"Cantik kan Kak Tiara sekarang."Kata Mila kepada Attar tiba-tiba sambil duduk diatas katil menghadap keluar tingkap bilik.
"Dia isteri orang lah dik."Attar menjeling adiknya.
"Eh adik tahu lah dia isteri orang,adik cakap je dia makin cantik."
"Biarlah dia nak makin cantik pun.Dia isteri orang kaya dik."Jawab Attar nak tak nak.
"Mesti abang menyesal tinggalkan 'isteri' abang tu dulu."Mila menyakat abangnya.
Attar mencubit kuat paha adiknya.Geram apabila disakat.
"Dah lah kisah lama.Zaman budak-budak kut."
"Tapi kenapa Kak Tiara malu-malu dengan abang lagi sedangkan kisah korang tu dah lama?"Soal Mila ingin tahu.
"Kalau abang cerita ni,adik tutup mulut tau.Jangan bagitahu sesiapa pun."Pesan Attar.
"Okay adik zip mulut."Mila buat gaya tengah zip mulutnya.
"Sebenarnya dulu Kak Tiara merajuk dengan abang bertahun tau sampai dia darjah berapa abang tak ingat.Dia merajuk sebab abang nak masuk asrama lepastu susah nak jumpa dia."Ceritanya.
"Tapi kenapa dia beria merajuk bertahun lama sangat sedangkan abang masuk asrama je pun bukannya tak jumpa dia langsung pun kan?"Soal Mila lagi ingin tahu.Yang dia tahu masa tu dia masih bayi dan tentu lah dia tak tahu apa-apa dan dia tak tahu cerita yang selebihnya.
"Silap abang dik masa tu.Sebelum abang masuk asrama tu,abang ada jumpa dia nak beritahu dia yang abang dah nak masuk asrama lepastu abang janji dengan dia yang abang akan balik setiap minggu untuk jumpa dia tapi dia tetap tak nak abang pergi asrama.Dia kata dia dah tak ada kawan main lagi,biasa lah budak sekolah rendah lagi kan mesti sedih kawan dia pergi jauh.Bukan main dia beria nangis masa tu sampai abang terpaksa pujuk.Abang pun satu bodoh tau masa tu salah pujuk,abang janji yang abang akan balik setiap minggu lepastu ada abang terjanji nanti bila abang habis belajar abang akan kahwin dengan dia dan abang tak sangka dia berpegang pada janji abang tu dan setiap minggu dia akan tunggu abang balik tapi masa tu setiap kali abang balik rumah kan abang tumpang naik cikgu abang.Nak dijadikan cerita,cikgu ni ada sorang anak perempuan.Cantik pulak tu.Mulalah abang bercinta monyet.Satu hari tu,cikgu tu nak menginap kat rumah kita satu malam sebab kereta dia rosak dan masa tu pomen tak dapat datang.Lepastu Tiara pun datang lah rumah kita then dia nampak abang dengan awek abang tu.Lepastu boleh pulak awek abang ni berkenalan dengan Tiara.Tiara tanya lah dia siapa?Dia kata dia awek abang.Apalagi Tiara kecil hati lah dengan abang dan terus balik rumah.Sejak dari tu dia tak pernah lagi tunggu abang balik.Mak bagitahu abang yang Tiara merajuk dengan abang dan sejak tu juga kami tak pernah tegur siapa sampailah mak tahu cerita sebenar."Ceritanya panjang lebar manakala Mila tak sampuk walaupun sepatah.
"patut merajuk lama sangat,abang janji abang nak kahwin dengan dia tapi abang bercinta dengan orang lain.Memang patut dia kecil hati.Dia mesti ingat abang suka dia tapi sebenarnya abang janji macam tu cuma nak pujuk dia,abang ni tak boleh pakai tak baik bagi harapan palsu kat orang."Omel Mila.
*
Aku membuat susu untuk Iman dan Hayda.Maklumlah aku tak berapa kuat untuk memberikan susu badan kepada Iman lagi.Tenagaku masih dalam tahap tak berapa kuat.Sedang aku menguap tiba-tiba saja aku ditegur.Mahu tak terkejut aku,nasib baik aku tak melompat tadi.
"Amboi besarnya sangap." Dalam loghat Johor,Sangap adalah menguap.Tiba-tiba saja aku ditegur sebegitu lantas aku menoleh lalu menutup mulutku.Ish aku menguap pun nak tegur.
Aku hanya pamerkan senyuman nampak gigi tanpa mempedulikan teguran itu.
"Tiara apa khabar?Dah lama tak dengar khabar Tiara.Maaf lah tak tegur tadi."Ujar Abang Attar.Aku hanya angkat jari tunjuk thumbs up menandakan aku okay.Tanganku lincah membancuh susu buat anak-anak tercinta dan ingin cepat-cepat beredar dari dapur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Duda VS Miss Dara
Romance"Tolong jadi mummy untuk Hayda"-Tengku Hayder "Tak nak suami duda!!"-Nur Tiara Tiada angin tiada ribut,Hayder ingin menikahi Tiara tapi Hayder meminta Tiara menjadi ibu kepada Hayda bukan isteri untuknya namun ditolak oleh Tiara kerana itu kerja gil...