tentulah dia dengar.

"Eh eh dengar je."Getusku.

Sewaktu didalam kereta semasa perjalanan ke Kuala Lumpur dah macam dalam bilik  interview.Mana taknya 2 jam 30 minit diisikan dengan sesi soal jawab dan sesi perkenalan lepastu keduanya buat hal sendiri.

"Nama penuh apa?"

"Nur Tiara Binti Tahir"

"umur?"

"22 tahun"

"Lulusan?"

"Diploma dalam Pengajian Perniagaan."

"kenapa takda kerja lagi?"

"sebab takda rezeki?"

"Nama mak ayah siapa?"

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now