Aku curiga melihat wajah suram Tengku Hayder.Sejak dia balik dari hospital uruskan Hayda.Muka dia asyik muram je.Teruk sangat ke sakit Hayda tu?Aku tanya sepatah dia jawab sepatah.Aku nak tahu jugak Hayda sakit apa?Teruk ke tidak?Aku dengan beraninya menghampirinya yang duduk menyandar disofa ruang tamu.
"Bang,okay tak ni?"Soalku risau.Tangannya aku pegang lantas aku usap lembut.
Dia gelengkan kepala menandakan tidak okay.
"Kalau abang ada masalah abang cerita pada sayang kut-kut sayang boleh bantu."Ujarku ingin membantu.
"Abang dah ceraikan Elaine."
"Astagfirullahalazim tapi kenapa bang?"Terkejut aku bila dia bagitahu dia telah menceraikan Elaine.
"Abang rasa perpisahan jalan terbaik untuk kami.Abang tak sangka selama ni dia tipu dan khianat abang." Dia menyeka airmatanya yang tumpah.Aku jadi sayu hati.Pasti Tengku Hayder sangat terkesan dan terpukul.
"Dia buat apa bang?"Ingin juga aku tahu apa perempuan tu buat pada Tengku Hayder.
"Dia curang,dia tipu abang.Kalau sayang nak tahu patut lah selama ni dia tak pernah sentuh Hayda sebab dia tahu Hayda tu anak haram dia."Ceritanya.
"Ish abang ni tak baik lah,Hayda tu kan anak abang."Bidasku.
"Bukan sayang,dia bukan anak kandung abang.Hari tu abang buat DNa test sebab doktor kata Hayda disahkan hidap talasemia.Doktor nak tahu antara ibu atau ayah yang pembawa penyakit tu.Bila keluar keputusan DNa abang dengan Hayda tak sama."Dia seka lagi airmata yang jurai.
"Allahu bang.Sabar lah bang,pasti ada hikmah disebalik semua ni.Abang kan kuat"Nasihatku sedikit lantas memeluk tubuh suamiku.Disebalik pelukan itu aku tersenyum,tak perlu lah aku menumpaskan maduku kerana dia sudah tertumpas sendiri.Aku tak perlu mengotorkan tangan cantikku untuk membuatkan mereka berpisah.Tiada lagi lawan tandingan untukku.
"Abang terfikir nasib Hayda nanti macamana?"Dia membalas pelukanku sambil memperfikirkan nasib Hayda.
"Abang ambil lah Hayda,kita bela dia dan kita jaga dia sama-sama.Dia tak salah dan dia tak berdosa."Cadangkanku.
"Kalau Elaine fight nak Hayda macamana?"Kami meleraikan pelukan lalu memandang antara satu sama lain.
"Sayang rasa dia takkan ambil Hayda punya.Hayda sejak lahir pun dia tak ambil peduli,ni lagi Hayda sakit mesti dia tak ambil peduli punya." Tekaku.
"Tapi kalau kes dibawah ke mahkamah lepastu dia menang macamana?" Ish aku rasa aku nak pukul je Tengku Hayder ni.Dia punya fikiran lebih jauh daripada fikiran perempuan.
"Abang ni fikir bukan-bukan lah.Berdoa banyak-banyaklah supaya abang dapat ambil Hayda tanpa perlu ke mahkamah.Takkan dia nak bawak ke mahkamah,dia sendiri pun tak kisah tentang kebajikan Hayda takkan dia nak fight hak penjagaan pulak."
"Entah lah sayang,abang tak boleh fikir dengan waras dah ni."
"Sayang cadangkan macam tu bukan sebab sayang nak pisahkan Hayda dan ibu dia tapi cuba abang fikir balik,selama dia jadi isteri abang pun dia abaikan Hayda nanti kalau dia ambil Hayda,abang tak fikir ke nasib Hayda macamana?Lagi terabai."
"Betul juga cakap sayang tu." Tengku Hayder angukkan kepala lantas tersenyum.Dia menggosokkan kepalaku.
"Dah jangan sedih lagi,yang penting kita doakan Hayda cepat sembuh."
"Sayang,lepas semua ni settle.Abang nak bawak sayang jumpa keluarga abang ya"
Aku anggukkan kepala lantas senyum.
*
"Hajar,aku nak kau kemas dan keluarkan semua barang Elaine dari bilik aku lepastu aku nak kau tukar cadar tu lepastu kau letak barang-barang dia semua kat luar pagar.Faham tak?"Perintah Tengku Hayder.Terkebil-kebil Hajar lantas anggukkan kepalanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Duda VS Miss Dara
Romance"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...