"Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Tengku Hayfie memandang wajah Alisa yang sembab.Gadis itu duduk bertentangan dengannya.Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja gadis itu ingin menemuinya.
Gadis itu menyisip latte sambil memandang wajah Tengku Hayfie sebelum menjawab soalan dari lelaki itu.Cawan diletakkan cermat.Duduk dibetulkan sebelum bersuara.
"We need to married." Ujarnya menunduk.
"Pardon????!!!Kahwin?Are you out of your mind?" Terkejut dia tiba-tiba saja Alisa bangkitkan isu perkahwinan.
"Ya kita kena kahwin juga." Alisa memandangnya pula dengan wajah hiba.
"Kenapa kita kena kahwin?kita baru je jumpa dan kenal takkan dah nak kahwin." Tak tak boleh,dia takkan menikahi gadis itu.Dia sudah berjanji akan menikahi Tiara.
Alisa mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya.Satu sampul surat berwarna coklat diambil lalu diletak diatas meja lantas ditolakkan dihadapan Tengku Hayfie.
"Apa ni?" Soalnya ingin tahu lantas mengambil sampul itu lalu dibukanya.
"Tengok lah sendiri." Ujarnya sayu.
Terbeliak mata Tengku Hayfie apabila melihat isi sampul surat itu.Gambar dia bersama Alisa tidur berpelukan didalam kereta.Didalam gambar itu dia tidak memakai baju dan hanya memakai seluar manakala Alisa pula pakaiannya sudah terkoyak sedikit.Dia ingat lagi itu pakaian yang Alisa pakai ketika mereka keluar minum bersama pada malam tempoh hari ketika Alisa mengajaknya minum.Matanya terus menancap wajah Alisa.Dugaan apa lagi yang harus dilalui kali ini?Kuat ke dia melaluinya?
"Awak nak perangkap saya?awak tangkap gambar macam ni lepastu biar saya kahwin dengan awak?You didn't know who i am." Tapak tangan dihempas kuat diatas meja sehingga terhinjut bahu Alisa akibat terkejut.
"Bukan bukan saya yang perangkap.Saya tak tahu macamna gambar tu boleh ada.Saya dapat gambar tu kat dalam peti surat."
"Don't lie to me Alisa.Malam itu lepas minum saya pening kepala lepastu saya tak ingat apa-apa.Mesti awak ada letak apa-apa dalam air saya kan?" Bentaknya lagi.
Alisa gelengkan kepala.Tak bukan dia.
"Saya tak letak apa-apa pun.Saya kena benda yang sama.I think we have been trapped." Alisa gigit bibir ketakutan.
"Kalau awak rasa ni perangkap kenapa awak ajak saya kahwin pula?" Ujar Tengku Hayfie lagi tak puas hati.
"Sebab ayah saya tengok gambar tu,dia minta awak bertanggungjawab.Kalau awak tak nak bertanggungjawab,dia akan cari awak sampai lubang cacing." Ujar Alisa takut-takut.
"What?????!!!!Hell no.Saya tak salah,malam tu saya yakin saya tak buat apa-apa." Ujarnya lagi.Ya dia akan dia tak ada mengapa-apakan gadis itu.Malam itu dia rasa pening kepala sewaktu minum dengan gadis itu lalu tak sedarkan diri.Bila dia sedar dia sudah berada dalam kereta.Dia anggap mungkin dia kepenatan sehingga tertidur didalam kereta sampai kepagi.
"Tolong lah awak.Saya merayu,kahwin dengan saya." Alisa cuba merayu lelaki itu supaya menikahinya.
"Hell no.Saya dah nak kahwin dengan orang lain takkan saya nak kahwin dengan awak pula." Takkan dia menerima lamaran dari gadis ini.
"Habis tu saya macamana?" Alisa menitiskan air mata.Kalau Tengku Hayfie tak nak menikahinya apa yang akan berlaku pada dirinya kelak?
"Biar saya jumpa ayah awak dan terangkan hal sebenar.Saya akan cakap kita kena perangkap.Habis cerita,tamat."Cadang Tengku Hayfie.
Alisa menggelengkan kepala.Dia tetap ingin Tengku Hayfie menikahinya juga.
*
YOU ARE READING
Mr Duda VS Miss Dara
Romance"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...