Bab 24

8.4K 208 8
                                    

Bukk!!!

Satu penumbuk hinggap diwajah Tengku Hayder.Itu memang habuan yang perlu dia dapat kerana sikapnya yang serupa syaitan itu.Tengku Hayfie tidak peduli jika lelaki itu darah dagingnya sekalipun.Dia tidak peduli,adakah Tengku Hayder menganggapnya sebagai abang?rasanya tidak.Sikit pun lelaki itu tidak menghormatinya sebagai seorang abang.Air dicincang takkan putus tapi ini memang minta diputuskan silaturahimnya.

"Kau dah kenapa bang tumbuk muka aku hah?" Katanya meninggi.Tiba-tiba saja dapat hadiah.

"kau patut tanya diri kau tu apa yang kau dah buat kat aku?sanggup kau perangkap abang kau sendiri.Ini ke balasan yang aku dapat hah?apa dosa aku jadi abang kau?" Dia menolak tubuh Tengku Hayder dengan kuat.

"Apa yang kau merepek ni hah?bila masa aku perangkap kau?apa aku buat?"

"kau tak payah buat pura-pura tak tahu.Aku dah tahu permainan kau,semuanya dah terbongkar lah Hayder.Kau memang tak suka aku kan sebab itu kau aniaya aku."

"HAHAHAHAHAHA" Entah dimana yang kelakar tiba-tiba saja Tengku Hayder ketawa.

"kau gelak apa?"

"aku memang jahat bang.Aku memang manusia yang perangai syaitan.Ya memang aku yang rancang semuanya dari awal.Aku nak kau tahu yang aku buat semua ni untuk kebaikan kita jugak." Dia duduk diatas lantai sambil memandang wajah Tengku Hayfie.

"kebaikan apa?dah lah Hayder jangan nak merepek lagi."Tengku Hayfie menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya.Cukup lah nista yang dia dapat.

"Aku tak nak kau kahwin dengan Tiara sebab itu aku sanggup perangkap kau.Takkan kau tak tahu yang Tiara masih isteri orang hah?"

"Dari mana Hayder tahu dia isteri orang?kalau Hayder tahu dia isteri orang kenapa tak bawak suami dia datang ambil Tiara?" Katanya sedikit bengang.

"Nanti kau akan tahu jugak siapa suami dia.Yang penting sekarang ni dia isteri orang."

"Kalau dia isteri orang pun,itu bukan alasan Hayder untuk aniaya abang sendiri.Kau tak ada iman dalam jiwa kau ke hah?" Bentaknya lagi.

"Dosa aku biar lah aku tanggung." Dia peduli apa tentang abangnya.

"Kau ni dasar manusia tak sedar diri.Kau dah macam tak ada agama,dah tersimpang jauh kau tahu tak?"

Tengku Hayder hanya menghantar pandangan sinis buat Tengku Hayfie.

"Okay okay fine.Hayder tahu Hayder salah dan Hayder dah akui salah Hayder pun.So sorry" Katanya nak tak nak.

"Macam itu kau minta maaf ke?Macam tak ikhlas." Tengku Hayfie kecewa dengan sikap Tengku Hayfie yang acuh tidak acuh.

Terduduk Tengku Hayfie diatas sofa.Bagai tiada daya.Sungguh dia tidak menyangka adiknya ini sudah tersimpang jauh.Dia sudah buat keputusan biar lah dia pergi.Alasan yang diberikan oleh Tengku Hayder sungguh merobek hatinya.Tak dia sangka,begitu rumitnya kehidupan yang dia lalui ketika ini.

Ini bukan gurauan yang patut dipermainkan.Bukan drama TV yang harus dilakonkan.Ini realiti dan dunia nyata.Entah apa yang membelenggu fikiran dan jiwa adik kandungnya itu sehingga teka menjerat abang sendiri.Ini sudah melampaui batas.Tiada manusia yang tega menganiaya adik beradik sendiri tapi tidak bagi Tengku Hayder.Sudah hilang kewarasankah lelaki itu?Kemana perginya sikap perikemanusiaan?Tak!Lelaki itu tiada sekelumit pun perasaan.Lelaki itu hati batu.Tiara pun sanggup dia usir dan pecat hanya kerana satu kesalahan.Apatah lagi dia,sah Tengku Hayder memang manusia tidak berperasaan.

*

Aku terbaring lemah diatas riba Mak.Tangan Mak tak berhenti mengusap kepalaku dan ada ketikanya menyapu minyak angin didahi aku lalu diurutnya.Wajahku sudah pucat lesi.Aku sudah  tiada tenaga lagi.Alahan yang aku alami sangat teruk.Lagi teruk apabila Tengku Hayder sudah pulang ke KL.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now