Bab 18

8.8K 229 7
                                    

Pang!!!!

Satu tamparan padu hinggap dipipi Tengku Hayfie.Berita Tengku Hayfie mengambil kesempatan keatas Tiara telah sampai ditelinga tua Tengku Mustaqim.Sungguh dia kecewa dengan sikap Tengku Hayfie.Sangkanya Tengku Hayfie adalah anak yang baik tak sosial rupanya syaitan bertopengkan malaikat.

Tengku Hayfie hanya mampu menunduk menikus.Tiada suara untuk lawan.Dia yakin memang bukan dia yang rogol Tiara dan dia tahu dia cukup menjaga imannya walaupun imannya tak sekuat mana.Tengku Hayfie juga terkejut apabila Bonda hubungi dia dan memberitahu bahawa Tiara telah mengandung satu minggu.Apalagi terkejut lah dia menerima perkhabaran itu dan lagi dia terkejut Tiara kata dia yang buat.

"Kenapa Hayfie malukan abah macam ni?Apa salah abah dan bonda pada Hayfie?" Tengkingnya dihadapan Tengku Hayfie yang menikus diam disofa.

Tengku Hayfie mendongak memandang wajah bengis Tengku Mustaqim.

"Sumpah Wallahi bukan Hayfie yang buat.Hayfie tahu batas Hayfie." Lawannya.

"Kalau Hayfie tahu batas Hayfie kenapa semua ini terjadi?" Soal Tengku Mustaqim lagi.

Semua ahli keluarga yang berada diruang tamu itu hanya berdiamkan diri dan sikit pun tak menyampuk perbualan dua beranak itu.

"Sumpah demi Allah Hayfie tak buat.Cuba tanya Tiara malam tu dia nampak ke muka Hayfie?" Soalnya kembali.Semua mata terarah pula kepada Tiara yang menunduk dan menangis.

"Tiara cuba cerita apa yang terjadi malam tu.The whole night." Pinta Tengku Mustaqim.

Tiara mendongak sebelum memulakan bicara.Nafas ditarik dalam sebelum ceritakan apa yang sebenarnya terjadi.Matanya memandang satu persatu semua yang berada diruang tamu.Ada yang memandang sayu dan ada yang memandangnya dengan menyampah.

"Malam tu Tiara gaduh dengan Hayfie masa menginap kat rumah agam Hayder lepastu Tiara masuk dalam bilik tamu.Tiara merajuk sambil duduk dalam gelap.Tiba-tiba ada orang masuk,Tiara ingatkan Hayfie then Tiara tanya dia.Dia datang datang nak pujuk Tiara ke?Dia kata ya dan lepastu dia buat tuuu kat Tiara.Tiara ikut kehendak dia sebab ingatkan dia memang suami Tiara dan semua terjadi dalam gelap."Ceritanya menunduk menahan malu.

"Tiara gaduh pasal apa?" Soal Tengku Mustaqim ingin tahu perbalahan antara Tiara dan Tengku Hayfie.

"Tiara terasa hati sebab Hayfie mengaku suami Tiara tapi tak pernah tidur sekatil dengan Tiara dan menafikan hak Tiara sebagai seorang isteri,Tiara pun nak bukti yang menunjukkan kitaorang ni pernah berkahwin tapi Hayfie asyik mengelak je." Sambungnya.Memandang wajah tua milik Tengku Mustaqim.

"See,kalau Hayfie ni jahat dah dari dulu Hayfie apa-apakan Tiara.Malam tu Hayfie tak kejar Tiara langsung pun sebab Hayfie tak nak bangkitkan isu ni." Sampuk Tengku Hayfie pula.

"Habis tu kalau Hayfie tak tidur dengan Tiara malam tu then siapa yang tidur dengan Tiara?" Sampuk Elaine mencampuri urusan keluarga itu.

Mata terarah pula kepada Tengku Hayder.Dirumah agam Tengku Hayder ada peraturan dan ditingkat atas hanyalah dihuni oleh Tengku Hayder saja dan para pekerja dilarang naik pada waktu malam.Malam itu hanya dua manusia bergelar lelaki saja berada ditingkat atas.

"What???Jangan salahkan Hayder.Hayder tak gila nak tidur dengan Tiara." Nafinya.

"Eh wait,dari mana Tiara tahu yang Tengku Hayfie bukan suami Tiara?" Soal Tengku Maimunah memandang wajah Tiara ingin tahu dari mana Tiara dapat tahu hal sebenar.Rahsia sudah terbongkar.

"Tiara tahu dari Hayder.Dia yang bagitahu Tiara,kalau dia tak bagitahu Tiara sampai bila-bila Tiara tak tahu."Jarinya menunding kearah Tengku Hayder pula dan kesemua mata terarah kepada Tengku Hayder.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now